UKHWAH FILLAH : ISTIMEWANYA MEREKA

Setelah sekian lama tidak dapat makan bersama, akhirnya Allah mempertemukan saya dengan rakan-rakan dan adik-adik yang dulu pernah bersama-sama saya dalam medan dakwah. Pertemuan yang tidak dirancang ini berlaku di Jusco Wangsa Maju di mana ketika itu saya bersama anak didik saya berjalan-jalan di sekitar Jusco tersebut.

Akhirnya saya diajak sekali untuk makan bersama-sama mereka yang terdiri daripada Sakinah, Azmija, Asma', Mariati, Syafawati, Lina, Akmariah dan pelajar saya Nurul Athirah. Peluang ini tidak dilepaskan begitu sahaja kerana bukan senang untuk mendapat peluang makan di luar! Ditanya mengapa makan di luar? Dengan tersengih-sengih salah seorang rakan saya menyatakan bahawa nak keluar daripada suasana pejabat! Hendak tenangkan fikiran.. Aik? Banyak sangatkah beban yang ditanggung wahai sahabatku dan adik-adikku? Semoga urusan kalian dimudahkan oleh Allah S.W.T.




Walaupun selalu bersua di Baitun Nisa' di Gombak dan selalu makan bersama, tetapi suasana makan di Shakey sangat berlainan! Semua masalah, bebanan dan perkara yang merunsingkan ditolak ke tepi! Itulah hebatnya pabila kita bertemu sahabat-sahabat yang dirindui. Kita dipenuhi dengan cerita-cerita, gelak ketawa, kenangan dahulu dan sebagainya. Semoga ukhwah kita semua berkekalan dan semoga Allah menetapkan hati kita untuk terus dalam medan dakwah ini.

Terima kasih semua sahabat-sahabat dan adik-adik PKPIM. Tidak lupa juga Athirah ( Pelajar saya) yang tidak segan silu dan tidak kekok melayan kawan-kawan cikgunya.

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)