SELAMAT MENJALANKAN TUGAS!




Alhamdulillah..surat 'posting' telah sampai ke peti surat rumah saya pada 13 Disember lalu. Khabar ini saya ketahui pabila emak memberitahuku selepas saya pulang ke Malaysia. Ini kerana sewaktu surat itu sampai saya dalam perjalanan ke LCCT bersama keluarga saya untuk pergi bercuti.

" Anda telah ditempatkan di Sek.Men.Keb (F) Besout, Felda Besout, Sungkai, Perak. Sila laporkan diri anda kepada pengetua pada 5 Januari 2009. Kegagalan anda berbuat demikian bermakna anda telah menolak tawaran tersebut".
Begitulah bunyinya surat yang diterima oleh saya. Apabila mendapat tahu sekolah tersebut, saya terus berfikir sejenak... nak sangat mencabar, nah! kawasan felda kamu ditempatkan..Saya terfikir, mungkin saya beria-ria mahu ke Sabah dan sarawak untuk berbakti di sana,namun Allah itu maha Adil dan mengetahui.. Jadi di Felda Besout la tempat untuk saya berbakti mencurahkan ilmu kepada anak-anak di kawasan Felda tersebut. Saya menerima tawaran itu dengan redha hati dan mengaggapnya sebagai titik permulaan untuk menjadi pendidik.

Dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke kg halaman yang terletak di Bota, saya sempat meninjau tempat saya ditempatkan. Biasalah...nama dah felda mesti dikelilingi dengan ladang kelapa sawit. Perjalanan dari jalan besar ke Felda Besout 1 mengambil masa 15 minit iaitu sejauh 15 km untuk masuk ke kawasan felda tersebut. Suasana sepi dan sunyi menyelubungi saya sewaktu perjalanan ke sekolah tersebut. Apabila sampai di Felda Besout 1, barulah mata saya dapat melihat rumah-rumah dan suasana perkampungan di situ. S.M.K. Felda Besout tidaklah sebesar S.M.K.Agama Kuala Lumpur sewaktu saya praktikal dulu. Keadaannya sangat berbeza iaitu bebas daripada kesesakan, nyaman, dan tenteram. Pelajar-pelajarnya juga sekitar 600 orang. Saya mengharapkan urusan saya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Saya juga memohon kekuatan daripada Allah supaya saya terus istiqamah dalam arena dakwah dan jemaah di sana nanti. Saya mungkin akan merindukan suasana semasa saya berada di Gombak iaitu sebagai pelajar UIA dan jemaah PKPIM. Saya mungkin mendambakan kuliah-kuliah kerohanian dan keilmuan seperti Kuliah Hikam Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam, Seminar Ta'dib, usrah, program-program dan sebagainya. Semoga sahabat-sahabat saya sudi mencoretkan segala ilmu yang mereka dapat di kuliah-kuliah atau seminar di blog mereka.

Akhir kalam, setiap perancangan Allah itu ada hikmah disebaliknya. Selamat memulakan tugas kepada rakan-rakan seperjuangan saya - DPLIAN 08 UIA.



2 comments:

Anonymous December 27, 2008 at 7:58 AM  

tahniah n teruskan perjuangan

-hammad

Anonymous December 27, 2008 at 8:34 AM  

*May Allah bless u..
*All the best in everything u do..
*My prayers are alwys be wit u..

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)