ISU..ISU..ISU

Baru-baru ini banyak isu yang melibatkan wanita diketengahkan di dada-dada akhbar semasa. Antara isu yang menarik perhatian saya ialah isu yang melibatkan kouta wanita di dalam parlimen, jsu suri rumah, isu keselamatan kanak-kanak, dan isu wanita di dalam bidang sektor perkhidmatan awam.
Isu peningkatan kouta wanita di dalam parlimen dan pembuat dasar negara memang kita tidak nafikan sangat memihak kepada kaum wanita di negara ini. Malah ia adalah salah satu cadangan yang baik untuk wanita - wanita di Malaysia. Ini kerana, apabila kita lihat lebih ramai wanita di dalam parlimen, sedikit sebanyak isu-isu yang berkaitan dengan wanita, keluarga, kanak-kanak dapat diperjuangkan oleh golongan mereka ini. Bukanlah kita menyatakan bahawa golongan lelaki tidak boleh memperjuangkan hak ini, namun wanita itu lebih afif dalam isu-isu ini . Namun apa yang menyedihkan saya, wanita-wanita di luar sana begitu ghairah untuk menempatkan diri di dalam pilihanraya yang akan datang. Memang tidak salah, namun hakikatnya perlu disedari bahawa biarlah bertanding itu untuk tujuan yang baik bukan untuk mendapat kemegahan dan kasih sayang orang ramai. Apa yang saya harapkan calon- calon yang bakal bertanding itu mempunyai misi dan visi yang jelas apa yang hendak dicapai. Selain itu juga, saya amat berharap mereka yang akan menang itu mempunyai fikrah yang betul mengenai syariat Islam dan menetapi batas-batas syariat.
Isu yang dibangkitkan oleh Ketua Wanita JIM baru-baru ini iaitu pengiktirafan kepada golongan suri rumah. Apa yang diperkatakanoleh Ketua Wanita JIM bahawa golongan suri rumah perlu mendapat pengiktirafan dan mendapat elaun bulanan. Memang kita tidak menafikan suri rumah merupakan golongan yang banyak membantu menguruskan hal ehwal rumah, keluarga dan sebagainya. Saya amat bersetuju supaya mereka ini diberi pengiktirafan namun adakah pengiktirafan ini berbaloi dengan pengorbanan yang mereka lakukan. Saya kira dalam institusi kekeluargaan itu perlu ada kesedaran bahawa golongan suri rumah ini sangat berharga bagi mereka dan mereka yang berada di dalam institusi tersebut selayaknya memberi penghargaan kepada suri rumah ini. Kita jangan tunggu pengiktirafan kerajaan sebaliknya kita boleh mulakan dengan keluarga kita sendiri. Pengiktirafan daripada luar amat bagus dalam meningkatkan kualiti kerja mereka tetapi kita perlu sedari bahawa orang yang dekat dengan merekalah yang wajar memberi penghargaan kepada mereka. Itu yang lebih baik dan amat diharapkan oleh suri rumah.
Saya pernah terfikir untuk menjadi suri rumah sepenuh masa apabila sudah berkeluarga kelak. Hal ini terjadi apabila memikirkan terlalu banyak gejala sosial yang berlaku di samping kes-kes yang melibatkan kehilangan kanak-kanak Namun adakah kita cukup bersedia untuk menberi hak jagaan anak kita kepada orang lain apabila kita bekerja kelak? Kita bukan berada di zaman dahulu di mana opah menjaga cucunya di kampung, tetapi sekarang opah-opah pun tidak mampu untuk menjaga cucu mereka tersebut. Moga Allah memberi kemudahan kepada saya kelak

0 comments:

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)