PERKONGSIAN ILMU

Alhamdulillah minggu lepas saya berkesempatan menghadiri kuliah Hai'ah anjuran PKPIM dan Kuliyyah Ruhaniyah anjuran ABIM. Selain itu juga, dengan keizinan Allah S.W.T saya berkesempatan menghadiri Seminar Ta'dib anjuran ABIM dan APPIM PKPIM. Semuanya kuliah ilmu dan tidak lupa juga minggu lepas merupakan hari yang paling sibuk kerana melibatkan diri dengan mesyuarat PKPIM dan GERAK HEWI iaitu Gerakan Turun ke Lapangan/ Masyarakat bagi mengedarkan poster Sharlinie, pamplet Keselamatan Diri dan pamplet Hijab. Banyak yang igin dikongsi di sini terutama rakan-rakan dan teman-teman yang tidak berkesempatan menghadiri program tersebut.
Bagi Kuliah Hai'ah, saya mencadangkan kepada anak-anak muda di luar sana mengikuti kelas ini kerana pengisiannya yang sangat bermanfaat bagi kita kerana menampilkan kitab-kitab yang masyhur dan bererti bagi kita. Apatah lagi kita berguru dengan seorang ustaz yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Hafiz Mustafa Labis. Jika diikut pada tentafif program, kuliah pada hari tersebut aka membincangkan tentang kitab Ayyuhal Walad karangan Imam Al Ghazali dan terjemahan oleh Ustaz Fahmi Zam Zam, amun ketiadaan buku tersebut untuk pengajian kami semua ustaz menangguhkan pada bulan hadapan. Maka pada hari tersebut ustaz Hafiz membicarakan tentang kitab Ta'lim Mutaa'lim iaitu kitab tentang Bagaimaa adab belajar, Adab dengan orang yang mengajar da adab terhadap alat mengajar. Alhamdulillah, dengan kelas intensif yang ustaz buat, kami berjaya khatam buku tersebut. Banyak yang disentuh di dalam kuliah tersebut di mana ia membicarakan tentang kewajipan menuntut ilmu, kepentingan niat untuk meuntut ilmu supaya ilmu tersebut diredhai Allah, syarat memilih ilmu yang dituntut, syarat memilih guru dan banyak lagi. Kita boleh lihat kenapa ulama'-ulama' terdahulu ilmunya diberkati oleh Allah da berkekalan sehingga sekarang hatta menjadi bahan rujukan masyarakat dunia. Ini adalah kerana mereka menitiberatkan perkara yag sekecil-kecil dan remah pada pandangan kita. Saya boleh bawak contoh yang dikemukaka iaitu bagaimana ulama' terdahulu setiap kali ingin menulis, menuntut ilmu mesti dimulaka dengan wudhu', jika batal ambil sekali lagi. Sampaikan terpaksa mengambil 18 kali wudhu' dalam 1 malam. MasyaAllah!! Selain itu juga banyak yang mereka lakukan yang mana saya sendiri tidak melakukan perkara tersebut.
Seminar Ta'dib merupakan pertama kali dianjurkan dan akan berlangsung setiap bulan dan seminar ini membincangkan tentang pandangan hidup Islam. Seminar ini banyak menekankan pandangan dan pemikiran daripada imam al Ghazali, Syed Naquid al- Attas dan sebagainya.Menghadiri seminar sebegini banyak membuatkan kita berfikir. Tidak dinafikan kebanyakkan buku-buku karangan Syed Naquid al Attas susah bagi saya untuk memahaminya walaupun setelah diterjemahkan. Contohnya Risalah untuk Kaum Muslimin, banyak kali baca pun susah untuk mendapatkan apa isi yang ingin disampaika. Sesungguhnya saya tidak mahu berputus asa dalam bab ini, semoga kelak dengan menghadiri seminar ta'dib ini banyak membantu saya dalam memahami perkara ini. Alhamdulillah pada seminar ta'dib ini, penceramah merupakan anak murid Syed Naquid Al Attas dan satu peluang bagi saya memahami aliran pemikiran beliau.
Dr Farid Shahran, Timbalan Presiden ABIM memaklumkan objektif diadakan seminar ini. Beliau juga membicarakan aspek Ta'dib itu sendiri di mana dari segi maknanya ialah pendidikan dalam Islam. Kalimah Ta'dib merupakan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan Pendidikan itu sendiri. Jika dilihat ta'dib itu merupakan adab dimana kita lihat manusia yang beradab yang patut kita contohi iaitu Rasullullah S.A.W di maa baginda Rasullullah telah didik oleh Allah. Syed Naquid al Attas menyatakan bahawa adab itu merujuk kepada dua perkara iaitu pertama: Pengenalan terhadap sesuatu dalam kehidupan kita iaitu kita kenal tuhan, kita kenal agama, ilmu dan sebagainya. Manakala yang kedua adab itu merujuk kepada pengiktirafan terhadap pengenalan ini iaitu kita mengiktiraf kewujudan Allah.
Penceramah Prof. Dr Zaini daripada UIAM banyak menyentuh tentang aspek ilmu, di mana ilmu itu merupakan sifat rohani yang mana ia merupaka satu kehalusan yang kita sendiri tidak tahu ( Imam al Ghazali). Selain itu juga perlu disedari bahawa ilmu itu 'unlimited' sifatnya iaitu banyak mana kita belajar atau menuntutnya ilmu itu tidak akan tidak akan tepu. Ilmu itu juga ada had kebenarannya dan ia juga berkait dengan kebebasan ya'ni kebebasan ini merujuk kepada memilih untuk benda-benda yang baik, 'free from error', dan banyak lagi.
Kuliah Hikam oleh Ustaz Fahmi Zam Zam pada hari ahad sungguh menarik perhatian saya. Walaupun dengan keadaan letih dengan program-program pada minggu tersebut saya amat bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan saya kekuatan untuk menghadiri kuliah tersebut walaupun memikirkan perlu kembali ke UIA pada malam tersebut. Isi kandungan kitab Hikam no 55 hingga 59 banyak menyentuh tentang 'nur' yakni cahaya. Sesungguhnya Cahaya -cahaya itu merupakan kenderaan hati. Apa yang dimaksudkan dengan kenderaan hati itu ialah sesungguhnya Nur itu akan diberikan kepada hamba yang dikehendaki oleh Allah. Kita sebagai hambanya perlu berdia agar diberikan nur itu supaya nanti memudahka perjalanan kita. Selain itu juga ustaz menyentuh bahawa 'nur itu merupakan tentera hati'. Yang dimaksudkan dengan tentera hati ini ialah hati kita sangat memerlukan nur sebagai kekuatan, oleh sebab adanya nur tadi maka perjalanan aka menjadi mudah dan terang. Nur itu kita perlu minta denga Allah supa ya Allah mencampakkan ke dalam hati kita dan oleh sebab itu hati kita akan dipandu dengan nur tersebut. Saya berfikir sendiri adakah selama ini saya pernah meminta perkara tersebut? sesungguhnya kita seringkali lupa utuk berdoa supaya Allah mengurniakan nur kepada kita ya'ni pada tubuh badan kita, pada muka, pada hati, pada ilmu, pada kehidupan dan sebagainya. Doa ini kadang-kadang kita pohon kepada Allah, tetapi pada hakikatnya ia amat penting.
Doa " Ya Allah berikanlah kepada kami kebaikan di dunia" amat penting untuk kita hayati di mana Allah tidak menyarankan untuk kita minta kemegahan, bangunan tinggi, ketamakan dan lain-lain di dunia tetapi apa yang kita perlu hayati di sini ialah macammanan dunia ini kita penuhi atau jadikannya kebaikan sebagai benang kita di akhirat. Sesungguhnya kita tidak sehebat Saidina Umar al Khattab apabila beliau dilantik menjadi khalifah beliau telah menulis surat. Antara isi kandungan surat Saidina Umar selepas menjadi khalifah ialah " urusan negara paling penting bagi saya ialah solat". ya'ni di dalam pemikirannya sudah ada usaha untuk memikirkan masalah solat dan bagaimana nak mengatasi masalah tersebut. Sungguh besar azam Saidina Umar dan mampukah bagi kita mengatasi masalah umat Islam yang kini banyak yang mengabaikan perintah Allah. Semoga Allah memberi kekuatan dan kemudahan kepada kita dalam melaksanakan amal ma'ruf nahi mungkar.

0 comments:

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)