CUTI...CUTI...CUTI..


Cuti sempena Tahun Baru Cina pada 24-27 Februari digunakan sebaik mungkin oleh saya kerana pada waktu ini saya berkesempatan pulang ke kampung halaman setelah sebulan berada di sekolah baru..Saat yang sangat dinantikan ialah untuk bertemu dengan adik-adik PKPIM yang sangat disayangi dan dirindui. Saya telah dimaklumkan oleh exco PKPIM Pusat bahawa terdapat program Qiyadah PKPIM UIA Pataling Jaya dan Nilai di Perak. Apabila mendapat berita tersebut saya terus merancang untuk menjenguk dan bertanya khabar setelah lama tidak bersua dengan mereka. Perancangan untuk menghadiri walimah Saifullah dan Asma tidak kesempaian apabila sampai lewat di kampung halaman.

Keesokannya, saya berkesempatan berjumpa adik2 PKPIM di Chalet Kg. baru, Ayer Tawar, Perak. Rindu terubat juga apabila melihat adik-adik PKPIM bersemangat di dalam tamrin mereka. Kesempatan itu digunakan untuk bersembang-sembang dengan adik-adik PKPIM, exco dan sebagainya. Namun masa tidak mengizinkan saya untuk berada lama di sana. Mohon maaf kepada exco-exco PKPIM yang hadir seperti abg Naim, MK, Syafa, Izzah dan Lina yang tidak dapat bersembang lama. Masa digunakan untuk melihat gerak-kerja adik-adik.. Perkara tersebut mengingatkan saya ketika mula-mula berada di PKPIm. Alangkah indah dan manisnya saat tersebut..Makan bertalam, tidur dalam keadaan sempit, dan lain-lain membuatkan hati terasa sayu. Alhamdulillah..dikesempatan itu juga sempat bertemu Akmariah yang juga Naib Presiden HEWI sekarang..Tahniah dik...awak dapat lakukan jua.. Akak bangga dengan awak.

Selain itu juga antara tujuan saya ke sana adalah untuk mengambil segala maklumat dan dokumen yang boleh digunakan di dalam program saya di sekolah.. Alhamdulillah, walaupun tidak dapat bersama-sama sahabat dalam misi dakwah, namun saya telah diberi peluang di sini untuk menyampaikan misi dakwah. Saya telah diamanahkan untuk mengendalikan Projek Puteri Gemilang setiap hari Jumaat. Audiens bagi program ini ialah pelajar-pelajar tingkatan 3,4 dan 5 puteri. Antara tujuan diadakan program ini ialah untuk pembinaan sahsiah pelajar dan meningkatkan kefahaman tentang agama dan sebagainya. Program ini akan dilakukan sewaktu pelajar putera pergi ke masjid manakala pelajar puteri menghadiri Program Gemilang. Setakat ini saya berpeluang mengendalikan program tersebut. Alhamdulillah pada akhir program tampak kesannya walaupun sedikit. Mungkin ini sahaja yang boleh saya sumbangkan untuk pelajar puteri di Felda Besout ini.

Saya juga tidak menyangka bahawa akan mengendalikan sesi ceramah untuk kaum muslimat atau ibu-ibu di sekitar Besout 2 ini. Program ini dibuat setiap Sabtu petang dan dikendalikan oleh ustaz-ustaz sebelum ini. Pada permulaannya saya ingin menolak apabila memikirkan tidak layak dan tidak cukup ilmu lagi. Tetapi apabila difikirkan semasak-masaknya, saya merasakan di sinilah tempat dakwah saya! Ilmu boleh dicari, dan dengan cara begitu kita akan sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan kerana kita akan menjadi tempat rujuk nanti. Perkara ini mengingatkan saya tentang hadis Nabi S.A.W iaitu : " Sampaikan kepadaku walaupun satu ayat".
Jadi disinilah tempat untuk saya bergaul dengan penduduk kampung kerana jika saya tidak mengambil kesempatan ini, mungkin saya akan berada di kelompok saya sahaja. Walaupun berasa takut, Insya'allah saya akan melakukan yang terbaik. Terima kasih kepada ustaz-ustaz di Sek.Men. Keb Felda Besout yang telah memberikan peluang kepada saya dan sahabat saya Saaidah untuk menyampaikan ilmu kepada penduduk Besout 2. Syukran Jazilan. Semoga usaha yang kecil ini akan mendapat ganjaran di sisi Allah, Insya'Allah


0 comments:

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)