Baru-baru ini saya dikejutkan dengan satu berita menyedihkan yang melibatkan pelajar perempuan. Sewaktu perjalanan pergi untuk menghadiri Kursus Khas Guru Pendidkan Islam di Taiping saya telah mendengar radio IKIM.FM. Ustaz Zamri Zainal Abidin telah menemuramah dengan Ketua JIM Wanita iaitu Dr Harlina Siraj yang membincangkan tentang isu seksualiti, jika tak salah saya. Apa yang menyentakkan hati saya ialah apabila seorang pemanggil iaitu seorang ibu yang mengadu tentang permaslahan yang berlaku kepada anak perempuan sulungnya yang berumur 14 tahun. Ibu tersebut mengadu bahawa beliau mempunyai anak perempuan yang berusia 14 tahun yang ketagih melakukan hubungan seksual dengan teman lelakinya! Bayangkanlah!..umur yang sebegitu muda telah melakukan aktiviti tersebut tanpa memikirkan akibat yang akan terjadi kepada dirinya. Si ibu mengadu bahawa beliau sudah puas menasihati puterinya selain memberitahu akan kesan sampingan akibat perbuatan tersebut, dosa melakukan zina dan sebagainya. Namun, anaknya masih ketagih untuk melakukan perbuatan tersebut.
Remaja merupakan aset terpenting negara. Semoga pelajar perempuan tahu menghargai diri serta maruahnya
Persoalannya, mengapa remaja perempuan tersebut melakukan zina dalam usia yang muda? Persoalan ini dilontarkan supaya kita boleh sama-sama memikirkan antara punca-punca berlakunya perbuatan tersebut. Dari segi perkembangan psikologinya, usia sebegitu merupakan tahap di mana mereka sudah mula mencari kenalan, membina clique dan perasaan ingin tahu dan mencuba akan menguasai diri. Dalam keadaan kecanggihan teknogi sekarang, di mana zaman dunia tanpa sempadan ini segalanya boleh diakses. Halaman pornografi di internet tiada penyekatan dan boleh diakses jika tiada pantauan daripada ibubapa, telefon bimbit yang sudah ada kecanggihan 3G, MMS menyebabkan gambar-gambar lucah boleh desebarkan dengan begitu pantas sekali serta banyak faktor-faktor lain yang mendorong remaja melakukan perbuatan ini. Kesedaran tentang peripentingnya keselamatan diri wanita itu perlu didedahkan di peringkat sekolah lagi, malah kanak-kanak juga perlu didedahkan tentang situasi ini. Wanita ini perlu tegas apabila hak-haknya dicabuli dan boleh melaporkan kepada pihak berwajib. Namun persoalannya, berapa banyak perempuan-perempuan yang berani melaporkan kes sebegitu jika mereka diugut, diseksa dan sebagainya.
Pendidikan seksual itu juga penting sebagai pendedahan awal kepada mereka. Persoalan kanak-kanak perlu dijawab dengan sebaik mungkin jika ibu bapa ditanya tentang isu-isu yang melibatkan seksual, gay, lesbian dan sebagainya. Jika anak membaca akhbar dan bertanyakan kepada ibu dan bapanya, “ ayah, apa itu gay?”. Apakah jawapan yang ibu bapa akan berikan? Adakah dengan tidak menjawab soalan tersebut? Dan membiarkan anak-anak termangu? Dan seterusnya jika jawapan tidak diberikan, kemungkinan mereka akan mencari maksud tersebut di internet. Cara sebegini lagi mengundang bahaya kepada mereka. Kemungkinan mereka akan mendapati banyak perkara yang tidak elok. Oleh itu, seharusnya ibu bapa perlu terus dalam memberikan jawapan yang terbaik supaya anak-anak mudah memahami di samping menjawab persoalan tersebut dengan hikmah.
Berdasarkan kes pelajar perempuan yang ketagih melakukan zina tadi, peranan bukan terletak di bahu seorang ibu sahaja. Bapa juga memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu meluangkan lebih masa dengan anak-anak mereka supaya mereka rasa lebih dihargai.
Firman Allah S.W.T :
" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan sesuatu jalan yang buruk.” (Al-Isra [17] : 32)
Indahnya Akhlak jika dihiasi dengan benih-benih iman
2 comments:
Salam Mun..
akak pernah dipanggil untuk memeriksa seorang gadis 14 tahun yg dibawa ayahnya utk pemeriksaan krn mendakwa anaknya dirogol. mulanya akak hairan kenapa wajahnya selamba seolah2 tdk trauma atau takut. setelah diceritakan pegawai polis rupa2nya gadis tersebut dan kekasihnya suka sama suka.laporan polis dibuat atas desakan ayahnya kerana anaknya bawah umur.
byk lagi pengalaman sewaktu bekerja yg tidak lagi mengejutkan kerana telah terlalu 'common' tetapi menyesakkan hati bila memikirkan runtuhnya nilai agama dan moral remaja kita...semoga kita bersama mengubahnya...
Kak Muni...
Memang akan menyesakkan hati apabila memikirkan mereka melakukan tanpa perasaan bersalah...begitu juga pelajar-pelajar di sekolah.. apbila berada di kelompok masyarakat, inilah masyarakat yang sebenar yang terpaksa kita harungi. Kadangkala nasihat dan teguran tidak sampai ke hati mereka kak..
Semoga hati mereka terbuka untuk bertaubat...pintu taubat masih terbuka luas..
Post a Comment