Jenayah Kota lwn Jenayah Kampung


Kabel telefon yang menjadi idaman pecuri-pencuri

Saya teringat sewaktu pulang ke kampong kerana cuti sekolah, saya ingin menghabiskan masa lapang dengan mengakses internet. Namun semuanya sia-sia disebabkan penjenayah kampong yang tiada akal ini. Saya hanya melepaskan geram kepada laptop disebabkan telefon tidak boleh berfungsi. Saya pernah bertanya kepada mak saya, “ mak, kenapa telefon tak berfungsi?”, jawab mak saya, “ Rosaklah Nira, macam biasa…takkan kamu tak tahu..” Saya bertanya lagi, “ dah lama ker rosak?”. Jawab mak saya kembali, “ lama jugak…budak-budak dadah tu curi kabel..macam kamu tak faham..kalu tak curi kabel, pecah masuk rumah orang, tu pun sebab banyak sangat hisap dadah..” “ La, kalu macam ni internet pun tak boleh buka la? Memang menyusahkan orang la depa ni…ada otak guna untuk benda yang tak elok..kalu tahu siapa dah lama lapor polis..biar meringkuk dalam penjara!..itu pun tak sedar-sedar lagi kalu dah keluar..masih buat benda-benda yang tak faedah tuh”, luah saya dengan geram.

Seringkali terpampang di dada akhbar tentang jenayah yang berlaku di Malaysia. Ia termasuklah jenayah membunuh, mencuri, dadah, merogol, memukul, membuli dan sebagainya. Namun, tidak semua penjenayah dapat diberkas oleh pihak berkuasa tempatan kerana terdapat sebagiannya masih berleluasa entah di mana mereka berada. Yang pasti penjenayah yang masih bebas di luar sana masih menunggu sasaran dan masa untuk melancarkan gerakan mereka. Saya teringat semasa menghadiri kursus suatu ketika dahulu di mana slot yang berkaitan dengan keaman negara serta ancamannya yang disampaikan oleh wakil PDRM Perak. Beliau menyatakan bahawa kebanyakkan jenayah yang berlaku adalah berpunca daripada pengaruh persekitaran, media elektronik dan dorongan diri sendiri juga. Saya teringat di mana beliau menyatakan jenayah bergaduh kebanyakkan melibatkan kaum India. Ini mungkin kerana mereka terpengaruh dengan aksi-aksi yang ganas daripada filem atau cerita Tamil di televisyen. Bayangkanlah, jika anda pernah menonton filem Tamil, acapkali kita melihat adegan dan aksi pergaduhan yang melibatkan penggunaan parang, kapak, kayu dan sebagainya. Oleh sebab itu, tidak hairan pernah terjadi satu pergaduhan yang melibatkan kaum India dan Melayu di Taiping hanya kerana sedikit perselisihan faham sahaja lalu kaum India membakar motor dan sebagainya. Atas kesedaran ini,perlunya penapisan filem dan cerita yang ketat dilakukan oleh pihak berkuasa bagi menjamin keamanan di negara kita.

Saya terpanggil untuk menulis tentang jenayah kota dan jenayah kampong kerana saya melihat terdapatnya perbezaannya daripada perspektif saya. Jenayah kota kebanyakkannya melibatkan jenayah yang berat dan berbahaya. Ini termasuklah kes seperti pengedaran dadah, pembunuhan, merompak bank, kedai emas, dan sebagainya. Penjenayah ini melakukan gerak kerja mereka dengan sistematik dan saya akui mereka ini sangat berbahaya apabila berhadapan dengan mangsanya. Kemungkinan kehidupan di kota yang mencabar juga memaksa mereka melakukan keganasan dan jenayah siapa tahu!

Saya melihat jenayah kampong ini selalunya melibatkan golongan yang terdesak atau tidak berkemampuan. Namun, tidak semuanya melakukan jenayah atas faktor tersebut. Saya yang tinggal di kampong seringkali dikhabarkan tentang jenayah di kampong saya. Ini termasuklah mencuri, memecah masuk rumah orang, merempit, menghisap dadah, dan sebagainya. Kebanyakkan jenayah di kampong melibatkan mencuri dan memecah masuk rumah orang. Bayangkanlah, masa mereka tidak mengenal waktu! Siang dan malam mereka beraksi! Saya amatlah pelik terhadap penjenayah kampong ini. Memanglah kita tahu mereka terdesak memerlukan wang, bayangkanlah rumah nenek yang sudah tua dan tidak mempunyai apa-apa pun nak jugak dicerobohnya!! Bukan itu sahaja, nenek tua yang tidak berkemampuan itu kadangkala diikatnya atau diugut supaya dapat mengikuti arahan mereka. Memang dasar penjenayah yang tiada erti kemanusiaan langsung.

Bukan setakat itu sahaja, seringkali berlaku di kampong ialah mereka melakukan aktiviti mencuri kabel telefon! Rumah saya tidak terlepas daripada aktiviti penjenayah tersebut. Bayangkanlah dalam sebulan talian telefon tiada. Bagi saya ini tidak jadi masalah, tetapi yang menjadi masalahnya saya tidak dapat mengakses internet! Memang perbuatan mereka amat menyusahkan oran. Belum lagi aktiviti mencuri yang lain. Bayangkanlah radio kereta abang saya pun tidak terlepas daripada kena curi.. Tapi Alhamdulillah, radio tersebut rosak..memang bukan rezeki mereka.

Saya pernah terfikir, kenapalah mereka ini menginginkan cara hidup yang senang sahaja. Mengapa tidak berusaha untuk mendapatkan wang. Malah yang lebih berat adalah wang yang diperolehi itu adalah daripada sumber yang haram. Maka apabila dalam diri manusia itu memakan sesuatu yang haram maka akan rosaklah segala tubuh badan mereka itu. Sumber yang haram juga mendorong mereka melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam. Semoga ada sinar untuk penjenayah di Malaysia untuk melakukan taubat dan semoga terpalit sedikit kesedaran kan keinsafan ke atas mereka, insya’Allah. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah S.W.T semoga aktiviti jenayah di Malaysia berkurangan.

1 comments:

bintang* August 26, 2009 at 8:17 AM  

isu yg menarik & agak berat utk bintang*..

btw,bgus2..!:)

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)