Cerita Wanita Ini

Tahniah diucapkan kepada Puan Hajah Esah Din yang dianugerahkan sebagai Tokoh Ibu Mithali kali ke-9 anjuran YADIM pada 21 November yang lalu. Rasanya tidak terlewat ucapan itu ditujukan kepada insan yang banyak berkorban demi anak-anak dan keluarga. Saya berkesempatan menghadiri majlis tersebut yang diadakan di Dewan Merdeka PWTC dan sungguh tidak diduga sambutan yang luar biasa daripada tetamu-tetamu yang hadir sehinggakan tempat untuk tetamu yang hadir sudah penuh! Saya terpaksa duduk di tangga kerana dewan sangat sesak dan penuh. Walaupun begitu saya berasa amat gembira jua kerana dapat menyaksikan acara yang penuh bersejarah itu. Majlis dimulakan dengan bacaan suci Al-Quran dan disambung dengan ucapan Pengarah YADIM, Datuk Haji Nakhaie. Beliau banyak menyentuh tentang objektif diadakan Anugerah Tokoh Ibu Mithali ini adalah untuk menghargai sumbangan ibu-ibu yang bersusah payah mendidik anak-anak sehingga berjaya. Bukanlah tugas yang mudah untuk memilih tokoh yang terbaik kerana calon-calonnya adalah semua yang terbaik namun ada kriteria yang yang dipilih bagi dinobatkan sebagai Tokoh Ibu Mithali kali ke-9. Selain itu juga Pengarah YADIM mencadangkan agar setiap negeri mengadakan Hari Penganugerahan Tokoh Ibu Mithali peringkat negeri bagi menghargai sumbangan kaum ibu di setiap negeri masing-masing.
Sesungguhnya perasaan sebak dan sayu terasa di benak hati ini tatkala melihat wajah-wajah calon terakhir bagi Tokoh Mithali ini disamping mendengar segala kesusahan yang dialami untuk mendidik anak-anak. Perasaan sedih juga menusuk hati pabila Aisyah mendendangkan lagu Syurga di Bawah telapak kaki Ibu dan Ibu Mithali. Saya teringat bagaimana susahnya dan penat ibuku di rumah membesarkan saya dahulu. Ya Allah Ya Tuhanku masukkan aku ke dalam anak-anak yang solehah.
Apa yang menarik tentang Hajah Esah Din ini ialah beliau membesarkan anak-anaknya seramai 17 orang dengan kewangan yang tidak mencukupi tetapi usaha dan semangat yang membara di dalam jiwa Hajah Esah dan suami membuatkan beliau bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anaknya. Hajah Esah juga digelar sebagai Menteri Kebajikan oleh anak-anaknya. Suaminya turut menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah sebelum ini. Semoga semangat yang jitu dan cara mendidik anak-anak boleh dijadikan tauladan bagi kita semua.
Selesai majlis Tokoh Ibu Mithali saya bergegas ke Rawang untuk menziarahi makcik saya. Apa yang saya nak kongsikan bersama ialah cerita disebalik perjalanan tersebut. Saya mengambil komuter ke Rawang dan perlu menaiki bas ke Sungai Buaya. Setelah satu jam setengah menunggu, akhirnya bas muncul. Pada kebiasaannya bas tidak akan lewat sebegini tetapi malas nak ambil tahu apa yang terjadi saya bergegas mengambil tempat duduk. Apa yang menakutkan saya ialah pemandu yang berbangsa India itu memandu dengan sambil lewa dan tidak berhati-hati sehingga berlaku kemalangan kecil. Sudahlah tidak mahu bertanggungjawab atas kesalahan tersebut, memandu pun tidak berhati-hati. Saya dan penumpang lain sungguh cemas. Inilah kali pertama saya menaiki bas dan perasaan takut dan cemas menyelubungi diri. Penumpang sebelah saya ada memberitahu bahawa pemandu itu sebenarnya mabuk kerana sebelum ni tidak pernah berlaku perkara sebegini. Sudahlah marah kepada penumpang, pandu pun laju dan tidak berhemah! Apa yang membuat saya terkilan adalah sikap pemandu tersebut terhadap seorang perempuan tua yang berbangsa India. Perempuan tua itu menunggu bas bersama saya dan dia tidak fasih berbahasa Melayu.
Dikisahkan bahawa perempuan tua itu ingin ke rumah anaknya tersebut di Sungai Buaya dan minta pertolongan daripada orang India untuk menolongnya membawa atau menunjukkan bas mana yang perlu dinaiki. Dipendekkan cerita sikap pemandu tersebut yang tidak menghormati perempuan tua itu membuatkan saya terkilan dan sedih. Ini kerana sikap pemandu itu yang asyik panas baran menyebabkan perempuan tua itu jatuh di dalam bas semasa berdiri untuk menanyakan kepada pemandu tentang tempat yang hendak dituju. Saya dan penumpang lain sempat menolong makcik tersebut dan menegur pemandu supaya berhenti kerana makcik telah jatuh namun teguran itu tidak diendahkan. Bangsa sendiri pun tak nak tolong, itu yang membuat saya marah kepada pemandu. Rupanya saya turun sekali dengan makcik itu dan saya menolong mengangkat beg kerana risau memikirkan keadaannya yang masih bingung kerana jatuh ditambah dengan cuaca hujan renyai-renyai. Saya cuba bertanya di mana arah rumah yang hendak dituju namun makcik tersebut hanya angguk dan senyum sahaja. Ini mungkin kerana makcik tersebut tidak fasih berbahasa Melayu. Setelah berpisah sempat makcik itu titipkan ucapan terima kasih dan senyuman kepada saya. Senyuman yang mendalam dan penuh erti itu membuatkan saya terharu dan saya tahu bahawa di dalam hatinya dia sedih dengan apa yang berlaku namun tidak mempamerkannya. Semoga makcik itu dilayan dengan layanan yang baik oleh anak-anaknya.

MENZIARAHI ADIK SITI ROHANA




Alhamdulillah setelah bertungkus lumus mengharungi demam peperiksaan, akhirnya berjaya juga harungi semua kertas-kertas ujian yang mencabar. Berat langkah untuk meninggalkan bumi UIA ini memandangkan aku baru sahaja menamatkan ijazahku di sini. Namun apa yang aku harapkan ini bukanlah kali terakhir aku di sini dan semoga aku berpeluang menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi lagi di sini. Menjadi kebiasaan setelah tamat pengajian soalan yang acapkali ditanya ialah "lepas ni nak buat apa?". Soalan ini juga tidak terkecuali pada diri ini. Perancangan yang teliti sangat penting untuk kepentingan diri dan jemaah.




Baru-baru ini bersama rakan-rakan PKPIM sempat menziarahi adik Siti Rohana di HKL kerana menjadi mangsa samseng di sekolahnya. Harian Metro ada memaparkan berita tentang adik Siti Rohana yang dibelasah dan dipukul oleh rakannya. Yang mengejutkan rakan perempuannya sanggup memukul sehingga menyebabkan adik Siti Ronana mengalami kesukaran untuk membuang air dan kencing berdarah disebabkan kecederaan yang dialami. Berdasarkan temubual bersama adik Siti Rohana kejadian berlaku disebabkan berlakunya perselisihan faham dan mereka yang sepakat mencederakannya terdiri daripada 8 orang iaitu 3 lelaki dan 5 perempuan. Apa yang kami doakan agar adik Rohana dapat menjalani peperiksaan SPM dengan jayanya walaupun mengalami kecederaan. Kami sempat menghadiahi majalah PKPIM kepada Siti Rohana untuk bacaan semasa beliau berada di wad.




Gejala samseng ini bukan perkara yang baru malah ia sudah menjadi lumrah dalam kehidupan remaja sekolah. Apa yang diharapkan agar mereka ini mempunyai kesedaran dan keinsafan atas perbuatan mereka tersebut. Sebenarnya peranan kedua-dua pihak sangat penting dalam menangani isu ini terutama ibu bapa dan guru disamping pelajar itu sendiri.


BEDAH BUKU: INDAH DAN MULIA




Tajuk Buku : Indah dan Mulia


Penulis buku : Amru Muhammad Khalid


Penerbit : PT Serambi Ilmu Semesta, Jakarta, Indonesia.


Tahun : 2005


Halaman : 289


Seorang lelaki menemui Rasulullah saw. dan bertanya, “Ya Rasulullah, apakah agama itu?” Rasulullah menjawab, “Akhlak yang baik.” Kemudian ia mendatangi Nabi dari sebelah kanannya dan bertanya, “Ya Rasulullah, apakah agama itu?” Nabi menjawab, “Akhlak yang baik.” Kemudian ia menghampiri Nabi dari sebelah kiri, “Apakah agama itu?” Dia bersabda, “Akhlak yang baik.” Kemudian ia mendatanginya dari belakang dan bertanya, “Apa agama itu?” Rasulullah menoleh kepadanya dan bersabda, “Belum jugakah engkau mengerti? Agama itu akhlak yang baik.” (al-Targhîb wa al-Tarhîb 3: 405).

Buku Indah dan Mulia ini mengajak Anda untuk mendidik diri bersifati luhur dan berperilaku bijaksana, menunjukkan pentingnya akhlak dalam membina peribadi Islam sejati dan memberi motivasi kepada pembaca agar berpegang pada akhlak istimewa itu.

Buku ini membincangkan tentang akhlak yang baik disamping mengajak pembaca memiliki cirri-ciri akhlak ini. Antara tajuk yang dikupas di dalam buku ini alah Akhlak, Ihsan, Tawadhuk, Jujur, Amanah, Setia, Malu dan kasih sayang. Buku ini berjaya menmbat hati pembaca kerana kandungannya yang jitu disamping menggunakan ayat yang mudah difahami dan setiap ayat yang dilontarkan sangat menyentuh kalbu dan berkesan di hati pembaca, InsyaAllah.

AKHLAK
Sebagai mukadimahnya penulis memulakan karyanya dengan membicarakan tentang akhlak. Apa itu akhlak? Akhlak merupakan perkara yang lebih penting daripada Ibadah kerana tujuan utama dari semua ibadah adalah membenarkan akhlak. Contohnya :

1) Solat mencegah perkara mungkar dan keji
2) Zakat, menyucikan dan belajar mengasihi dan bermurah hati
3) Puasa, belajar supaya menghindari perbuatan fasik dan
4) Haji, adalah puncak kepada akhlak kerana mengandungi latihan dan mengajar supaya lebih berdisiplin. Selain itu juga ia merupakan akhlak yang cukup berat kerana berusaha untuk menjaga akhlak yang baik. Antara tujuan mempelajari akhlak ialah supaya tidak menjadi sebab yang menyesatkan manusia dan tidak menjadi contoh yang buruk. Akhlak adalah yang paling berat dalam timbangan hamba di hari akhirat. Siapakah mukmin yang paling baik dan sempurna imannya? Mereka ialah yang paling baik akhlaknya, yang baik Islamnya dan yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling dicintai oleh Rasullullah S.A.W ialah orang yang paling baik akhlaknya, “ Ya Allah, berilah aku petunjuk kepada akhlak yang paling baik dan tidak ada yang bias memberi petunjuk kepadanya kecuali Engkau”

IHSAN

Dewasa ini jika kita lihat di sekeliling kita ramai manusia yang terus alpa dengan keasyikan duniawinya, malah mereka berlumba-lumba mengejar harta kekayaan, pangkat dan status. Tidak lupa juga manusia Islam yang tidak mengendahkan dan jarang mempraktikkan konsep ihsan. Dalil ihsan ialah :

1) Allah menyuruh untuk membuat adil, bersikap ihsan dan memberi kepada kaum kerabat
2) Iaitu mereka yang biasa menahan emosi, memaafkan manusia dan Allah senang kepada
orang yang membuat ihsan
3) Sesungguhnya kasih sayang Allah sangat dekat dengan orang-orang yang berbuat ihsan
4) Allah mewajibkan ihsan di dalam segala hal.
Niat ihsan sahaja tidak cukup malah kita kena berlaku adil kepadanya. Contohnya, Kita mengulangkaji pelajaran, berniat untuk ihsan di dalam mengulangkaji pelajaran, niat sahaja tidak memadai tetapi hendaklah kamu memilih tempat yang sesuai dan memilih waktu belajar yang tepat. Dengan begitu anda telah bersikap adil dalam ihsan. Topik ini juga membicarakan bentuk ihsan di dalam ibadah, terhadap orang tua, ihsan terhadap anak perempuan, bernikah, ihsan bercerai, ihsan terhadap isteri , binatang, kerja dan sebagainya.

TAWADUK
Orang yang tawaduk pasti Allah akan memuliakannya.Tawaduk juga merupakan akhlak Rasullullah S.A.W. Kita mesti tawaduk dalam aspek pakaian, pembantu, membangunkan rumah, keluarga terdekat, murid dan orang tua. Bagaimanakah cara kita bersikap tawaduk? Iaitu dengan mengenali Tuhan dan latihan praktis.

JUJUR

Merupakan akhlak para Nabi. Nabi Ibrahim disebut di dalam Al-Quran, beliau adalah seorang yang sangat jujur.Nabi bersabda “ Kejujuran adalah ketenangan, kebohongan adalah kegelisahan”. Akan menjadi khianat terbesar jika engkau menyatakan pada saudaramu sesuatu yang ia percaya sementara engkau sendiri berbohong padanya. Bila dibenarkan berbohong?

1) Perang
2) Mendamaikan manusia
3) Kepada isteri
Penulis juga mengupas tajuk setia, amanah dan kasih sayang. Tidak lupa juga penulis buku ini menyelitkan kisah-kisah nabi yang berkaitan dengan topic yang dikupas. Buku ini membuka minda anda sesungguhnya akhlak itu indah dan mulia.

Boleh berkunjung ke laman web http://www.kakibuku.blogspot.com/ untuk melihat kupasan buku yang lain. Anda juga dialu-alukan untuk menyumbang di dalam blog tersebut.

INTERNATIONAL YOUTH CAMP, ALEXANDRIA.

Dinamakan 'Qal'ah' iaitu Kubu pertahanan sewaktu pemerintahan Alexander the Great.

Bersama rakan-rakan kem selepas mengelilingi Laut Medetarean dengan menaiki bot. Dari kiri Julia dan rakannya (Korea) dan Sushma (India). Buat pengetahuan, Julia pernah menetap di Ipoh dan belajar di International School selama 2 tahun.


Kawasan di dalam Kem Abou Kir. Memuatkan 3 penempatan, perpustakaan, masjid, pejabat, dewan besar dan padang



Mengunjungi makan Al-'arif Billah. Makam ini terletak di kawasan bawah tanah di mana kawasan sekelilingnya dipenuhi dengan kedai- kedai seperti sibercafe, kedai makan, kedai pakaian dan lain-lain lagi. Selain itu juga dibisingkan dengan bunyi-bunyi nyanyian dan sebagainya. Penulis tidak menyangka wujud juga makam yang terletak ditengah-tengah kedai dan bunyi bising seolah-olah tidak menghormati makam tersebut.



Tempat penginapan peserta Kem Belia Antarabangsa ke-39 di Alexandria, Mesir.


Tempat ini dinamakan Abou Kir Youth City.





Bergambar di hadapan pintu masuk perkampungan belia, Abou Kir.









Mengunjungi Piramid di Kaherah bersama peserta-peserta lain. Cuaca pada ketika itu sangat panas seolah-olah matahari berada di atas kepala.





* Sepintas lalu disajikan dengan gambar-gambar peribadi penulis semasa menghadiri Kem Belia Antarabangsa di Alexandria, Mesir pada 24 Ogos hingga 4 September 2007. Gambar program akan dikepilkan kemudian.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR


Saya ingin mengucapkan Selamat maju jaya kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Malaysia yang kini sedang bertungkus lumus dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan akhir. Selamat berjuang dan berusalah bersungguh-sungguh. Sesungguhnya, setelah kamu berusaha bersungguh-sungguh, bertawakallah kepada Allah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1428H


Majlis Hal Ehwal Siswi (HEWI) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia sesi 2007/2008 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428H kepada mahasiswi di seluruh kampus di Malaysia. Syawal yang tiba ini telah meninggalkan Ramadhan yang mulia yang telah meninggalkan kesan mendalam ke atas umat Islam. Sesudah kita berjuang dan berpesta ibadat selama sebulan pada bulan Ramadhan amatlah wajar untuk kita meraikan kemenangan tersebut di bulan Syawal ini. Sesungguhnya pada zaman Rasullullah S.A.W, berakhirnya Ramadhan itu sangat ditangisi oleh Rasullullah S.A.W dan para sahabat kerana mungkinkah mereka berkesempatan untuk melakukan ibadat pada bulan Ramadhan yang akan datang. Begitu juga dengan diri kita, adakah kita berkesempatan untuk melakukan ibadat pada bulan Ramadhan yang kan datang?

Umat Islam sekarang sedang meraikan Syawal setelah berjaya melepasi ujian dan cabaran pada bulan Ramadhan al- Mubarak. Apa yang diharapkan mudah-mudahan madrasah Ramadhan telah mendidik dan membentuk keperibadian kita sebagai umat Islam khususnya mahasiswi yang mulia dan cemerlang demi membangunkan tamadun khaira ummah. Perlu diiingatkan bahawa bulan Syawal bukanlah bulan untuk kita berpesta makan setelah berpuasa selama sebulan sepertimana anggapan bagi sesetengah orang. Islam tidak melarang umatnya untuk menjamah makanan yang disajikan pada Aidilfitri ini tetapi perlulah berpada-pada supaya tiada berlaku amalan pembaziran dan sebagainya . Syawal mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri di mana bulan Syawal umat Islam disarankan untuk menziarahi kaum keluarga, sanak-saudara, sahabat handai serta saudara sesama Islam. Selain itu umat Islam digalakkan untuk berpuasa enam yang fadhilatnya menyamai berpuasa selama setahun. Sabda Rasullullah S.A.W, “ Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudiaan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh “. Kita perlu merebut peluang yang ada ini terutamanya usia kita yang masih muda dan mempunyai kekuatan yang melebihi orang tua.

Aidilfitri adalah masa yang sering dikaitkan dengan sikap bermaaf-maafan. Kita digalakkan untuk bermaafan dan melupakan segala kepahitan yang berlaku sebelum ini. Islam juga menyarankan umatnya untuk saling bermaaf-maafan. Di bulan Syawal yang mulia ini, insan yang memaafkan orang lain akan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T di samping mendapat kebahagiaanNya. Allah sangat menuntut umatnya menyemai dalam diri dengan sifat pemaaf dan bertolak ansur pada bulan Syawal ini. Allah berfirman di dalam surah as-Syuara’ ayat 39-40 bermaksud: “ Dan bagi orang yang dizalimi mereka akan membela diri. Balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa. Maka, sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik, pahalanya adalah tanggungan Allah. Sesungguhnya dia tidak menyukai orang zalim “.

Majlis HEWI juga ingin mengucapkan kepada seluruh umat Islam Salam Aidilfitri.. minal aidin wal faizin. Semoga pada bulan Syawal ini, kita berubah ke arah kebaikan dan kejayaan. Asas kepada perubahan itu ialah kita dapat memperbaiki diri dan seterusnya memperbaiki masyarakat agar kita mendapat keredhaan Allah S.W.T. Semoga perubahan yang dilakukan itu menuju ke arah kebaikan dan kejayaan di akhirat.

Dalam kemeriahan kita menyambut Aidilfitri ini, janganlah kita lupa terhadap golongan yang kurang bernasib baik daripada kita. Di luar sana, umat Islam di Palestin sedang bergelut dengan tentera Zionis serta Negara-negara lain. Tidak lupa juga dalam negara kita masih ada yang bersedih mengenangkan mereka tiada keluarga dan sebagainya. Mengenangkan kembali nasib arwahyarhamah adik Nurin Jazlin yang baru meninggal dunia akibat perbuatan kejam insan yang tidak berperikemanusiaan. Mengenangkan juga nasib remaja Malaysia yang teraniaya, Raja Munira yang ditahan di Lapangan Terbang Jepun atas tuduhan memiliki dadah. Mereka bukan seperti kita yang dapat menyambut Aidilfitri dengan sempurna tetapi terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan ujian. Semoga Allah S.W.T memberi kekuatan dan kesabaran kepada mereka yang kurang bernasib baik ini dan kita perlu memberikan sokongan serta tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyambut Aidilfitri ini dengan cara yang sederhana disamping merebut peluang untuk mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T dengan melakukan puasa sunat enam.

Munirah Bahari
Naib Presiden HEWI
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
sesi 2007/2008

FASTING IN RAMADAN: LESSONS & MORALITIES



Fasting in Ramadan: Lessons & Moralities

By Dr. Muzammil H. Siddiqi (www.islamonline.net)

Allah, Most High, says, “Blessed be He in whose hand is the Sovereignty, and He is able to do all things. He created death and life that He may try which of you is best in deed. He is the Exalted in Might, oft Forgiving.” (Al-Mulk: 1-2)


Also, He says, “It is He who made the night and day to follow each other for such as have the will to celebrate His praises or to show their gratitude.” (Al-Furqan: 62)
Life and death and the succession of nights and day have a purpose and that is to test us and to give us an opportunity to express our thanks and gratitude to our Creator and Sustainer. The month of Ramadan comes and goes. We must examine ourselves now and see what we have learned and achieved during this month.

The test of success of this month lies in the effects it has left upon us as follows:


1. Discipline: We learn in this month how to discipline ourselves for the sake of Allah. In our morning and evening, we follow a strict schedule of eating and drinking. We are constantly aware that even in our such mundane activities as eating and drinking, we must remain under divine injunctions. We change our habits in our daily routines because we learn that we are not the servants and slaves to our habits, but always the servants of Allah. Then after Ramadan, we have to keep this spirit of discipline in other modes of our life and must continue with our submission to the commands of Allah.


2. Renewal of Devotional Life: Ramadan renews our enthusiasm for worship and devotion to Allah. In this month we are more careful of our daily prayers and have special prayers at night. There is no religion without prayer and Muslims learn in this month how to strengthen and deepen their religious life.


3. Renewal of Contact with the Qur’an: Ramadan and the Qur’an are linked together from the beginning. It was in this month that this divine message was revealed to Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him. We are told that the Prophet, peace and blessings be upon him, was fasting when he received the first revelation. Fasting prepares the believers' hearts to learn the Word of Allah. It is the most suitable condition for our spiritual and mental communication with the Qur’an. The Muslim Ummah pays more attention to the Qur’an in this month. This renewed contact with the Qur’an must help us in following its message.


4. Renewal of Identity with the Ummah: Ramadan is not an individual experience only, but it is an experience in community. The whole Muslim Ummah fasts together in one and the same month. We identify with one another in our obedience to Allah. This gives us a new sense of togetherness and association. Ramadan teaches us that the Muslim Ummah is the community of piety and devotion to Allah and its members derive their strength from each other in deeds of piety and virtue. The bonds that are based on piety and virtue are the strongest bonds and it is these bonds that prove good for mankind. The strength of the Muslim community lies in its commitment to the values of goodness, morality and piety. Ramadan leaves an imprint of all these values upon the Muslim Ummah.


5. A Fresh Sense of Care and Sympathy: Fasting in the month of Ramadan helps us to understand the suffering and the pains of the poor and needy. By our voluntary hunger and thirst we realize what it means to be deprived of basic necessities of life. Ramadan is called the month of charity and sympathy. We learn how to be more kind and generous in this month. Many Muslims also pay their Zakah in the month of Ramadan.


6. Jihad or Struggle: Fasting in Ramadan and Jihad both of them were prescribed in the same year, that is, the second year of Hijrah in Madinah. Fasting prepares for hardships and sacrifice. These are two important things without which Jihad is not possible. Muslims learn in Ramadan how to struggle against the forces of evil in their own selves, in the society around them, and in the world at large.


7. Taqwa: To summarize all the moral and spiritual gifts of Ramadan, we can say that Ramadan gives us the great gift of Taqwa. Taqwa is the sum total of Islamic life. It is the highest of all virtues in the Islamic scheme of things. It means, God-consciousness, piety, fear and awe of Allah and it signifies submission to Allah and total commitment to all that is good and rejection of all that is evil and bad.

TAHZIAH BUAT AHLI KELUARGA NURIN JAZLIN


Tahziah buat ahli keluarga Nurin, Encik Jazimin dan Puan Norazian. Semoga arwah Nurin Jazlin dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Semoga ahli keluarga arwah tabah dan sabar dalam menghadapi situasi ini.



Sesungguhnya kejadian yang menimpa arwah adik Nurin sangat memilukan dan tidak berperikemanusiaan. Layakkah kita menggelar pembunuh itu sebagai manusia? Sesungguhnya Allah telah menciptakan manusia itu untuk beribadat denganNya dan mengurniakan akal kepada manusia itu supaya ia dapat berfikir dengan waras dan bertindak dengan ilmu. Tetapi sesungguhnya pembunuh yang membunuh arwah adik Nurin itu selayaknya kita gelarkan sebagai binatang! Kerana orang yang sebegitu memang boleh disamakan dengan binatang iaitu tidak mempunyai akal



Berita kes kehilangan adik Nurin Jazlin ini tidak dirasai oleh penulis pada awalnya kerana penulis berada di Mesir. Tetapi berkesempatan membelek berita di internet menyebabkan penulis mengetahui tentang isu ini. Sesungguhnya ini bukanlah berita yang pertama melibatkan kes pencabulan, penderaan dan kehilangan kanak-kanak, tetapi acapkali kita mendengar berita sebegini. Kes yang sama berlaku ke atas adik Nurul Huda dan lain-lain lagi, tetapi kes arwah adik Nurin merupakan kes yang telah 'membuka mata' masyarakat Malaysia. Sesungguhnya kekejaman yang berlaku ini perlu diambil tindakan segera dan patut dihukum dengan hukuman yang setimpal.



Penulis asyik terfikir, apalah salahnya seorang kanak-kanak kecil sehingga sanggup diperlakukan dengan sebegitu kejam! Sememangnya apabila nafsu itu sudah menguasai diri begitulah jadinya. Memang menyedihkan melihat arwah Nurin Jazlin diperlakukan dengan kejam. Apa yang diharapkan semoga jenayah ini tidak berlaku lagi dan cukuplah kes ini sebagai pengajaran yang berguna kepada masyarakat Malaysia.



Kes ini sesungguhnya membuka mata masyarakat Malaysia supaya lebih berhati-hati dan menjaga anak-anak dengan sebaik mungkin. Sungguh mengecewakan apabila ada segelintir masyarakat kita yang menghukum ibu bapa Nurin dean sanggup mengenakan hukuman yang berat. Sesungguhnya bukanlah kehendak mereka untuk terjadi seperti ini dan apa yang berlaku mungkin di luar kawalan mereka. Kita perlu sedari bahawa manusia itu tidak pernah lari daripada kesilapan. Kita tidak berhak menghukum mereka dengan menyatakan mereka cuai dan menerima hukuman yang selayaknya. Sesungguhnya kita sebagai manusia perlu berdoa agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.



Pengajaran daripada kes ini perlulah kita sebagai masyarakat Malaysia tanamkan kembali budaya dan amalan seperti yang berlaku di kampung-kampung. Kita perlu tahu siapa jiran kita, apa yang dilakukan, tolong-menolong, dan sebagainya. Tetapi amat menyedihkan apabila di bandar jarang berlaku hal yang sedemikian. Masing-masing melakukan tugas sendiri! hal kamu kamu uruskan sendiri. Dato' Dr. Fadzilah Kamsah menyatakan kita perlu "menjaga tepi kain orang" supaya amalan kejiranan, tolong menolong, kasih sayang itu wujud. Dari segi aspek keselamatan, kanak -kanak perlu diajar tentang asas-asas keselamatan semasa mereka kecil lagi. Ini kerana kanak-kanak mudah terpengaruh dengan benda-benda yang baik. Jika orang itu nampak kemas, bagi RM, ajak pergi jalan-jalan mereka akan ikut kerana gambaran tersebut menunjukkan orang tersebut baik! Tetapi manusia sentiasa berubah, mungkin hanya berpura-pura baik di hadapan kita tetapi bila sudah menagkap mangsanya perbuatan itu sudah bertukar menjadi ganag, bengis, tidak berperikemanusiaan dan sebagainya. Jadi, awasilah anak atau adik anda dan ajarlah mereka dengan didikan yang tepat dan betul.



Akhir kata, janganlah kita menunding jari menyalahkan sesiapa tetapi marilah sama-sama kita memberi sokongan moral kepada keluarga arwah Nurin Jazlin. Jangan kita bebankan mereka dengan masalah-masalah yang tidak patut mereka terima. Harapan kita agar kejadian yang sama tidak berulang lagi.

SALAM RAMADHAN

Ahlan ya Ramadan Kareem! Di sini penulis ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di Malaysia. Semoga kita sama-sama meningkatkan a'mal di bulan yang mulia ini.

BERTEMU KEMBALI!

Alhamdulillah, penulis selamat sampai di tanah air pada 7 September 2007 setelah 2 minggu berada di bumi Anbiya', Mesir menghadiri Kem Belia Antarabangsa Kali ke-39 di Alexandari, Mesir. Program ini adalah anjuran Kementerian Belia Mesir. Walaupun sepatutnya tiba di Malaysia pada 5 September, namun keadaan yang tidak dijangka berlaku. Kami tertinggal 'flight' disebabkan penerbangan dari Alexandari ke Kaherah tidak seperti dijadualkan. Lewat 45 minit. Apabila tiba di 'Cairo Airport' terpaksa berkejar ke terminal lain untuk 'check in' kerana bangunannya bukan berada di bawah bumbung yang sama. Kami terpaksa berlari-lari kerana takut tertinggal 'flight'. Sungguh menyedihkan apabila tiba di kaunter untuk check in kami dimaklumkan Penerbangan ke Dubai sudah berlepas... Hanya Allah yang tahu isi hati penulis memandangkan 6hb penulis ada peperiksaan di UIA dan 8hb. Mungkin ujian daripada Allah terhadap umatnya dan mungkin ada hikmah di sebalik kejadiaan ini.

Setelah sampai di tanah air dengan keletihan, penulis bergagah juga untuk menghadiri 'back up' kelas pata petang harinya memandangkan sudah lama tidak hadir ke kelas. Berita mengembirakan bahawa peperiksaan saya boleh ditangguhkan ke hari lain dan peperiksaan pada hari Sabtu ditangguh pada 22 hb. Alhamdulillah. Kemudian pada malamnya penulis berangkat ke MFI, Bangi untuk menghadiri MPAT PKPIM kali ke-46.

Ramai rakan-rakan bertanya tentang program, perjalanan dan sebagainya. Mohon maaf kerana mengambil sedikit masa untuk menulis kerana waktu sangat terhad kepada penulis untuk mengadap komputer. Ditambah dengan tugasan yang tertangguh seperti 'assingment' yang perlu dihantar segera, 'group discussion', tugasan projek dan peperiksaan. Sebenarnya itu adalah ujian daripada Allah dan apabila sesekali penulis berjenaka dengan rakan dengan menyatakan " banyaknya kerja" dan rakan-rakan mengusik 'siapa suruh pergi bercuti lama sangat' membuatkan penulis tergelak. Ikutkan penulis tak sanggup juga untuk cuti panjang tetapi mungkin ini adalah rezeki buat diri penulis.

Buat rakan-rakan yang masih menunggu catatan perjalanan harap dapat menunggu. Insya' Allah jika ada masa penulis akan mencoretkan serba sedikit tentang perjalanan dan program di sana.

SYUKRAN JAZILAN KEPADA MANTAN EXCO HEWI 2006/2007!

Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan HEWI yang sama-sama berganding bahu dalam medan dakwah semasa berada di madrasah PKPIM. Penulis ingin mengucapkan Terima Kasih kepada mantan-mantan Exco HEWI terutamanya Kak Shamsiah yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada penulis.
Terima kasih kak Sham! Jasamu dalam membimbingku akan tersemat di dalam kalbu. Masih ingat di kotak mindaku, engkaulah yang beri kata-kata semangat ketika aku berada di dalam keadaan kesusahan selain ku titipkan doa mohon pertolongan Allah. Kak Shamsiahlah yang mengajar aku supaya menulis dimana engkau tahu aku tidak banyak bersuara di dalam hal-hal tertentu. "Luahkan dalam penulisan jika bercakap itu sukar bagimu". Entah...bila mendapat tugasan daripadamu aku terus melaksanakan tanpa soal..Mungkin sifatmu seperti keibuan itu menyebabkan aku patuh padamu. Tetapi bila aku teringat tika aku terpaksa tidak mendengar kata-katamu untuk bermalam di Anjung Rahmat..aku tersenyum sendirian. Walaupun engkau cuba mempengaruhi untuk bermalam di Anjung Rahmat dengan ayat-ayat yang menyebabkan timbul rasa serba salah dalam diriku, tapi aku bernekad juga untuk tidur di UIA memandangkan ada kerja yang perlu dilaksanakan. Walaupun aku tahu malam itu merupakan malam terakhir engkau berada di bumi semenanjung ini. Maafkan aku Kak Shamsiah. Bimbinglah aku dan berilah nasihat walaupun engkau tidak menjadi saf pemimpinan PKPIM.
Terima kasih juga kepada Kak Khalidah Salekan yang banyak membantuku dan membimbingku di dalam madrasah PKPIM. Segala kesusahan dan kegembiraan yang dialami bersama akan tersemat di minda ini. Jangan putus dalam memberi kata-kata semangat dan semoga ukhwah kita berterusan.
Terima kasih juga ditujukan khas untuk kawan baikku Sumayyah Johaidi. Kita bersama-sama belajar di madrasah PKPIM walaupun umur yang masih muda. Walaupun kita nampak macam kucing dengan tikus tetapi hakikatnya itulah yang merapatkan ukhwah kita. Entah mengapa....aku gemar bergaduh denganmu walaupun kita tahu itu hanya olok-olok semata tetapi pada pandangan orang kita ni bergaduh! Engkaulah tempat aku mengadu masalah, berkongsi suka duka kerana kita sebaya mungkin. Semoga engkau terus tabah dan berjaya dalam membina kerjaya.
Terima kasih juga buat teman-teman seperti Kak Salbiha, Kak Syida, Diyana, ija dan Ayu. Pertolongan, nasihat, bimbingan kalian akan tersemat di ingatanku. Semoga ukhwah kita berterusan dan rajin-rajin la jenguk HEWI di Gombak ni. Semoga Allah memberi ganjaran pahala ke atas kalian semua.

Sekarang penulis menghadiri Kem Belia Antarangsa kali ke-39 di Alexandari, Mesir. Banyak perkara yang hendak diceritakan di sini. Setakat ini selama penulis berada di bumi Anbiya' ini banyak perkara yang penulis pelajari. Antaranya duduk di negara orang ini kita perlu kuat, sabar, tabah dan pandai berdikari. Belum lagi kem bermula penulis telah diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran. Sesungguhnya segala pengalaman yang penulis dapat di sini sangatlah manis walaupun pada permulaannya sungguh pahit rasanya.
Buat pengetahuan penulis bersama delegasi dari Malaysia telah kehilangan beg semasa transit di Cairo Airport. Kami tidak dapat tunggu lama di Lapangan terbang Kaherah memandangkan kami perlu mengambil flight ke Alexandari. Kami dimaklumkan bahawa bagasi kami akan di hantar di alexandari airport. Tibanya di sana sebarang beg tidak dijumpai. Setelah tiga hari berlalu, Alhamdulillah bagasi kami berjaya di temui di Lapangan tErbang Kaherah. Selama tiga hari berturut-turut memakai baju yang sama. Sesungguhnya perkara itu tidaklah membebankan penulis memandangkan cuaca di sini walaupun panas tetapi tidak berbau. Alhamdulillah penulis mempunyai ramai kawan yang belajar di sini, jadi mengambil kesempatan meminjam segala peralatan yang diperlukan.
negara lain. Sesungguhnya penulis sangat berbangga menjadi warganegara Malaysia kerana di sini orang sangar 'respect' dengan negara kita. Buat pengetahuan, Alexandari atau Iskandariah adalah negeri kedua terbesar selepas Kaherah di Mesir.

RUNTUHNYA AKHLAK REMAJA KINI

Sedih dan geram apabila terbaca akhbar Utusan Malaysia bertarikh 5hb Ogos 2007 yang memaparkan cerita tentang remaja bawah umur yang terlibat dengan jenayah rogol! Cuba bayangkan dalam linkungan umur 12-19 tahun sudah melakukan jenayah sungguh zalim ini. Mangsa rogol tersebut ialah wanita yang berusia 30 tahun dan mangsa dirogol bergilir-gilir. Di manakah letaknya akal mereka ketika itu? Sesungguhnya apabila akal sudah dikuasai oleh nafsu...begitulah jadinya. Perkara yang membuat penulis sakit hati dan geram kerana yang terlibat adalah salah seorang remaja bawah umur yang berusia 12 tahun dan dilaporkan tidak bersekolah. Kecik-kecik lagi sudah terlibat dengan jenayah ini.. Buat masa sekarang kesemua yang terlibat ditahan reman oleh pihak polis.
Sebenarnya pendidikan agama pada peringkat awal kanak-kanak penting bagi memastikan anak yang dididik itu mematuhi syariat agama di samping menjadi penyumbang yang besar terhadap pembinaan sahsiah remaja dan pembangunan negara. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mencorak hidup anak-anak dengan diberi didikan yang sempurna sesuai dengan syariat Islam.
Hasrat Majlis HEWI PKPIM untuk menganjurkan Bengkel Keselamatan Diri Remaja perlu diteruskan. Para remaja wanita perlu didedahkan dengan teori-teori dan langkah-langkah keselamatan supaya kelak kes-kes yang melibatkan jenayah rogol, pembuangan bayi , seks luar nikah dan sebagainya ini dapat diatasi.

' GO CRAZY '

Sungguh tak diduga ada juga yang berminat untuk mengetahui cerita di sebalik tugasan 'Go Crazy'. Sebenarnya apa yang penulis buat itu tidaklah memberi impak yang besar sangat pada orang awam kerana kemungkinan aksi yang dilakukan itu tidaklah sangat memeranjatkan orang. Tetapi...bagi saya perbuatan itu sudah cukup memalukan saya apatah lagi ramai yang bagi cadangan supaya membuka payung di dalam LRT, berjalan sambil membuka payung di kompleks beli belah KLCC, menyarung baju yang dibuat daripada plastik sampah, memakai baju tidur dan sebagainya. Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui kekuatan yang penulis ada untuk melakukan tugasan tersebut. Jika diikutkan hati dan perasaan mahu sahaja ditangguh...tetapi memandang banyak lagi tugasan yang perlu disiapkan jadi 'Go crazy' perlu diteruskan walaupun terpaksa mengaibkan diri. Alhamdulillah..sebenarnya di sebalik tugasan itu tidak berlaku masalah memandangkan penulis selalu berdoakan agar tugasan yang dilaksanakan dimudahkan oleh Allah. Tidak seperti rakan lain yang nyaris-nyaris ditangkap memandangkan polis ingat pesakit mental!

Selesai menyiapkan tugasan tersebut, penulis berkesempatan singgah di Sekretariat PKPIM di Anjung Rahmat dan menceritakan mengenai tugasan tersebut. Masih ingat lagi di minda...bagaimana reaksi rakan-rakan yang terbahak-bahak ketawa mengenangkan peristiwa tersebut dan tak sanggup melakukan perbuatan tersebuat apabila dicabar oleh penulis. Sebenarnya penulis ingin rakan-rakan menyelami bersama bagaimana perasaan mereka.

Buat pengetahuan penulis ada membawa kamera untuk mengambil gambar sebagai bahan bukti untuk tugasan. Namun tiada masa untuk menangkap memandangkan yang ada cuma Hidayah. Jadi jika dia yang mengambil mgambar susah jugak sebab beliau ditugaskan untuk memerhati sekeliling. Lagipun biarlah aksi ini menjadi kenangan buat penulis dan rakan, Hidayah Muzakir.

Keputusan untuk pemerhatian aksi saya telah menunjukkan bahawa dalam lima saat orang awam memandang dengan perasaan pelik dan terkejut, ada juga yang tidak jemu-jemu pandang hingga turun ke LRT, ada juga yang ingin menegur tetapi tidak berani, ada juga yang ketawa dan berbisik sesama sendiri. Sebenarnya di sudut hati ingin mengacau orang ramai tetapi atas nasihat rakan agar jangan menegur dan mengacau kerana khuatir lain yang kita nak lain pula yang jadinya. Sebenarnya penyakit yang dialami ini kemungkinan datangnya daripada faktor sejarah keluarga, keadaan sekeliling, masalah perubatan dan sebagainya.

SEJAUH MANA PERANAN WANITA DALAM DAKWAH & MEMIMPIN



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah dan kurnia-Nya serta kelapangan masa yang Allah kurniakan kepada kita untuk kita bertemu mata dan bersama-sama menghadiri usrah Pusat PKPIM serta memperkukuhkan tautan ukhwah Islamiah antara hati-hati yang berkumpul demi keredhaan Allah S.W.T. Selawat serta salam ke atas Nabi Junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda, para sahabat-sahabat serta pejuang-pejuang yang menegakkan agama Islam hingga ke hari ini.

Sesungguhnya berdakwah kepada Allah adalah sebaik-baik dakwah. Dakwah merupakan perbuatan yang tulus suci dan tiada siapa yang mampu mencapai tahapnya kecuali mereka yang telah dipilih oleh Allah S.W.T. Jika direnungi Nabi Muhammad S.A.W merupakan sebaik-baik pendakwah, dan kita sebagai pengikutnya serta pewaris dakwah baginda perlu melaksanakan tugas yang sama sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah S.A.W suatu ketika dahulu. Kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W perlu bersyukur kerana dianugerahkan dan dikurniakan kemuliaan, peringatan dan dakwah kepada agama-Nya. Oleh yang demikian kita perlu melakukan tugas dakwah tanpa mengira jantina, baik lelaki mahupun perempuan. Amanah, tugas dan kemuliaan bukan sahaja dikurniakan kepada golongan lelaki bahkan juga kepada golongan wanita juga.

Sepertimana firman Allah S.W.T di dalam Surah al Ahzab: 35 yang berbunyi:
“ Sesungguhnya orang lelaki yang Islam dan orang perempuan yang Islam, dan orang lelaki yang beriman serta orang perempuan yang beriman….”

Sejarah telah menerangkan contoh yang jelas berkenaan peranan wanita dalam bidang dakwah. Antaranya ialah Saidatina Aisyah; di mana beliau menjadi sumber rujukan ilmu, Ummu Atiyyah al-Ansari; beliau sentiasa dikunjung oleh orang ramai termasuk lelaki untuk menuntut ilmu, Asma’ bt Abu Bakar, Zainab al-Ghazali dan banyak lagi.

Sesungguhnya peranan wanita dalam dakwah amat diperlukan pada masa kini memandangkan pengaruh barat yang semakin menular dan berleluasa sehingga menjadikan wanita sebagai alat dalam menyebarkan kejahatan, ketidaksopanan, serta perpecahan di dalam keluarga. Perkara ini juga telah membawa kepada kebinasaan nilai akhlak dan peribadi wanita. Sangat menyedihkan pabila kita melihat wanita-wanita Islam dijadikan alat untuk sebarkan kerosakan dan kebinasaan menerusi media massa dan media cetak. Lihatlah apa yang berlaku sekarang ekploitasi kaum wanita semakin berleluasa di dalam filem dan iklan. Wanita seaakan-akan tiada maruah diri sehingga sanggup menggadaikan tubuh badan demi mendapat pendapatan lumayan dan menjadi terkenal. Ini adalah disebabkan oleh cepat terpengaruh serta lemahnya ilmu pengetahuan agama di kalangan mereka. Oleh itu, wahai saudari pendakwah sekalian! di sini lah peranan saudari kerana wanita paling layak dan sesuai dalam melaksana misi dakwah di kalangan mereka kerana wanita itu lebih mengetahui tabiat, suasana dan masalah yang bersangkutan dengan wanita. Perkara ini memberi kelebihan kepada wanita kerana mereka terdiri daripada golongan yang sama. Untuk mengubah cara hidup mereka bukan lah satu usaha yang mudah, namun pelbagai cara yang boleh digunakan dalam menangani isu ini.

Usaha dakwah yang dilakukan itu sangat luas bidangnya, bukan sekadar ucapan di masjid dan pengajian tetapi meliputi akhlak, tingkah laku, nasihat serta sifat mahmudah sehingga melahirkan kesan yang panjang. Perlu diketahui, tidak semua wanita dapat menyampaikan ceramah dan suruhan kepada orang lain tetapi semua orang mampu jalinkan hubungan yang baik dan memberi nasihat. Oleh itu keadaan ini menolak secara langsung hujah golongan yang berkata tiada masa untuk berdakwah kerana sibuk dengan rumah tangga. Wahai saudari pendakwah! Wanita perlulah bijak menyeimbangkan kewajipan berdakwah dan menjaga rumah tangga di mana kedua-duanya merupakan suatu tuntutan. Pendakwah wanita juga tidak boleh terlalu sibuk dengan kerja-kerja dakwahnya sehingga mengabaikan rumahtangganya. Wanita itu perlu mendahului keutamaannya; contohnya anak kecil perlu ditentukan jagaan dan keutamaannya dan disamping tidak meninggalkan kerja dakwah tersebut.

Penyediaan seorang pendakwah itu penting kerana untuk memperbaiki dan meningkatkan usaha dakwah mereka. Menurut Zainab al-Ghazali kewajipan berdakwah samaada lelaki atau wanita perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu semasa, tahu maklumat serta ilmu moden dalam usaha menangani tentangan yang sedia ada.

Bidang dakwah bagi wanita itu sangat luas, baik di dalam keluarga, rakan sebaya, dan masyarakat. Sesungguhnya tidak dinafikan bahawa pendakwah wanita lebih gigih menjalankan usaha dakwah semasa belum mempunyai komitmen yang berat yakni sewaktu zaman bujang. Ini kerana dakwah semasa berada di pengajian tinggi sangat luas dan tidak terbatas. Namun selepas mendirikan rumah tangga, kegiatan dan usaha dakwahnya menurun, lemah serta semangat akan luntur sedikit demi sedikit sehingga hilang sebahagian golongan daripada mereka. Walau bagaimanapun, sedikit daripada mereka yang meneruskan usaha dan pengorbanan walaupun memikul tanggungjawab yang baru dan menghadapi suasana sekeliling yang sentiasa berubah. Ini lah hakikat yangdiketahui oleh mereka yang menceburkan diri dalam bidang dakwah dan senantiasa bertanya kepada diri sendiri; Bagaimana hal ini boleh berlaku? Apa sebab yang membawa kepada fenomena ini? Persoalannya di sini bagaimanakan kita boleh membantu saudari pendakwah untuk meneruskan semangat serta menyampaikan dakwah dan agama?. Sepatutnya perkara ini perlu menjadi kajian bagi lelaki dan wanita dalam bidang dakwah.
Zainab al-Ghazali di dalam bukunya Nasihat untuk wanita telah menggariskan tip-tip bagi membantu saudari pendakwah ini. Antaranya ialah:

Meletakkan perancangan kerja yang dikehendakidan masa yang diperlukan bagi setiap kerja.
Mengrenalpasti tentang dakwah yang boleh dimanfaatkan.
Menyusun satu perancangan bagi kerja yang dikehendaki serta mengkaji masa yang sesuai.
Mengetahui keutamaan antara yang terpenting dengan yang penting.
Seorang pendakwah perlu menjadi contoh tauladan secara praktikal di hadapan orang ramai.
Saudari pendakwah perlu menjadi contoh untuk kanak-kanak atau remaja di luar sana. Penulis teringat kata-kata yang disampaikan oleh Pengerusi HEWI PKPIM baru-baru ini di Tamrin Nisa’ Kebangsaan di mana beliau menyatakan bahawa sudah tiba masanya HEWI mengorak langkah mengambil peluang yang ada memberanikan diri untuk keluar majalah, atau menjadi ‘front page’. HEWI perlu menjadi idola untuk remaja-remaja di luar sana. Kita perlu tunjukkan peribadi dan akhlak yang mulia kepada mereka.Bukanlah niat atau permasalahnya di sini untuk menayangkan muka, tetapi sedarlah pada hakikatnya kita ketandusan tokoh remaja wanita yang boleh dijadikan contoh dan ikutan untuk adik-adik di luar sana..Sesungguhnya pengaruh media itu sangat besar dan kita perlu mengambil peluang yang ada dalam menyampaikan misi dakwah ini.

Pendakwah merupakan orang pertama melakukan perkara yang diseru kepada orang lain dan bergerak di barisan hadapan secara praktikal dalam berdakwah. Contoh yang terbaik ialah Imam Hassan al Basri (kisah di mana beliau mahu menegur tuan punya hamba di dalam khutbah jumaat ). Sesungguhnya contoh tauladan yang praktikal adalah anak kunci ajaib dalam menjamin keberkesanan usaha dakwah dalam kehidupan orang ramai.

Rujukan:
Zainab al-Ghazali, Nasihat untuk Wanita.
Ahmad Muhammad Jamal, Jejak Cemerlang 30 Wanita Beriman.

Mohon maaf di atas kekurangan. Segala komen dan teguran boleh melalui emel munirah@pkpim.net. Syukran jazilan wa ila liqa’.

* Dibentangkan di Usrah Qiyadi PKPIM pada 17 Julai 07/ Anjung Rahmat, Gombak.

Rindunya untuk menulis di Blog...

Sudah lama tidak 'update' blog. Cuma masa tidak mengizinkan untuk berada lama di hadapan komputer.Sebenarnya jauh di sudut hati ini ingin menghasilkan karya-karya baru tetapi mungkin saya tidak berkesempatan. Lebih-lebih lagi komputer berada di Sekretariat PKPIM jadi kesempatan untuk menggunakannya amatlah terhad kerana jika berkesempatan pun tidak sempat untuk meluangkan sedikit masa untuk menulis. Lagipun komputer kesayanganku itu perlu diperbaiki dan di 'format'kan memandangkan gerak kerjanya pun berjalan agak lembab. Mungkin sudah tiba masanya untuk berehat seketika. Banyak perkara dan pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama sebenarnya di dalam blog ini terutamanya semasa cuti semester saya dan rakan-rakan PKPIM berkesempatan menziarahi anak muda di Sarawak iaitu PERKEPIS. Di samping itu juga pengalaman mengadakan Kem Siswi Islam 2007 yang diadakan di Pusat Latihan dan Komuniti PKPIM di Kg. Changkat. Mungkin jika ada kesempatan akan saya coretkan di blog saya buat bacaan rakan-rakan.

Sudah tiga minggu pengajian dimulakan dan adatlah bagi pelajar yang terlibat dengan 'society' harus bijak membahagikan masa. Tidak dinafikan bebanan tugasan pengajian semakin bertambah berat pabila berada di akhir semester ini. Sesungguhnya inilah ujian daripada Allah yang perlu kita hadapinya dengan tabah dan sentiasa berdoa kepada Nya agar di beri kekuatan. Diri ini juga memikirkan tentang tawaran daripada Kementerian Belia dan Sukan yang akan mengadakan program ' International Youth Camp' kali ke-39 yang akan diadakan pada 23-4 September 2007. Inilah rezeki namanya dan peluang untuk kita menimba pengalaman sebenarnya. Galakan daripada 'Bapak' Presiden PKPIM- abg Himi Ramli, 'mak' HEWI- kak Shamsiah serta keluarga membuatkan saya tidak menolak tawaran ini. Tetapi saya sudah mengingat diri awal-awal perlunya persediaan dari segi pembelajaran, mental, fizikal dan rohani. Segala tugasan kelas perlu saya siapkan dan tidak lupa juga tugasan untuk muktamar PKPIM. Buat pengetahuan saya tidak pernah ponteng menghadiri kelas, jadi pabila memohon pelepasan kelas untuk 7 hari membuatkan saya terfikir sejenak..Segala pembelajaran yang ketinggalan perlu di 'cover; balik supaya memudahkan urusan di peperiksaan akhir nanti. Semoga segala urusan saya dimudahkan oleh Allah..Amin.

Baru-baru ini juga saya telah menyiapkan satu tugasan yang amat penting juga untuk kelas Abnormal Behavior saya. kami telah diberi tugasa 'Go Crazy' di mana pelajar diminta untuk membuat satu perbuatan yang unusual dan abnormal di tempat public dan dapatkan reaksi orang ramai tentang tugasan tersebut. Sememangnya ini bukanlah satu tugasan yang mudah walaupun pada hakikatnya mudah. Saya telah memilih untuk melakukan satu perkara yang jarang dilakukan oleh masyarakat setempat iaitu menaiki LRT Putra dengan membawa patung besar Sinchan dan ulat bula. Kedua-duanya dipegang sebelah kanan dan kiri manakala saya memakai stoking berwarna kuning, t-shirt dan seluar manakala tudung diikat dengan penyepit rambut. Dengan gaya budak yang sla sakit mental saya berada di dalam tren di mana penuh dengan orang lkeluar masuk. Memang malu yang tidak terkata membuat aksi tertsebut dan perasaan geli hati pun ada kerana ada yang pelik melihat gadis yang besar panjang memegang patung. Tidak lupa juga muka ibu yang sedih melihat aksi saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan baik say Nur Hidayah Muzakir kerana sudi menemani saya di samping menjadi 'Observer'. Sesungguhnya pengalaman ini menginsafkan saya kerana perkara inilah yang terjadi juga kepada mereka yang mengalami pesakit mental dan sebagainya. Ada yang simpati, ada yang pelik, ada yang mengumpat dan lain-lain.

Respon Isu


SIARAN MEDIA& RENCANA 15 JUN 2007/ 29 JAMADIL AWAL 1428H
KURANG BERSENAM, KUAT MAKAN PUNCA MASALAH 3G

KEBIMBANGAN diluahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai bilangan penduduk gemuk di Malaysia kini menduduki tangga kedua paling ramai di Asia Tenggara dengan jumlah masing-masing 19 wanita dan 14 lelaki bagi setiap 100 orang, perlu dipandang serius.


Lebih berbahaya bahawa laporan kajian yang menunjukkan lebih sejuta wanita berusia antara 25 hingga 64 tahun (18.8 peratus) di negara ini diklasifikasikan sebagai gemuk, sekali gus terdedah kepada risiko pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, kencing manis dan angin ahmar.

Selain itu, kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan tahun lalu, mendapati 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak negara ini mengalami masalah 3G, iaitu gebu, gempal dan gemuk dengan wanita mencatatkan peratusan lebih tinggi berbanding lelaki.

Masyarakat Malaysia perlu prihatin dan mengambil berat isu ini, memandangkan ia membabitkan tahap kesihatan kita, sekali gus membabitkan diri sendiri. Sudah tiba masanya kita melakukan reformasi terhadap diri sendiri demi memiliki tubuh badan yang sihat serta bebas daripada ancaman penyakit kronik.

Masalah kegemukan bukan satu isu baru, malah ia sudah lama diperkatakan sejak dulu lagi. Bukan saja negara kita mengalami masalah ini, malah negara maju juga turut mengalami nasib sama.

Semakin ramai juga rakyat Amerika Syarikat mengalami masalah kegemukan, baik orang dewasa atau kanak-kanak. Statistik menunjukkan 60 peratus orang dewasa Amerika mempunyai berat badan keterlaluan.

Kajian mendapati memiliki berat badan berlebihan, tetapi kurangnya aktiviti fizikal dan tabiat makanan yang buruk, mendedahkan seseorang kepada risiko penyakit kronik hingga menyebabkan kematian di Amerika.

Rakyat Malaysia juga tidak terkecuali dengan kematian jika tidak prihatin dengan masalah kegemukan ini dan memandang sambil lewa akan tahap kesihatan diri.

Antara punca masalah kegemukan ini ialah perasaan lapar. Keinginan untuk mengambil makanan berlebihan dan keterlaluan kerana terlalu lapar, akan mengundang masalah ini. Selain itu juga, pengambilan makanan tidak sihat dan selamat secara berterusan akan mengundang kepada masalah kegemukan ini.

Contohnya, pengambilan makanan segera yang berterusan dan dengan kadar tinggi. Seperti yang diketahui, makanan segera sering dilabel sebagai makanan tinggi kalori, kolesterol, lemak tepu dan garam.

Rakyat Malaysia sering mengambil makanan segera kerana mudah didapati di mana-mana saja selain harga berpatutan dan lazat. Amalan ini perlu diubah demi kesihatan diri sendiri.

Perubahan perlu dilakukan menerusi ibu bapa dan anak. Amalan gaya hidup sihat perlu menjadi keutamaan dan agenda penting sesebuah keluarga demi mewujudkan keluarga harmoni, sihat dan bebas daripada penyakit kronik.

Ibu bapa perlu mengambil peranan penting dalam penyediaan makanan seimbang dan berkhasiat untuk anak ketika mereka kecil lagi. Penyediaan makanan seimbang dan sihat akan mengelakkan anak daripada mengalami masalah kegemukan atau obesiti.

Ibu bapa perlu mendidik anak supaya mementingkan kesihatan dan menjadikan agenda utama di dalam sesebuah keluarga. Selain itu juga, disiplin pengambilan makanan perlu diterapkan kepada anak demi mendidik mereka menghargai kesihatan sendiri.

Ibu bapa jangan terlalu memanjakan anak sehingga mengikut segala kemahuannya kerana lama kelamaan ia akan menjadi parah sehingga tidak boleh diubati lagi.

Senaman berterusan iaitu tiga kali seminggu selama 30 minit sekali perlu dilakukan kerana rakyat kita banyak makan tetapi kurang bersenam. Akibat kurang bersenam dan tidak melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga, tenaga berlebihan daripada makanan disimpan sebagai lemak.

Lama kelamaan kandungan lemak itu akan bertambah dan menyebabkan masalah kegemukan dan obesiti. Oleh itu, masalah kegemukan dapat diatasi dengan bersukan, berjoging dan riadah yang berterusan.

Sesetengah orang mengamalkan diet bagi mengatasi masalah kegemukan tetapi diet itu perlulah seimbang, bukan hanya dengan tidak mengambil langsung sebarang makanan dan mengambil pil pelangsing kerana ia akan memudaratkan kesihatan seperti jika mengamalkan diet tidak seimbang akan menyebabkan penyakit anoreksia.

Pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang sihat dan maju. Kesedaran perlu wujud di dalam setiap diri untuk mengutamakan kesihatan di dalam kehidupan seharian.

Media massa dan elektronik juga perlu memainkan peranan bagi melahirkan masyarakat yang prihatin dengan mutu kesihatan serta mengurangkan iklan makanan segera di pasaran.


Oleh Munirah Bahari
(Timbalan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Siswi,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

LAWATAN KE PEKAN , PAHANG

Bersama Rakan-rakan Majlis Hal Ehwal Siswi (HEWI) PKPIM
di hadapan keretapi

Sedang khusyuk melihat gambar keluarga kerabat Sultan Pahang
di Istana Pekan, Pahang

Muzium Pekan, Pahang

Ekspedisi Berkayak ke Tasik Chini


Cabaran berkayak memerlukan kekuatan mental yang kuat

Indahnya ciptaan Allah

Pada bulan Mac yang lepas penulis berkesempatan menyertai Ekspedisi berkayak ke Tasik Chini, Pahang. Ekspedisi ini diwajibkan ke atas pelajar UIA yang mengambil subjek Canoe sebagai subjek Skill (Ko-kurikulum). Sesungguhnya penulis bukanlah seorang yang mahir berkayak mahupun minat dengan sukan air ini, namun atas desakan rakan-rakan dan galakan rakan, penulis pun menyertai kelas ini. Setelah 2 semester memasuki kelas ini penulis merasakan banyak 'input' yang diperolehi dan penulis merasakan tindakan untuk memasuki kelas Canoe ini tidak sia-sia.

Setelah mempelajari secara teori dan praktikal di dalam kelas dan di tasik UIA, maka masa yang dinanti-nantikan tiba. cabaran yang sebenar ialah ekspedisi dari tasik Bera ke Tasi Chini. Perjalanan ini memakan masa selama 2 hari untuk sampai ke destinasinya. Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui perasaan yang dialami penulis semasa memulai perjalanan. Dengan kudrat diri yang tidak pandai berenang, takutkan hidupan-hidupan liar di dalam air dan sebagainya. Namun semua itu tidak mematahkan semangat penulis untuk menyertai ekspedisi ini.

Banyak pengalaman yang diperolehi sepanjang ekspedisi ini. Penulis dan rakan-rakan mengharapkan pertolongan daripada Allah dan hanya kepadaNya tempat kami bertawakal. Sesungguhnya terdetik juga di dalam hati kecil ini perasaan takut dan cemas semasa kami berkayak. Penulis sangat risau jika sepanjang ekspedisi kami, hujan turun dengan lebat, ditambah dengan angin yang bertiup kencang dan yang paling mencemaskan ialah penulis khuatir kayak yang dinaiki akan terbalik!!! Tetapi alhamdulillah berkat doa dan teori yang dipelajari penulis berjaya mengharungi cabaran ini.

Sesungguhnya cabaran ini tidaklah mencabar seperti yang disangkakan, cuma kita diuji dengan kekuatan mental sahaja. Sejauh mana kita boleh melawan perasaan letih yang sentiasa menyelubungi semasa berkayak...Semasa ekspedisi ini, perkara yang tidak disangka-sangka telah berlaku!!!Kayak yang dinaiki penulis bersama seorang lagi rakan telah terbalik dan tersangkut di celahan pokok buluh yang tajam menyebabkan paddle (pendayung) terlepas daripada tangan penulis di samping topi yang penulis pinjam daripada rakan pun turut hanyut dibawa deras air sungai. Sesungguhnya pada ketika itu penulis merasakan penulis tidak akan berada di dunia ini lagi.., tetapi alhamdulillah Allah masih sayangkan diri yang kerdil ini.

Sesungguhnya dengan menyertai ekspedisi ini menyedarkan penulis akan kenikmatan dan kejadian Allah yang tiada tolok bandingnya. Setiap kejadian yang Allah ciptakan ini sangat bernilai kepada kita dan kita sebagai umat Islam seharusnya bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan ini. Janganlah kita membuat kerosakan di atas muka bumi Allah ini kerana sesungguhnya manusia ini diciptakan hanyalah untuk beribadat kepada Allah.

Di kesempatan ini, penulis ingin mengajak sahabat-sahabat supaya meluangkan masa yang ada untuk beriadah kerana aktiviti ini penting untuk menyihatkan tubuh badan kita dan meningkatkan tahap kecerdasan dan kesihatan kita.

Gotong Royong Pejabat PKPIM

Iron Lady angkat meja !!!

Ni menyapu nih. Akmar dengan Has angkut dapur!


Moh makan apam balik!

Wanita Tulang Besi dan Urat Dawai PKPIM

PUSAT SEHENTI JKM PERLU PERKASA PROGRAM PENCEGAHAN BUANG BAYI

SIARAN MEDIA
BERITA HARIAN 10 MEI 2007
UNIT KHAS CARA TEPAT CEGAH BUANG BAYI

Pujian harus diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana menubuhkan Unit Khas bagi menangani masalah ibu yang melahirkan anak luar nikah bagi membendung gejala pembuangan bayi. Unit khas yang ditubuhkan itu beroperasi secara bergerak dan mempunyai pelbagai kaedah bagi membantu ibu yang bermasalah serta bayi yang mereka lahirkan termasuk juga bantuan kewangan, perlindungan dan kaunseling. Majlis Hal Ehwal Siswi (HEWI) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik usaha Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menubuhkan unit khas bagi membendung gejala buang bayi.

Majlis HEWI PKPIM melihat senario pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu ditangani habis-habisan oleh semua pihak. Menurut laporan akhbar, sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006, JKM menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai di tempat awam atau diserahkan sendiri oleh ibu bermasalah kepada polis. Pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu bekerjasama dalam menangani isu ini. Isu pembuangan bayi merupakan isu yang besar dan perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan nyawa seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.

Majlis HEWI PKPIM mengharapkan dengan penubuhan pusat sehenti ini dapat mengurangkan jumlah pembuangan bayi dan bukan menggalakkan lagi perhubungan seks sebelum perkahwinan. Kita perlu mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Pusat Serenti Dadah. Banyak peruntukan kewangan telah dilaburkan untuk membina pusat serenti dan program-program pencegahan bagi merawat penagih dadah tetapi apa yang berlaku dan mengecewakan ialah penagih dadah di Malaysia dari sehari ke sehari semakin bertambah. Oleh itu Pusat sehenti ini perlu memikirkan strategi-strategi untuk program-program pencegahan berdasarkan punca-punca yang dapat dikenal pasti bagi membendung gejala pembuangan bayi ini.

Majlis HEWI PKPIM juga mencadangkan agar Badan NGO Wanita terutamanya Badan NGO Wanita Muslim berpatisipasi dalam menjayakan perancangan pusat sehenti JKM memandangkan kebanyakkan remaja wanita yang melahirkan anak luar nikah ini adalah terdiri daripada wanita Islam. Majlis HEWI PKPIM mencadangkan dilaksanakan Bengkel Keselamatan Diri Remaja sebagai satu usaha untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada remaja bahawa perhubungan seks sebelum perkahwinan merupakan satu perbuatan yang melanggar norma dan nilai masyarakat Malaysia dan memberikan impak yang negatif kepada masa depan remaja itu sendiri serta keluarga mereka. Sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia, Majlis HEWI PKPIM berpandangan peripentingnya jati diri remaja dirawat dan dibantu agar mereka menjadi modal insan yang berkualiti selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri Malaysia.

Munirah Binti Bahari
Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Siswi (HEWI)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Kompleks Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel: 03-61879520
Faks: 03-61842570
Email: munirah@pkpim.net
www.pkpim.net

TASAWWUF SIRI 2


Di kesempatan ini penulis ingin menyambung Wacana ilmu yang dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa yang membicarakan tentang Tasawwuf. Slot kedua ini diisi oleh Syeikh As-Syarif Yusuf Mahyudin Al-Bakhur Al-Hasani.

Pada permulaan bicaranya penulis sangat tertarik dengan bicaranya yang sungguh tegas di mana beliau menyatakan kepada penganjur supaya tidak perlu bimbang dengan bilangan jemaah yang sedikit.Ini adalah realiti yang berlaku pada hari ini di mana apabila majlis ilmu diadakan bilangan yang hadir kurang tetapi apabila diadakan parti, makan-makan maka bilangan yang hadir itu ramai. Inilah realiti yang kita kena terima dan akui. Beliau menyatakan bahawa agama ini adalah dagangan Allah dan dagangan ini sangat mahal. Tidak semua orang akan merasainya dan tidak semua orang akan diberi peluang dengannya. Jadi tidak perlu gusar jika program agama yang dianjurkan itu tidak yang hadir kerana beliau menyatakan bahawa orang yang terbaik itu selalunya minoriti dan yang penting sekali ialah kualiti bukannya kuantiti yang kita mahukan. Jika kita imbau kembali sejarah zaman Rasullullah S.A.W, sahabat-sahabat menimba dan mencari ilmu untuk tarbiyah tetapi apa yang berlaku sekarang segelintir daripada masyarakat pada hari ini menimba ilmu itu ubtuk kepentingan harta benda di mana hawa nafsu telah menguasai minda kita!!
Menurut Syeikh Yusuf, tasawwuf merupakan intipati Islam itu sendiri dan tasawwuf ini tidak perlu kita jadikan isu. Tassawwuf ini datang bagi membentuk peribadi kita sebagai muslim, hubungan dengan sesama manusia dan sebagainya. Syeikh As-Syarif Yusuf di dalam slotnya menjelaskan bahawa Allah S.W.T telah menjadikan kamu untuk beribadat (liya’budun) bukan untuk tidur, makan dan sebagainya. Syeikh As-Syarif Yusuf juga menerangkan bahawa tasawwuf ini adalah bentuk hubungan dengan Allah S.W.T.
Akhir kalamnya Syeikh As-Syarif Yusuf telah menceritakan kisah Abdul Malik Marwan dengan Abu Hazim. Abdul Malik Marwan telah bertanya kepada Abu Hazim, Kenapa ramai orang mencintai dunia tetapi benci akan akhirat? Jawab Abu Hazim ialah kerana kita telah mengembangkan dan membina dunia dan tidak mengembangkan akhirat. ( You built your dunia and destroy your akhirah ). Soalan kedua yang ditanya oleh Abdul Malik Marwan kepada Abu Hazim ialah “ macammana kita akan kembali kepada tuhan?” Jawab Abu Hazim ialah dengan dua keadaan iaitu:

1. Seorang hamba yang telah lari daripada tuhannya dan akan diheret kembali kepada tuhan
2. Kembali seperti ahli keluarga yang lama tidak kembali. Kepulangannya sangat dialu-alukan.

Pesan Syeikh kepada para hadirin yang hadir ialah “ Be real servant to Allah” dan“ He created you and you will meet him”!!

MEMINTA HANYA KEPADA ALLAH..

Baru-baru ini terbaca berita tentang bantuan kewangan disediakan untuk bakal pengantin. Bagi saya usaha yang dilakukan memang salah satu inisiatif yang baik dan usaha ini disambut baik oleh pelbagai golongan.Mungkin antara tujuan bantuan kewangan diberikan untuk mengelakkan berlakunya penularan gejala sosial selain membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Bagi pendapat peribadi, usaha ini memang baik namun perlu dilihat di sudut lain juga.Perkahwinan adalah sunnah Rasullullah S.A.W dan merupakan salah satu tuntutan Islam.

Meminta bantuan kewangan untuk hantaran, majlis dan sebagainya bukanlah cara yang terbaik bagi pendapat peribadi saya(setiap orang mempunyai pandangan masing-masing). Ini kerana usaha itu penting dalam mencapai sesuatu matlamat. Seharusnya bukanlah pihak berkenaan yang perlu kita minta bantuan tetapi yang penting sekali ialah kepadaNyalah kita berhak meminta!!Seandainya kita mula meminta, maka seterusnya atau tulatnya kita akan terus-terusan meminta.. Tidak dinafikan pabila diri kita sudah terbiasa meminta maka kita tidak akan segan untuk meminta untuk kemudian harinya.

Bak kata pepatah Melayu " Di mana ada kemahuan di situ ada jalan ". Setiap usaha yang kita lakukan insyaAllah akan beroleh keberkatan daripada Allah S.W.T jika niat yang disandarkan itu ikhlas keranaNya.

TASAWWUF

Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri siri wacana yang dianjurkan oleh ABIM Pusat di mana tajuk yang dibahaskan oleh Syeikh daripada Mesir dan Kanada ini adalah berkenaan dengan tasawwuf. Suka rasanya saya untuk berkongsi dengan teman-teman dengan apa yang diperkatakan oleh dua orang syeikh yang ‘kabir’ ini.

Tasawwuf mengikut kata Syekh Isomudin Muhd. Zaki Ibrahim merupakan iman, aqidah, ilmu dan amalan yang berkaitan dengan alam, riadah dan merupakan juga amalan praktikal. Tasawwuf juga mengikut Ustaz Syeikh bukan ilmu yang berkaitan dengan agama sahaja tetapi terdapat juga di dalam kehidupan di dunia. Untuk pengetahuan semua, orang tasawwuf tidak melihat alam ini kecuali hanya yang berkaitan dengan Allah S.W.T. Syekh Isomudin juga menjelaskan kepada hadirin yang datang dengan mengatakan bahawa tasawwuf adalah aqidah dan pegangan bagi majoriti umat sedunia dan bukan anutan untuk puak tertentu tetapi yang pasti untuk ummah semuanya.

Orang tasawwuf ini jika dilihat dan diteliti, akhlaknya bukan hanya kata-kata tetapi perbuatan mereka mendahului perkataan mereka. Alangkah indahnya perilaku mereka ini. Mereka juga tidak mahu kepada ketinggian dan kerosakan pada muka bumi ini iaitu mereka benci jika terdapat erosakan di atas muka bumi ini. Orang tasawwuf juga seperti yang digambarkan oleh Syekh Isomudin ialah mereka yang berjalan di atas muka bumi ini dengan perasaan rendah diri.

Di dalam ceramahnya ada juga ditekankan tentang bagaimana untuk mengembalikan khilafah yang telah hilang, antaranya ialah

1. Menumpukan usaha dakwah kepada belia dan beliawanis. Ini adalah salah satu cara yang telah diguna pakai oleh Rasullullah S.A.W pada zaman baginda S.A.W.

2. Jika dilihat pada zaman Rasullullah S.A.W baginda menumpukan usaha dakwahnya kepada pemuda-pemudi kerana pemuda merupakan aset yang penting dalam pembinaan sebuah tamadun bangsa. Teori yang digunakan oleh Rasullullah S.A.W ini telah disokong dan boleh diguna pakai sehingga kini. Masyarakat akan bertamadun apabila belia-belia ini dipenuhi dengan sikap yang positif. Buktinya ialah melalui sirah Nabawiyah kita boleh lihat di mana pemuda memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ummah. Selain daripada itu kita juga boleh melihat ketokohan pemuda seperti Al-Fatih dan Abu Qasim.

3. Rasullullah S.A.W juga telah mengisi jiwa pemuda pada zamannya dengan akhlak yang mulia, nasihat, dan pemikiran yang positif. Ini adalah supaya pemuda-pemuda itu nanti tidak merosakkan agama mereka.

Saya teringat pesan yang disampaikan oleh Syeikh Isomudin sebelum beliau mengakhiri ucapannya di mana beliau memesan kepada hadirin yang datang supaya:

1. Jangan malu untuk ‘join’ dengan mana-mana fiqh da’wah Islam ini kerana Allah telah berfirman "Siapakah yang lebih baik pertuturannya daripada mereka yang menggunakannya untuk menyeru manusia ke jalan Allah." (41:33).

Rasulullah (s.a.w.) juga menganggap bahawa dakwah merupakan usaha paling mulia dan hasilnya, iaitu penganutan kepada Islam sebagai kesan paling agung. Tugas memenuhi perintah ini dinyatakan oleh al-Quran sebagai puncak kebaikan dan kebahagiaan.
Melihat kembali sirah-sirah pemuda zaman dahulu dan mencontohinya seperti pemuda ashabul kahfi, Nabi Ibrahim dan sebagainya. Di dalam Al-Quran surah Al-Kahfi ada menceritakan tentang 7 orang belia yang beriman dengan Allah S.W.T walaupun berhadapan dengan Raja yang zalim. Kisah Nabi Ibrahim juga boleh kita contohi dengan keberaniannya sewaktu mudanya.

Renunglah kisah bagaimana keberanian seorang pemuda iaitu Nabi Ibrahim yang kisahnya terdapat dalam surah Al Anbiyaayat 60," Mereka berkata:Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim". Ibrahim sememangnya menentang keras kebiasaan kaumnya yang menyembah sesuatu selain Allah.Ia mencela patung-patung sembahan mereka yang sama sekali tidak memberi manfaat dan hanya mendatangkan mudharat. Dalam surah Asy Syu'ara ayat 72, diceritakan bagaimana pemuda Ibrahim berdebat mengenai cara kaumnya berfikir. "Berkata Ibrahim : " Apakah berhala-berhala itu mendengar sewaktu kamu berdoa kepadanya?Atau (dapatkah) mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudharat?" Mereka menjawab, Sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat demikian". Jelaslah bahawa mereka menyembah berhala-berhala itu kerana taqlid buta semata-mata, tanpa ilmu. Ibrahim lantas menjelaskan siapa yang sesungguhnya berhak disembah. Berkata Ibrahim, (mulai ayat 77), "Kerana sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah musuhku, kecuali Tuhan semesta alam. Yang telah menciptakan aku , maka Dialah yang menunjukkan aku dan Tuhanku yang Dialah memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkanku"
Bukan hanya berdebat,malahan Ibrahim juga bertindak. Ayat dari surah Al Anbiya menceritakan," Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong, kecuali yang terbesar dari patung- patung yang lain, agar mereka (kaum itu) kembali bertanya kepadanya". Ketika mereka menangkap Ibrahim dan menuduhnya merosakkan berhala itu, Ibrahim meminta mereka untuk bertanya kepada berhala besar yang masih tertegak itu. Sudah tentu meraka tidak mahu melakukan kerana mereka tahu bahawa berhala itu tidak dapat berbicara."Kemudian mereka tertunduk (lalu berkata), "Sesungguhnya kamu Ibrahim telah mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara" (ayat 65). Akan tetapi mengapa masih disembah? "Ibrahim berkata,Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu?.

3. Pesan Syeikh Isomudin yang terakhir ialah beliau menyatakan bahawa kita merupakan umat yang terbaik apabila titik itu kena kepada kita iaitu sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, yang menyerukepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar (kejahatan) dan beriman kepada Allah." Kita merupakan umat yang terbaik dari segi akhlak, amal dan ‘qaul’.

Hadis ke 16 daripada Imam Nawawi

Wuduk, zikir ‘ubat’ mujarab kawal kemarahan

Oleh Mohd Shukri Hanapi

MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja'far bin Muhammad berkata: "Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)."Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).

Marah adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Biasanya ia berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecilkan. Marah adalah senjata kepada manusia. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonian hidup.Pada peringkat permulaan, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah. Sifat marah sudah mula bertapak di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa keburukan serta kemudaratan kepada sekeliling kita. Bagi membendung dan mengubati penyakit marah, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat terbaik iaitu menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap. Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmizi)

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah. Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap. Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga. Allah berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun)." (Surah al-Israk ayat 23).

Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga. Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri. Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari)Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita. Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya. Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).

Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah, ketua keluarga wajib menegur dan memarahi. Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.

Artikel ini dipetik daripada internet.

INGAT PADA ALLAH

Di waktu kaya ingatlah pada Allah
Di waktu miskin ingatlah pada Allah
Di waktu sihat ingatlah pada Allah
Di waktu sakit ingatlah pada Allah

Kerjakan perintahnya
Jauhilah larangannya
Itulah org yang ingat allah

Banyak yang kaya lupa pada Allah
Banyak yang miskin jauh dari Allah
Banyak yang sihat lari dari Allah
Banyak yang sakit meninggalkan Allah

Itulah org yang sombong kepada Tuhannya
Tidak kenal kepada allah

Ingatlah wahai manusia
Semua kan kembali pada Allah
Ingatlah wahai manusia
Hidup matimu di tangan Allah

*lirik lagu cerita mutiara hati yang ditayangkan di TV9. Moga sentiasa mengingati Allah S.W.T.

HATIKU TERLUKA DI BUKHARA

Pengarang : Wan Hashim Wan The
Tahun Terbitan : 2002
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Sumber : Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa.

“Hatiku terluka di Bukhara” merupakan finalis Hadiah Sako 2 pada tahun 2001. Novel ini merupakan sebuah travelog kaya ilmu yang ditulis oleh Wan Hashim Wan The ( sekarang Dekan Hal Ehwal Pelajar di UKM jika tak silap). Novel ini menceritakan tentang rakaman perjalanan pengarang ke negara Soviet Union, iaitu rakaman perjalanan kehidupan : akan hebat tingginya tamadun suatu bangsa, tentang makna dan harga kebebasan dalam penjara ideologi , tentang makna sama rata dalam tafsir kesaksamaan nafsu, kisah luka manusia hilang hak, hilang emosi dan kisah manusia mengutip iktibar di depan mata.

Antara tempat yang dikunjungi semasa menyertai Intourist Tour ialah Moscow, Bratsk, Irkustsk, Tasik Baikal, Bukhara, Tashkent dan Leningrad. Membaca novel ini telah memperkenalkan kepada pembaca tentang Peter IIych Tchaikovsky iaitu pencipta muzik teragung Rusia. Beliau dilahirkan di sebuah kota yang terpengcil di Votinsk pada 1840 dan meninggal di Leningrad pada 1893.Perjalanan hidupnya yang bekerja sebagai kerani sebelum menjadi pencipta muzik. Di samping itu beliau telah dibiayai oleh Nadia von Meck, seorang wanita janda yang amat mengagumi Tchaikovsky dan memujanya kerana muziknya. Apa yang menarik di sini ialah jarang berjumpa dan hanya berurusan melalui surat sahaja.

Selain itu juga pengarang mencerikan tempat-tempat yang menarik di Moscow iaitu antaranya ialah The Kremlin, The Red Square, Bolshoi Ballet, The Armoury dan banyak lagi.. Tempat-tempat ini telah mengimbau tentang sejarah Rusia suatu ketika dahulu yang banyak menumpahkan darah dan air mata. Membaca buku ini mengingatkan kembali pelajaran Sejarah peradaban Dunia sewaktu di tingkatan 4. Tentang Maharaja Tsar yang kejam bersama Nicholas II, Lenin iaitu tonggak utama pemimpin haluan kiri yang juga peneraju bagi puak Bolshevik yang bertentangan dengan kumpulan Menshevik, dan kisah hidupnya yang disumpat dan dubuang jauh ke Siberia. Selain itu juga mengingatkan kembali tentang Revolusi Rusia dan banyak lagi. Setiap tempat yang dikunjungi, pengarang tidak lupa untuk menceritakan tentang sejarahnya.

Apa yang membuatkan pengarang memilih tajuk “hatiku terluka di Bukhara” (saya rasa) adalah kerana sedih melihat keadaan yang berlaku di salah sebuah masjid di Bukhara( nama masjid tersebut saya terlupa). Tempatnya dahulu dipenuhi dengan jemaah dan pusat pengajian ilmu, tetapi apa yang menyedihkan sekarang ialah bahagian bawah masjid tersebut dijadikan pub yakni tempat manusia bersuka ria, minum-minum dan sebagainya.

Buku ini sesuai untuk semua golongan terutamanya untuk mereka yang meminati sejarah kerana sepanjang perjalanan penulis, beliau menceritakan secara terperinci tempat yang dilawati sekaligus memberi pengetahuan kepada pembacanya.

*untuk cover buku ini bolehlkah rujuk di internet. maaf tidak dapat sertakan sekali bukunya untuk tatapan semua.

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)