Ramadhan….
Aku menantimu dengan menghitung hari.di jariku.
Bermula Rejab…Syaaban…dan seterusnya Ramadhan..
Akhirnya penantian akan berakhir jua..
Ramadhan….
Aku sungguh merindumu…
Aku teruja untuk ‘berpesta’ bersamamu
Pesta ibadah dengan qiyamullail, tadarus Al-Quran, sedekah dan sebagainya
Sudah tersemat di mindaku
Semoga kehadiranmu di sisiku tidakku abaikan
Ya Allah..
Berilah aku kekuatan menempuh Ramadhan yang akan datang ini
Semoga aku terus istiqamah dalam perjuanganmu ya Allah
Semoga aku tidak tersungkur sebelum sampai ke garisan penamatnya
Ya Allah..
Aku akui hatiku sentiasa rapuh daripada mengingatiMu
Moga dengan kedatangan Ramadhan ini dosa-dosaku akan terhapus
***********
Perkongsian bersama tentang Bulan Ramadhan. Semoga ia mengingatkan kita kembali tentang perkara-perkara yang terlepas pandang semasa berpuasa nanti, insya’Allah
Kewajipan Puasa
Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud : “ Hai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa,”.
Dan Hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, maksudnya : “ Berpuasalah kamu apabila nampak anak bulan (Ramadhan , dan berbukalah apabila nampak anak bulan (Syawal), sekiranya tidak kelihatan ditutupi awan , sempurnakanlah bilangan bulan Sya’ban 30 hari.”
*****************
Kelebihan Bulan Puasa dan Orang Berpuasa
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : “Apabila datang bulan ramadhan maka dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, dirantai segala syaitan , dan menyerulah seorang penyeru hai orang yang ingin membuat kebajikan, marilah kamu, hai orang yang ingin membuat kejahatan berhentilah kamu.”
*************************
Ibadat Puasa
Kesempurnaan puasa dapat dicapai dengan menjaga segala tuntutan peraturannya, sama ada yang wajib, sunat dan sebagainya.
Perkara Wajib dalam puasa 6 perkara iaitu yakin masuk bulan Ramadan, niat puasa pada waktu malam sebelum menjelang fajar, menahan sesuatu daripada masuk ke dalam perut atau rongga badan, menahan daripada bersetubuh, menahan daripada mengeluarkan mani pad siang hari dan menahan muntah.
************************
Perkara sunat dalam puasa 7 perkara
Makan sahur, melewatkan sahur, segera berbuka, dengan buah tamar, atau air dengan membaca doa yang bermaksud: “Hai Tuhanku, kepada-Mu aku berpuasa, dan dengan rezeki-Mu aku berbuka, maka terimalah amalan ini dariku hai Tuhan yang paling belas kasihan.”
Meninggalkan bersugi selepas tergelincir matahari, banyakkan sedekah, banyakkan tadarus Al-Quran dan banyakkan I’tikaf terutamanya pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.
**************
Puasa sempurna jika Mematuhi Adab-adabnya
- Menahan penglihatan daripada melihat perkara haram, makruh dan harus yang boleh menggangu hatinya daripada mengingati Allah
- Menahan lidah daripada bercakap dusta, mengumpat, melagakan orang dan sebagainya. -Sebaik-baiknya banyakkan diam dan mengisi waktu dengan berzikir.
- Menahan telinga daripada mendengar yang haram, percakapan sia-sia dan sebagainya.
- Menahan tangan dan kaki daripada melakukan perkara yang haram, makruh dan sia-sia.
- Menahan perut daripada memakan makanan yang tidak halal ketika berbuka.
- Sederhana ketika berbuka.
***************
Pengisian Bulan Ramadhan
Solat Terawih, tadarus Al-Quran, sedekah, I’tikaf dan amalan-amalan sunat yang lain.
Dipetik dan ditulis semula daripada buku Bimbingan Rohani Pembina Pemikiran Taqwa oleh Dr. Abdul Halim El- Muhammady
0 comments:
Post a Comment