KEPIMPINAN MAHASISWI DI KAMPUS

Senario hari ini menyaksikan bahawa golongan mahasiswi banyak memenuhi ruang-ruang di IPTA Awam dan Swasta. Perkara ini tidak menghairankan apabila melihat keadaan di kampus-kampus banyak dibanjiri oleh kaum wanita berbanding kaum lelaki. Perlu disedari bahawa dalam arus kemodenan serta perubahan ke arah pembangunan negara, 50% daripada golongan yang menyumbang ke arah kemajuan negara ini adalah terdiri daripada golongan wanita. Wanita juga merupakan sebahagian daripada populasi masyarakat serta mempunyai kelayakan dan pendidikan sehingga boleh menyumbang kepada negara. Sesungguhnya penciptaan wanita itu ada tujuannya sepertimana yang terkandung di dalam Surah Al- Baqarah: 30 yang bermaksud “ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “ Aku hendak menjadikan khalifah di bumi ini”. Berdasarkan ayat tersebut, wanita juga berperanan dan bertanggungjawab mengurus, mendidik dan menjaga masyarakat dan keluarga. Kedudukan wanita selepas kedatangan Islam telah berjaya mengubah cara hidup mereka daripada ditindas dan dizalimi kepada memartabatkan kaum wanita.

Malaysia kini memerlukan lebih ramai wanita yang bekerjaya dan professional untuk memenuhi tuntutan ummah. Justeru itu kepimpinan mahasiswi di peringkat kampus amat diperlukan demi melahirkan tokoh wanita yang disegani dan memperjuangkan martabat wanita. Tidak dinafikan bahawa sudah ramai mahasiswi memegang pucuk pimpinan yang penting di peringkat kampus dan ini merupakan satu perkara yang amat positif. Mahasiswi perlu sedar bahawa alam kampus bukan sahaja tempat untuk mencapai kecemerlangan akademik malah di situ juga tempat untuk mangasah bakat di dalam bidang kokurikulum. Mahasiswi juga perlu aktif melibatkan diri di dalam apa jua program dan aktiviti yang dianjurkan di peringkat kampus dan lantang dalam menyuarakan hak mereka supaya apa yang diperjuangkan mendapat tempat di hati masyarakat. Mahasiswi perlu tampil ke hadapan dengan penuh sopan untuk mempengaruhi dasar negara terutamanya yang melibatkan soal hak, hal ehwal kebajikan kanak-kanak dan wanita. Mereka inilah yang akan menjadi pelindung dan membela nasib setiap wanita di negara ini.

Adalah menjadi harapan bagi pertubuhan wanita bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara supaya meletakkan lebih ramai wanita sebagai pembuat keputusan dan dasar dalam kerajaan pada tahun ini bagi menangani isu wanita dengan lebih cekap. Akhirnya luahan ini didengari oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil apabila baru-baru ini beliau meminta Menteri Besar dan Ketua Menteri meletakkan calon wanita dalam senarai awal calon pilihan raya akan datang. Perkara ini perlu diambil perhatian serius memandangkan selepas 50 tahun merdeka, perwakilan wanita di Dewan Rakyat hanya 9.6% dan jauh ketinggalan dengan negara lain. Manakala 12.5% dilantik sebagai ahli pihak berkuasa sektor awam, 7.6% sebagai ahli lembaga pengarah sektor swasta dan 12.1% sebagai ketua eksekutif badan berkanun. Oleh itu saranan daripada Timbalan Presiden Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO), Faridah Khalid amat wajar yang menyatakan suara wanita yang lebih ramai dan cerdik sebagai ahli Parlimen membolehkan pelbagai isu perundangan membabitkan golongan berkenaan dapat dibentuk dengan berkesan. Sesungguhnya ini adalah satu peluang keemasan kepada mahasiswi apabila diberi ruang sebagai pembuat dasar kerajaan. Mahasiswi perlu meraih peluang ini dengan mempertingkat lagi mutu kepimpinan mereka di kampus supaya dengan jumlah wakil wanita yang ramai ini dapat menghasilkan pembentukan polisi yang seimbang di negara kita terutama membabitkan wanita.

Pada ketika ini kita lihat ramai mahasiswi dipilih menjadi pemimpin di kampus kerana keupayaan mereka, bukan disebabkan untuk memenuhi kuota yang ada. Perkara ini amat positif bagi mahasiswi tetapi dari sudut lain kita boleh melihat mahasiswa berasa terpinggir. Dalam kepimpinan di sesebuah persatuan juga kita boleh lihat golongan mahasiswi menjadi golongan majoriti berbanding mahasiswa. Era sekarang menyaksikan bahawa kepimpinan itu dipilih bukan berdasarkan jantina, iaitu lelaki mesti mendahului wanita tetapi pemilihan itu berdasarkan kemampuan dan kebolehan yang dimiliki. Tidak hairanlah bahawa kita boleh lihat di mana ramai mahasiswi memegang jawatan penting di dalam sesebuah persatuan. Ramai wanita yang berpendidikan menyebabkan wanita tidak lagi menjadi suri rumah sepenuh masa seperti dahulu. Walaupun begitu peranan wanita sebagai isteri, ibu atau anak perlu diutamakan dan tidak terlalu mengejar kerjaya hidup. Pemimpin wanita Islam perlulah mengikut syariat yang ditetapkan Islam dan tidak melampaui batas syarak. Dalam bidang kepimpinan para ulama bertegas bahawa wanita tidak boleh menjadi pemimpin dalam tiga bidang iaitu Ketua Negara, imam solat( boleh menjadi imam untuk wanita sahaja) dan ketua rumah tangga.

Mahasiswi perlu ada sedar bahawa kelak mereka tidak boleh sekadar menjadi pengikut sahaja dan terpaksa bekerja keras dua kali ganda lebih keras berbanding lelaki. Mahasiswi perlu berusaha supaya mereka menjadi pemimpin wanita yang disegani dengan harapan mereka menjadi suara wanita dalam menyelesaikan kelewatan kes seperti keganasan dan jenayah ke atas wanita dan nasib wanita dapat diperjuangkan ke tahap lebih baik.

Sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan dilaksanakan setiap tahun sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan wanita di Negara ini. Kerajaan dan pihak universiti perlu memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mahasiswi-mahasiswi di atas segala usaha mereka di kampus iaitu dengan mengadakan Hari Wanita peringkat kampus. Diharap dengan cadangan ini dapat memberi semangat kepada mahasiswi supaya mereka lebih bekerja keras dan terus berusaha supaya dapat memainkan peranan sebagai nadi negara dan agen perubahan masyarakat di negara ini. Selain itu mahasiswi-mahasiswi di kampus perlu menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada masyarakat di luar terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja kerana pengaruh mereka sangat besar kepada golongan remaja dan kanak-kanak. Kita boleh lihat sekarang model yang dicontohi oleh kanak-kanak dan remaja kini terdiri daripada mereka yang bergelar penyanyi dan pelakon. Keadaan ini perlu diatasi dengan mengangkat ikon wanita sebagai model yang patut dicontohi. Oleh itu mahasiswi perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan akhlak supaya kelak menjadi contoh kepada masyarakat terutama remaja dan kanak-kanak.

Besar harapan negara dan masyarakat untuk melihat universiti dapat melahirkan lebih ramai kepimpinan wanita yang berkebolehan agar suara keramat mereka didengari dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan wanita.

PROGRAM JEMPUTAN


SEMINAR TA'DIB ISLAMI


Dengan segala hormatnya menjemput Saudara/i ke
Seminar Ta'dib Islami
pada 20 Januari 2008 (Ahad), bermula jam 8.30 pagi
bertempat di Dewan Seminar 1, Blok Persidangan Alafanda,
Kompleks Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Maklumat lanjut, sila hubungi
Mujahed (012-2370016)
A T U R C A R A
8.30 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi : "Pengenalan Pandangan Hidup Islam"
(Prof Madya Dr. Muhammad Zainiy Uthman)Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAM
11.00 pagi : "Masalah Dalaman Kaum Muslimin"
(Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah)Akademi Pengajian Islam, UM
1.00 t/hari : - Makan tengah hari- Bersurai


BERHIJAB GAYA HIDUPKU

Anjuran :International Muslim Women's Union-Malaysia (IMWU)
Dengan kerjasama :
MAJLIS HEWI PKPIM, Wanita JIM, PERTIWI, HELWA ABIM, LKPIM, PUM & NISA'
Masa : 9.00 pagi- 1.00 Tengahari
Tarikh : 26 Januari 2008
Tempat ; Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara, Off Jln. Damansara, KL
Persembahan : Kumpulan Nasyid MAWADDAH
FORUM 'Berhijab Gaya Hidupku'
Panelis
Prof. Dr. Azizan Baharuddin (Center for Civilisational Dialogue, UM)
Primadona Erma Fatima
Wardina Safiyyah (Pelakon, Pengacara TV3)
PENYERTAAN PERCUMA
Hubungi :
Sdri. Munirah Bahari-0133380256
Dr. Mariah-0192361889
Pn. Wan Norainin-0192163610
PENGEDARAN POSTER SHARLINIE/ PAMPLET KESELAMATAN REMAJA DAN PAMPLET HIJAB
Tarikh : 20 Januari 2008
Hari : Ahad
Masa : 2.00 petang ( Berkumpul di Anjung Rahmat, Gombak )
Tempat: Sekitar Sogo, Kompleks Pertama, Jalan TAR dan KLCC
Anjuran : Majlis HEWI PKPIM Pusat
Dijemput semua yang berminat untuk hadir bagi membantu memberi kesedaran kepada masyarakat setempat terutama kepada golongan remaja dan kanak
KULIYYAH - HAI'AH
(PENGAJIAN KITAB TURATH)
"KITAB AYYUHAL WALAD
"Karangan:IMAM AL-GHAZALI
Disampaikan oleh:Al-Fadhil Ustaz Hafiz Hj. Mustafa Lubis
Tarikh : 19 Januari 2008 / 10 Muharram 1429H
Hari : Sabtu
Waktu : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Pusat Pendidikan & Pembangunan Komuniti PKPIM ABIM Gombak, Batu 5½ Kg. Changkat, Mukim Setapak, 53100 Gombak, Selangor
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:Anuar Mohamad – 013-438 0061 / Ahmad `Izzat – 017-219 3201
Muslimin Dan Muslimat dijemput hadir...

PEMBENTANGAN USRAH QIYADAH PKPIM


:: Pengenalan Kitab


Kitab Hidayatus – Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin ( Pedoman bagi orang yang berjalan pada perjalanan orang yang takut akan Allah Taala) merupakan terjemahan Syekh Abdus Shamad al Falimbani rahimahullahu taala drpd kitab “ Bidayatul- Hidayah” iaitu sebuah kitab ringkasan terhadap kitab “Ihya ‘Ulumiddin” karangan imam al Ghazali rahimahullahu taala. Melalui pembacaan terhadap kitab ini, Sairus Salikin dan kitab “minhajul Abidin” karangan Hujjatul Islam, kita dapat memahami pemikiran Al Ghazali rahimahullahu taala secara lebih dekat. Sebenarnya kitab ini sudah lama berlegar dan dibaca di pondok-pondok, surau-surau dan masjid-masjid sebagai teks bacaan ramai. Nilaian kitab ini sunnguh besar dan amat bermakna bagi kita semua.


Syekh Abdus Shamad al- Falimbani rahimahullahu taala menyatakan bahawa kitab Hidayatus – Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin adalah sebahagian daripada ilmu fardhu ain yang diwajibkan ke atas Muslim atau dinamakan juga ilmu yang bermanfaat. Apakah ilmu yang bermanfaat itu?
Dengan mempelajari kitab ini maka sebahagian ilmu fardhu ain itu telah dapat tercapai insya’Allah. Berkata Sayyid Abdul Qadir al Idrus rahimahullahu taala bahawa ilmu fardhu ain yang dituntut itu ialah ilmu tauhid, ilmu syarak dan ilmu batin.



:: MUQADDIMAH MUALLIF


Bermula Fasal yang pertama pada menyatakan:
1. kelebihan ilmu yang memberi manafaat, dan
2. kelebihan orang yang menuntut ilmu yang memberi manfaat


( FASAL ) KELEBIHAN ORANG YANG MENUNTUT ILMU YANG MEMBERI MANFAAT

( Adapun ) kelebihan orang yang menuntut ‘ilmu itu maka iaitu beberapa dalil Qur’an, dan Hadits Nabi (صلى الله عليه وسلم), dan perkataan ‘ulama itu amat banyak. ( Dan setengah ) daripadanya, firman (الله تعالى) ([ Surah An-Nahl, ayat 43 ])::


(( فَسْئَلُوآ أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ ))
Ertinya:: “Maka tanya oleh kamu akan orang yang ahli zikir ya’ni akan orang yang ‘alim jikalau kamu tiada mengetahui.”


( Dan ) setengah daripada Hadits Nabi (صلى الله عليه وسلم) yang menunjukkan akan kelebihan menuntut ‘ilmu itu, iaitu ([ Hadits riwayat Muslim, (Al-‘Iraqi).


(( مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَطْلُبُ فِيْهِ عِلْمًا سَلَكَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ )


Ertinya:: “Barang siapa menjalani ia akan jalan menuntut di dalamnya akan ‘ilmu nescaya menjalankan (الله تعالى) dengan dia akan jalan yang memasukkan ke dalam Syurga.”


Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban:


“ Bahawasanya malaikat merendahkan akan segala sayapnya bagi orang yang menuntut ilmu kerana sangat suka dengan perbuatannya itu”


Sesungguhnya terdapat banyak hadis yang membicarakan tentang kelebihan menuntut ilmu dan amat besar ganjarannya di sisi Allah taala. Namun ilmu itu perlulah diselami dengan niat yang ikhlas dan tidak menyeleweng kerana dengan menuntut ilmu yang tiada arah tujuan maka mereka itulah yang mendapat binasa di akhirat kelak.


( FASAL ) KELEBIHAN ILMU YANG MEMBERI MANFAAT

‘ilmu yang memberi manafaat itu seperti yang disebutkan oleh Sidi Syaikh ‘Abdullah Al-Haddad dahulu itu, iaitu ‘ilmu yang tersebut di dalam (kitab-kitab) Ihya’ Ulumiddin, dan yang tersebut di dalam Arba’in Al-Ushul, dan yang tersebut di dalam Minhajul ‘Abidin, dan ‘ilmu yang tersebut di dalam Bidayatul Hidayah dan ‘ilmu yang tersebut di dalam Mukhtashar Ihya dan ‘ilmu yang tersebut di dalam Hidayatus Salikin.


Dan segala kitab ‘ilmu Tasawuf, semuanya itu ilmu yang memberi manafaat kerana kitab Tasawuf itu telah terkandung di dalamnya ‘ilmu Ushuluddin, dan ‘ilmu Fiqah yang fardhu ‘ain.
Syekh Abu Hasan as Syazili rahimahullahu taala berkata:
Barangsiapa tiada masuk lagi tiada mahir di dalam ilmu ini yakni ilmu tasawuf nescaya mati ia pada hal ia mengekali atas beberapa dosa yg besar padahal ia tiada mengetahui akan yang demikian itu.


KANDUNGAN BAB


Bab Pertama: Ilmu Usuluddin - iaitu segala i’tiqad ahli sunnah dan jamaah, dan menyatakan segala (jenis (ke)taat(an) ya’ni ‘ibadat yang dzahir


Bab Kedua: Ibadat - pada menyatakan hukum adab yang berlaku pada ‘adat seperti
makan minum, nikah, berusaha yang membawa kepada kehidupan di dalam dunia, dan mengetahui yang haram dan halal,dan ibadat yang zahir.


Bab Ketiga: Muhlikat - ya’ni (perkara-perkara yang) membinasakan sekalian ‘amal, iaitu segala maksiat yang zahir dan maksiat yang batin .

Ban Empat: Menjauhi segala maksiat yang batin

Bab Lima : Menyatakan segala taat yang batin

Bab keenam: Fadhilat zikir, adabnya dan kaifiatnya.

Khatimah: Adab bersahabat serta orang yang berkenalan dan orang yang tidak berkenalan


:: BAB SATU – PADA MENYATAKAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Wajib ke atas Umat Islam yang akil baligh itu mengetahui dan mengiktiqadkan bahawasanya:

1) Allah Taala itu Esa, Tunggal, Sedia, Kekal, tiada sesuatu yang seumpamaNya, tiada Allah taala itu berjisim.
2) Sifat yang wajib bagi hak Allah taala itu iaitu dua puluh sifat.
3) Sifat yang mustahil atas hak Allah taala itu maka iaitu dua puluh sifat
4) Sifat yang harus pada hak Allah taala iaitu berbuat yang mumkin atau meningkalkan berbuat akan dia.
5) Sifat-sifat yang wajib pada hak Rasul itu 3 perkara iaitu shidiq, amanah dan tabliq.
6) Sifat-sifat yang mustahil pada Rasul iaitu lawan sifat tiga iaitu al-kidzb, al-khianat dan al-kitman. Dan sifat-sifat yang harus bagi Rasul.
7) Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, penghulu segala manusia.
8) Membenarkan akan Nabi Muhammad S.A.W pada sekalian yang dikhabarkannya daripada Allah taala samaada perbuatan duni dan akhirat.
9) Percaya akan seksa kubur.
10) Percaya pada timbangan pada hari akhirat.
11) Percaya akan shirath iaitu titian di atas neraka jahanam.
12) Percaya akn telaga al- Kautsar
13) Percaya akan hisab dan syafaat segala anbia alaihimus salam
14) Bahawasanya segala sahabat Nabi kita Muhammad S.A.W itu semuanya adil.


Maka barangsiapa mengiktiqadkan akan segala yg demikian itu serta iktiqad yang yakin maka mereka itu adalah orang yang berpegang kepada kebenaran iaitu iktiqad ahli sunnah Wal jamaah.


Mohon maaf atas segala kekurangan. Yang baik itu datangnya daripada Allah taala dan yang buruk itu kelemahan diri yang serba dhoif dan hina ini.


MUNIRAH BAHARI
14 JANUARI 2008

ANJUNG RAHMAT, GOMBAK

SCHOOL SEGREGATION: VIEWS OF ALL PARTIES MUST BE HEARD BEFOFE DECIDING


School segregation: Views of all parties must be heard before deciding
News Strait Times, 16/1/2008, Wednesday

By : DR ROSNANI HASHIM, Gombak, Selangor

I AM not writing because I agree or disagree with classroom sex segregation.
However, I think the matter was not adroitly handled.There was no deliberation between the parties concerned, namely the principal, the parent-teacher association and the student body.No reasons were sought from the principal. The objections of some parents were the reason for overruling the school's decision. It was stated that the principal had been too enthusiastic and acted against regulations set by the Education Ministry.

I am not sure if there exists a ruling that public schools have to be co-educational. The case of no deliberation became more evident when the school's policy was reversed in the absence of the principal, who apparently had not returned from a pilgrimage.The school could have made a mistake by being overzealous but this was not the way to correct it. I believe the school made that decision collectively.I also believe that it had reasons for doing that, either educational, psychological, cultural or religious. Research has shown, though not conclusively, that single-sex schools yield greater educational achievements than co-ed schools.In fact, the number of single-sex schools is on the rise in the United Kingdom and the United States. However, the improved performance is more likely to occur in girls' classes and the reverse in boys' classes, because in the latter, the class becomes more prone to disruptive and aggressive behaviour.
I pose a question: If we want school principals to be innovative, as evidenced by the establishment of cluster schools, should we at the same time act to curb the principal's autonomy to improve the school, assuming that it was what the head of SMK Seremban Jaya was trying to do?

MAAF....

Lama rasanya tidak kemas kini blog. Mohon maaf kepada teman-teman yang menanti hasil penulisan yang baru. Insya'Allah jika diberi kekuatan terus menulis di blog ini. Alhamdulillah, pada 3 Januari yang lalu saya berpeluang melanjutkan pelajaran dalan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) di Institut Pendidikan UIAM dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Masa yang singkat selama 10 bulan akan digunakan dengan bersungguh-sungguh dan niat perlulah bersih dan ikhlas kerana Allah Taala agar ilmu yang dipelajari diberkati.

Alhamdulillah di sini juga bertemu dengan Tokoh pendidikan (ABIM) yang yang disegani seperti Prof. Dr. Sidek Baba, Prof. Rosnani Hashim dan ramai lagi. Memang menjadi impian menjadi anak murid mereka dan alhamdulillah impian itu tercapai. Tanpa disangka-sangka juga Ketua Helwa ABIM ( Dr Mastura Badzis ) juga mengajar saya di dalam kelas Tasawur Islam. Alam pendidikan merupakan alam yang baru bagi saya dan banyak yang dipelajari walaupun baru 2 minggu m,asuk kuliah. Apa yang diharapkan bukan setakat ini sahaja pengajian saya, moga akan terus sambung di [perigkat yang lebih tinngi, Insya'Allah.

Sebenarnya kerjaya pendidik bukanlah satu tugas yang mudah. Perlu diketahui bahawa jika ada minat dan niat yang ikhlas sahaja kita boleh kekal lama di dalam bidang ini kerana profesionnya sungguh mencabar. Bagi saya subjek Pendidikan Al- Quran dan As- sunnah bukanlah satu subjek yang mudah diajar kerana kita bukan seperti zaman dahulu yang menerima apa yang diperkatakan oleh guru. Pendidik sekarang perlu berfikiran kreatif dan kritis di dalam subjeknya dan perlu mempunyai kreativiti yang tersendiri untuk menarik minat pelajarnya. Apa yang saya harapkan agar dengan program selama 10 bulan ini memberi saya pengetahuan dan ilmu di dalam bidang pendidikan ini.

Semoga dengan ilmu yang dipelajari dengan dapat membimbing saya menjadi pendidik yang mahu memberi kesedaran dan merubah para pelajarnya, insya'Allah. Jika ilmu yang dipelajari didasari dengan niat yang lain maka lahirlah pemimpin yang palsu, seperti yang diucapkan oleh Prof Sidek Baba pada Khemah Ibadah untuk pelajar DPLI.

Cerita Wanita Ini

Tahniah diucapkan kepada Puan Hajah Esah Din yang dianugerahkan sebagai Tokoh Ibu Mithali kali ke-9 anjuran YADIM pada 21 November yang lalu. Rasanya tidak terlewat ucapan itu ditujukan kepada insan yang banyak berkorban demi anak-anak dan keluarga. Saya berkesempatan menghadiri majlis tersebut yang diadakan di Dewan Merdeka PWTC dan sungguh tidak diduga sambutan yang luar biasa daripada tetamu-tetamu yang hadir sehinggakan tempat untuk tetamu yang hadir sudah penuh! Saya terpaksa duduk di tangga kerana dewan sangat sesak dan penuh. Walaupun begitu saya berasa amat gembira jua kerana dapat menyaksikan acara yang penuh bersejarah itu. Majlis dimulakan dengan bacaan suci Al-Quran dan disambung dengan ucapan Pengarah YADIM, Datuk Haji Nakhaie. Beliau banyak menyentuh tentang objektif diadakan Anugerah Tokoh Ibu Mithali ini adalah untuk menghargai sumbangan ibu-ibu yang bersusah payah mendidik anak-anak sehingga berjaya. Bukanlah tugas yang mudah untuk memilih tokoh yang terbaik kerana calon-calonnya adalah semua yang terbaik namun ada kriteria yang yang dipilih bagi dinobatkan sebagai Tokoh Ibu Mithali kali ke-9. Selain itu juga Pengarah YADIM mencadangkan agar setiap negeri mengadakan Hari Penganugerahan Tokoh Ibu Mithali peringkat negeri bagi menghargai sumbangan kaum ibu di setiap negeri masing-masing.
Sesungguhnya perasaan sebak dan sayu terasa di benak hati ini tatkala melihat wajah-wajah calon terakhir bagi Tokoh Mithali ini disamping mendengar segala kesusahan yang dialami untuk mendidik anak-anak. Perasaan sedih juga menusuk hati pabila Aisyah mendendangkan lagu Syurga di Bawah telapak kaki Ibu dan Ibu Mithali. Saya teringat bagaimana susahnya dan penat ibuku di rumah membesarkan saya dahulu. Ya Allah Ya Tuhanku masukkan aku ke dalam anak-anak yang solehah.
Apa yang menarik tentang Hajah Esah Din ini ialah beliau membesarkan anak-anaknya seramai 17 orang dengan kewangan yang tidak mencukupi tetapi usaha dan semangat yang membara di dalam jiwa Hajah Esah dan suami membuatkan beliau bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anaknya. Hajah Esah juga digelar sebagai Menteri Kebajikan oleh anak-anaknya. Suaminya turut menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah sebelum ini. Semoga semangat yang jitu dan cara mendidik anak-anak boleh dijadikan tauladan bagi kita semua.
Selesai majlis Tokoh Ibu Mithali saya bergegas ke Rawang untuk menziarahi makcik saya. Apa yang saya nak kongsikan bersama ialah cerita disebalik perjalanan tersebut. Saya mengambil komuter ke Rawang dan perlu menaiki bas ke Sungai Buaya. Setelah satu jam setengah menunggu, akhirnya bas muncul. Pada kebiasaannya bas tidak akan lewat sebegini tetapi malas nak ambil tahu apa yang terjadi saya bergegas mengambil tempat duduk. Apa yang menakutkan saya ialah pemandu yang berbangsa India itu memandu dengan sambil lewa dan tidak berhati-hati sehingga berlaku kemalangan kecil. Sudahlah tidak mahu bertanggungjawab atas kesalahan tersebut, memandu pun tidak berhati-hati. Saya dan penumpang lain sungguh cemas. Inilah kali pertama saya menaiki bas dan perasaan takut dan cemas menyelubungi diri. Penumpang sebelah saya ada memberitahu bahawa pemandu itu sebenarnya mabuk kerana sebelum ni tidak pernah berlaku perkara sebegini. Sudahlah marah kepada penumpang, pandu pun laju dan tidak berhemah! Apa yang membuat saya terkilan adalah sikap pemandu tersebut terhadap seorang perempuan tua yang berbangsa India. Perempuan tua itu menunggu bas bersama saya dan dia tidak fasih berbahasa Melayu.
Dikisahkan bahawa perempuan tua itu ingin ke rumah anaknya tersebut di Sungai Buaya dan minta pertolongan daripada orang India untuk menolongnya membawa atau menunjukkan bas mana yang perlu dinaiki. Dipendekkan cerita sikap pemandu tersebut yang tidak menghormati perempuan tua itu membuatkan saya terkilan dan sedih. Ini kerana sikap pemandu itu yang asyik panas baran menyebabkan perempuan tua itu jatuh di dalam bas semasa berdiri untuk menanyakan kepada pemandu tentang tempat yang hendak dituju. Saya dan penumpang lain sempat menolong makcik tersebut dan menegur pemandu supaya berhenti kerana makcik telah jatuh namun teguran itu tidak diendahkan. Bangsa sendiri pun tak nak tolong, itu yang membuat saya marah kepada pemandu. Rupanya saya turun sekali dengan makcik itu dan saya menolong mengangkat beg kerana risau memikirkan keadaannya yang masih bingung kerana jatuh ditambah dengan cuaca hujan renyai-renyai. Saya cuba bertanya di mana arah rumah yang hendak dituju namun makcik tersebut hanya angguk dan senyum sahaja. Ini mungkin kerana makcik tersebut tidak fasih berbahasa Melayu. Setelah berpisah sempat makcik itu titipkan ucapan terima kasih dan senyuman kepada saya. Senyuman yang mendalam dan penuh erti itu membuatkan saya terharu dan saya tahu bahawa di dalam hatinya dia sedih dengan apa yang berlaku namun tidak mempamerkannya. Semoga makcik itu dilayan dengan layanan yang baik oleh anak-anaknya.

MENZIARAHI ADIK SITI ROHANA




Alhamdulillah setelah bertungkus lumus mengharungi demam peperiksaan, akhirnya berjaya juga harungi semua kertas-kertas ujian yang mencabar. Berat langkah untuk meninggalkan bumi UIA ini memandangkan aku baru sahaja menamatkan ijazahku di sini. Namun apa yang aku harapkan ini bukanlah kali terakhir aku di sini dan semoga aku berpeluang menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi lagi di sini. Menjadi kebiasaan setelah tamat pengajian soalan yang acapkali ditanya ialah "lepas ni nak buat apa?". Soalan ini juga tidak terkecuali pada diri ini. Perancangan yang teliti sangat penting untuk kepentingan diri dan jemaah.




Baru-baru ini bersama rakan-rakan PKPIM sempat menziarahi adik Siti Rohana di HKL kerana menjadi mangsa samseng di sekolahnya. Harian Metro ada memaparkan berita tentang adik Siti Rohana yang dibelasah dan dipukul oleh rakannya. Yang mengejutkan rakan perempuannya sanggup memukul sehingga menyebabkan adik Siti Ronana mengalami kesukaran untuk membuang air dan kencing berdarah disebabkan kecederaan yang dialami. Berdasarkan temubual bersama adik Siti Rohana kejadian berlaku disebabkan berlakunya perselisihan faham dan mereka yang sepakat mencederakannya terdiri daripada 8 orang iaitu 3 lelaki dan 5 perempuan. Apa yang kami doakan agar adik Rohana dapat menjalani peperiksaan SPM dengan jayanya walaupun mengalami kecederaan. Kami sempat menghadiahi majalah PKPIM kepada Siti Rohana untuk bacaan semasa beliau berada di wad.




Gejala samseng ini bukan perkara yang baru malah ia sudah menjadi lumrah dalam kehidupan remaja sekolah. Apa yang diharapkan agar mereka ini mempunyai kesedaran dan keinsafan atas perbuatan mereka tersebut. Sebenarnya peranan kedua-dua pihak sangat penting dalam menangani isu ini terutama ibu bapa dan guru disamping pelajar itu sendiri.


BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)