PEMBENTANGAN USRAH QIYADAH PKPIM


:: Pengenalan Kitab


Kitab Hidayatus – Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin ( Pedoman bagi orang yang berjalan pada perjalanan orang yang takut akan Allah Taala) merupakan terjemahan Syekh Abdus Shamad al Falimbani rahimahullahu taala drpd kitab “ Bidayatul- Hidayah” iaitu sebuah kitab ringkasan terhadap kitab “Ihya ‘Ulumiddin” karangan imam al Ghazali rahimahullahu taala. Melalui pembacaan terhadap kitab ini, Sairus Salikin dan kitab “minhajul Abidin” karangan Hujjatul Islam, kita dapat memahami pemikiran Al Ghazali rahimahullahu taala secara lebih dekat. Sebenarnya kitab ini sudah lama berlegar dan dibaca di pondok-pondok, surau-surau dan masjid-masjid sebagai teks bacaan ramai. Nilaian kitab ini sunnguh besar dan amat bermakna bagi kita semua.


Syekh Abdus Shamad al- Falimbani rahimahullahu taala menyatakan bahawa kitab Hidayatus – Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin adalah sebahagian daripada ilmu fardhu ain yang diwajibkan ke atas Muslim atau dinamakan juga ilmu yang bermanfaat. Apakah ilmu yang bermanfaat itu?
Dengan mempelajari kitab ini maka sebahagian ilmu fardhu ain itu telah dapat tercapai insya’Allah. Berkata Sayyid Abdul Qadir al Idrus rahimahullahu taala bahawa ilmu fardhu ain yang dituntut itu ialah ilmu tauhid, ilmu syarak dan ilmu batin.



:: MUQADDIMAH MUALLIF


Bermula Fasal yang pertama pada menyatakan:
1. kelebihan ilmu yang memberi manafaat, dan
2. kelebihan orang yang menuntut ilmu yang memberi manfaat


( FASAL ) KELEBIHAN ORANG YANG MENUNTUT ILMU YANG MEMBERI MANFAAT

( Adapun ) kelebihan orang yang menuntut ‘ilmu itu maka iaitu beberapa dalil Qur’an, dan Hadits Nabi (صلى الله عليه وسلم), dan perkataan ‘ulama itu amat banyak. ( Dan setengah ) daripadanya, firman (الله تعالى) ([ Surah An-Nahl, ayat 43 ])::


(( فَسْئَلُوآ أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ ))
Ertinya:: “Maka tanya oleh kamu akan orang yang ahli zikir ya’ni akan orang yang ‘alim jikalau kamu tiada mengetahui.”


( Dan ) setengah daripada Hadits Nabi (صلى الله عليه وسلم) yang menunjukkan akan kelebihan menuntut ‘ilmu itu, iaitu ([ Hadits riwayat Muslim, (Al-‘Iraqi).


(( مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَطْلُبُ فِيْهِ عِلْمًا سَلَكَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ )


Ertinya:: “Barang siapa menjalani ia akan jalan menuntut di dalamnya akan ‘ilmu nescaya menjalankan (الله تعالى) dengan dia akan jalan yang memasukkan ke dalam Syurga.”


Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban:


“ Bahawasanya malaikat merendahkan akan segala sayapnya bagi orang yang menuntut ilmu kerana sangat suka dengan perbuatannya itu”


Sesungguhnya terdapat banyak hadis yang membicarakan tentang kelebihan menuntut ilmu dan amat besar ganjarannya di sisi Allah taala. Namun ilmu itu perlulah diselami dengan niat yang ikhlas dan tidak menyeleweng kerana dengan menuntut ilmu yang tiada arah tujuan maka mereka itulah yang mendapat binasa di akhirat kelak.


( FASAL ) KELEBIHAN ILMU YANG MEMBERI MANFAAT

‘ilmu yang memberi manafaat itu seperti yang disebutkan oleh Sidi Syaikh ‘Abdullah Al-Haddad dahulu itu, iaitu ‘ilmu yang tersebut di dalam (kitab-kitab) Ihya’ Ulumiddin, dan yang tersebut di dalam Arba’in Al-Ushul, dan yang tersebut di dalam Minhajul ‘Abidin, dan ‘ilmu yang tersebut di dalam Bidayatul Hidayah dan ‘ilmu yang tersebut di dalam Mukhtashar Ihya dan ‘ilmu yang tersebut di dalam Hidayatus Salikin.


Dan segala kitab ‘ilmu Tasawuf, semuanya itu ilmu yang memberi manafaat kerana kitab Tasawuf itu telah terkandung di dalamnya ‘ilmu Ushuluddin, dan ‘ilmu Fiqah yang fardhu ‘ain.
Syekh Abu Hasan as Syazili rahimahullahu taala berkata:
Barangsiapa tiada masuk lagi tiada mahir di dalam ilmu ini yakni ilmu tasawuf nescaya mati ia pada hal ia mengekali atas beberapa dosa yg besar padahal ia tiada mengetahui akan yang demikian itu.


KANDUNGAN BAB


Bab Pertama: Ilmu Usuluddin - iaitu segala i’tiqad ahli sunnah dan jamaah, dan menyatakan segala (jenis (ke)taat(an) ya’ni ‘ibadat yang dzahir


Bab Kedua: Ibadat - pada menyatakan hukum adab yang berlaku pada ‘adat seperti
makan minum, nikah, berusaha yang membawa kepada kehidupan di dalam dunia, dan mengetahui yang haram dan halal,dan ibadat yang zahir.


Bab Ketiga: Muhlikat - ya’ni (perkara-perkara yang) membinasakan sekalian ‘amal, iaitu segala maksiat yang zahir dan maksiat yang batin .

Ban Empat: Menjauhi segala maksiat yang batin

Bab Lima : Menyatakan segala taat yang batin

Bab keenam: Fadhilat zikir, adabnya dan kaifiatnya.

Khatimah: Adab bersahabat serta orang yang berkenalan dan orang yang tidak berkenalan


:: BAB SATU – PADA MENYATAKAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Wajib ke atas Umat Islam yang akil baligh itu mengetahui dan mengiktiqadkan bahawasanya:

1) Allah Taala itu Esa, Tunggal, Sedia, Kekal, tiada sesuatu yang seumpamaNya, tiada Allah taala itu berjisim.
2) Sifat yang wajib bagi hak Allah taala itu iaitu dua puluh sifat.
3) Sifat yang mustahil atas hak Allah taala itu maka iaitu dua puluh sifat
4) Sifat yang harus pada hak Allah taala iaitu berbuat yang mumkin atau meningkalkan berbuat akan dia.
5) Sifat-sifat yang wajib pada hak Rasul itu 3 perkara iaitu shidiq, amanah dan tabliq.
6) Sifat-sifat yang mustahil pada Rasul iaitu lawan sifat tiga iaitu al-kidzb, al-khianat dan al-kitman. Dan sifat-sifat yang harus bagi Rasul.
7) Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, penghulu segala manusia.
8) Membenarkan akan Nabi Muhammad S.A.W pada sekalian yang dikhabarkannya daripada Allah taala samaada perbuatan duni dan akhirat.
9) Percaya akan seksa kubur.
10) Percaya pada timbangan pada hari akhirat.
11) Percaya akan shirath iaitu titian di atas neraka jahanam.
12) Percaya akn telaga al- Kautsar
13) Percaya akan hisab dan syafaat segala anbia alaihimus salam
14) Bahawasanya segala sahabat Nabi kita Muhammad S.A.W itu semuanya adil.


Maka barangsiapa mengiktiqadkan akan segala yg demikian itu serta iktiqad yang yakin maka mereka itu adalah orang yang berpegang kepada kebenaran iaitu iktiqad ahli sunnah Wal jamaah.


Mohon maaf atas segala kekurangan. Yang baik itu datangnya daripada Allah taala dan yang buruk itu kelemahan diri yang serba dhoif dan hina ini.


MUNIRAH BAHARI
14 JANUARI 2008

ANJUNG RAHMAT, GOMBAK

0 comments:

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)