Kullu Nafsin Zaaiqatul Maut



Pagi tadi sewaktu saya menguruskan pelajar saya untuk peperiksaan PMR, saya ditegur oleh salah seorang pelajar saya. " Ustazah, Hidayah tak datang pagi ni dan tak ambil periksa. Ayah dia meninggal semalam.. Hari ni kebuminye..Ustazah tak pergi rumah hidayah?". Saya dengan nada terkejut mengucapkan " innalillahi wainna ilaihi roji'un" dan membaca Al-Fatihah untuk arwah bapanya. Saya diberitahu bahawa untuk kertas Sejarah semalam pun beliau tidak dapat hadir kerana baru sahaja sampai di sekolah beliau terpaksa berpatah balik. Ini kerana abangnya datang untuk menjemput kerana arwah bapanya telah pun meninggal dunia.

Saya dan beberapa orang cikgu sempat menziarahi jenazah untuk memberikan penghormatan terakhir. Apa yang saya dapat katakan kepada Hidayah supaya bersabar dan tabah dengan semua dugaan ini. Setiap yang hidup itu akan mati jua. Cuma kita tidak mengetahui bilakah masanya ajal akan menjemput kita. Rasa kasihan melihat ibunya yang terpaksa menanggung beban dengan anak tanggungan seramai 10 orang. Semoga makcik tabah dan diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T.

Sewaktu pulang, diri ini masih memikirkan persoalan yang berkaitan dengan mati.
" Bilakah ajalku nanti?, Bagaimanakah keadaanku sewaktu malaikat datang menjemputku?, Siapa yang akan menguruskan jenazahku nanti?". Semua persoalan ini berlegar di minda saya. Saya mengharapkan agar matiku nanti dalam keadaan iman dan Islam.

Saya ingin memetik firman Allah S.W.T yang berbunyi :


" Setiap diri (yang bernyawa) mesti merasi mati, Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan, sebagai satu ujian; kepada Kami kamu akan dikembalikan"
Surah Al.Anbiyaa' (35)

"Setiap diri (manusia) mesti merasai mati, kemudian kepada Kami kamu dikembalikan"

Surah Al.Ankabut (57).

Ya, setiap yang hidup itu akan mati dan setiap yang bernyawa itu juga akan merasai nikmat mati. Begitu juga dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Jadi, setiap makhluk Allah di muka bumi ini tidak terkecuali daripada merasai nikmat mati! hanya Allah S.W.T yang mengetahui bilakah ajal si polan, bagaimana caranya si polan meninggal dunia dan sebagainya.

Adakah diri sudah melengkapkan dan mempersiapkan diri dengan amalan-amalan untuk memasuki syurga? Oleh itu setiap waktu dan masa kita perlu mempersiapkan dan melengkapkan diri dengan amalan-amalan kebaikan bukannya kemungkaran. Kenapa? Ini kerana Allah akan menjemput hambaNya tanpa ada 'short notice'. Allah S.W.T mencabut nyawa manusia pada bila-bila masa Dia kehendaki. Tatkala manusia itu sedang melakukan maksiat dan kemungkaran dan secara tiba-tiba Allah mencabut nyawanya! Na'uzubillahimin zalik..Moga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut. Ini kerana ruang untuk taubat tiada dan matilah manusia itu dalam keadaan kemungkaran. Dan ternyata manusia tersebut gagal menunaikan tuntutan dan syariat beragama di saat akhir kematiannya.

Perlukah kita gusar dengan kematian? Tiada kerisauan dalam diri andainya hidup sedia dan sentiasa dengan bekalan.

PENGURUSAN JENAZAH SATU KEFARDHUAN

4 kewajipan yang perlu dilakukan terhadap jenazah iaitu:

1- Memandikan
2- Mengafankan
3- Menyembahyangkan
4- Mengebumikan

Walaupun pengurusan jenazah ini merupakan fardu Kifayah, namun cara pengurusannya perlu dipelajari oleh setiap orang supaya memudahkan untuk menguruskannya baik dekat daripada hubungan kekeluargaan ataupun dekat daripada kawasan kampung (qariah).

NASIHAT UNTUK DIRI INI


Ayuh!!!
Mari kita laksanakan amar makruf nahi mungkar.

Semoga amalan dan didikan tarbiyah sewaktu bulan ramadhan lalu diteruskan pada bulan-bulan yang seterusnya.
Semoga diri ini juga istiqamah dalam melaksanakan amalan-amalan di bulan Ramadhan..

Ya Allah...Engkau berilah kekuatan kepada hambaMu ini
Semoga hambaMu ini tidak lalai dan rapuh dengan kealpaan & kemewahan dunia.

Semoga amalan berlumba-lumba di bulan Ramadhan terus menghiasi bulan-bulan seterusnya.

Semoga Tadarus Al-Quran, sedeqah, puasa, qiyamullail, menjaga pancaindera dan sebagainya terus mendapat tempat dalam perlumbaan manusia
untuk mendapat ganjaran daripada Allah, insya'Allah



APABILA ENGKAU SANGGUP

Apabila Engkau Sanggup
( Kata-kata "emas" daripada penyair besar bangsa Inggeris Rudyard Kipling )



Apabila engkau sanggup mengekang nafsumu, tahan pada masa semua orang telah ditarik oleh syahwatnya, apabila engkau sendiri masih percaya kepada dirimu, pada masa orang lain telah ragu.

Apabila engkau telah sanggup menghiasi wajahmu dengan kesabaran dan menunggu dengan tenang.

Padahal pelbagai tuduhan telah ditimpakan kepada dirimu.

Apabila engkau sanggup mengambil kepastian dengan tidak dipengaruhi oleh angan-angan dan dapat mengendalikan fikiran.

Apabila engkau sanggup mengatasi hidup, tidak terlonjak gembira bila dia datang, dan tidak terlalu bersedih bila ia pergi. Tidak sukacita tattala tertawa dan tidak berduka ketika menangis.

Apabila engkau sanggup menahankan pukulan, melihat nasihatmu yang berharga dan keikhlasan hatimu diambil senjata oleh orang-orang yang rendah budi untuk menentang engkau, dan penarik-penarik orang yang lemah.

Apabila engkau sanggup menahan hatimu, melihat pendirian yang engkau perjuangkan dan perubahan yang kau kehendaki tidak diperhatikan orang.

Apabila engkau sanggup menetapkan hatimu dan menguatkan perasaanmu, bila bertemu dengan pelbagai kesulitan.


SELAMAT MENDUDUKI PMR 2009


Calon-calon PMR 2009
Ehsan gambar daripada Cikgu Farhana..Terima kasih kak


Hari ini 7 hb Oktober 2009, calon-calon PMR di seluruh Malaysia menduduki peperiksaan PMR.

Berakhir sudah penantian selama 3 tahun.

Ilmu yang dipelajari diharapkan dapat memberi manfaat dalam hidup kalian semua disamping sebagai tanda pengukur kejayaan anda nanti.

Maan taufik wannajah!!!

Semoga dimudahkan Allah S.W.T dalam menjawab soalan.

Doa guru sentiasa mengiringi anda semua.

ALL THE BEST !!


BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)