Hampir setiap hari kita disajikan dengan berita tentang gejala sosial yang melibatkan golongan remaja khususnya. Golongan remaja ini atau dalam istilah Arabnya dikenali dengan shabab sepatutnya merupakan generasi pelapis dalam meminpin negara. Kita mengetahui bahawa mereka ini merupakan aset yang terpenting dalam pembentukan sesebuah negara. Namun, jika dilihat kualiti remaja sekarang semakin hari semakin terhakis dan rapuh dalam era globalisasi dan teknologi ini. Tidak dinafikan ada segelintir mereka yang berjaya mempunyai jatidiri yang kukuh serta jitu dalam kehidupan mereka dan berjaya menjadi insan yang cemerlang. Tetapi hakikatnya semakin ramai yang mempunyai iman yang kian rapuh daripada landasan syariat Islam. Nah, lihat sahaja isu yang membincangkan tentang permasalahan remaja sangat banyak sehingga sukar untuk dibendung. Ini termasuklah gejala ponteng, gangsterism, merogol, mencuri, merempit, dadah dan banyak lagi. Penyakit ini sudah menjadi barah di
Jenayah buli di kalangan pelajar kian berleluasa
Jika direnung kembali sejarah perjuangan shabab ini telah bermula pada zaman dahulu lagi. Sejarah menunjukkan kejayaan Muhammad Al-Fatih dalam mentadbir dan memimpin negara dalam usia yang muda sekali. Muhammad Al-Fatih telah mengetuai tentera Islam dalam menawan Kota Konstatinopal dalam usia 18 tahun. Banyak pendapat menentukan jangkaan umur Al-Fatih ketika menakluk Kota Konstantinopal.
Sultan Muhammad Al-Fatih
Oleh yang demikian, peranan setiap anggota masyarakat sangat penting dalam membantu menangani gejala sosial di negara kita. Barah yang semakin parah ini harus dirawat dengan syifa’ (rawatan) yang berkesan. Pendekatan bil hikmah perlu bagi mendekati golongan remaja ini, seperti menasihati dan membelai. Namun jika cara sebegini tidak berkesan, gear yang seterusnya perlu diteruskan dengan menggunakan cara kekerasan dan melibatkan pihak berwajib. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mereka sekaligus menginsafkan mereka.
Pendidikan agama juga sangat penting diterapkan kepada mereka seawal kanak-kanak lagi. Pendidikan anak-anak yang berkesan dapat membantu dan menangani masalah sosial ini. Jika anak-anak diberikan didikan agama yang sempurna, maka masalah ini dapat dikurangkan. Peranan ibubapa sangat penting sekaligus mereka juga perlu memainkan peranan sebagai rakan karib kepada anak-anak supaya anak-anak dapat berkongsi segalanya dengan mereka.
Anak-anak adalah permata berharga yang dikurniakan Allah kepada ibu bapa. Kelahiran mereka umpama kain putih. Menjadi tanggungjawab ibu bapa mencorakkan mereka. Nabi Muhammad berkata dalam hadis yang dinyatakan oleh Bukhari, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah suci yakni Muslim. Kedua orang tuanya yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.”
1 comments:
bagus. saya suka artikel awak. goodjob.
Post a Comment