Pada awal bulan Disember, pelajar-pelajar DPLI-UIA telah mengetahui tempat penempatan masing-masing atau lebih measranya dikenali sebagai ‘posting’. Hanya pelajar Pengajian Islam (Pend. Islam dan Pend. Al-Quran dan As-Sunnah dan bahasa Arab) sahaja yang mengetahui tempat penempatannya, manakala Kaunseling dan TESL pula belum mendapat sebarang berita ataupun surat daripada Kementerian.
Sesungguhnya seperti yang dijangka, ramai yang mendapat tempat di Sabah dan Sarawak! 90% pelajar Pengajian Islam DPLI-UIA mendapat tempat di sana dan hanya 10% sahaja yang berada di Semenanjung termasuklah saya sendiri. Hasrat di hati untuk mengajar di Sabah ataupun di Sarawak tidak kesampaian kerana ditempatkan di negeri sendiri iaitu Perak. Walaupun pada permulaannya, saya mengandaikan bahawa saya terpilih untuk berkhidmat di sana, namun inilah takdir dan perancangan Allah. Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Perancangan Allah itu lebih baik daripada perancangan kita sendiri dan ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah, inilah masanya untuk saya mencurahkan ilmu kepada anak-anak negeri sendiri yang dahagakan ilmu agama.
Insya’Allah awal bulan Januari 2009, saya akan melaporkan diri di JPN Perak dan akan mengetahui daerah mana akan ditempatkan untuk mengajar. Semoga urusan saya dan kawan-kawan dimudahkan oleh Allah.
Kepada rakan-rakan saya yang mendapat tempat di Sabah dan Sarawak, tahniah dan takziah diucapkan kepada kalian semua. Tahniah kerana hajat rakan-rakan kesampaian untuk mendidik anak bangsa di sana, di samping untuk mendidik anak-anak sana dengan ilmu agama. Saya sangat kagum dengan semangat perjuangan kalian! Persiapkan diri dari segi emosi, fizikal dan rohani. Kekuatan dalaman atau rohaniah itu sangat penting bagi kalian semua. Kepada rakan-rakan yang risau ditempatkan di daerah-daerah tertentu atau pedalaman, usah khuatir.. Allah bersama kita semua.
Takziah kepada kawan-kawan saya yang mendapat tempat di sana yang kini sudah berkahwin (terpaksa meninggalkan suami), yang kini sedang mengandung dan sebagainya. Banyak-banyaklah berdoa insya’Alllah urusan kalian akan dimudahkan.
Akhir Kalam…kepada sahabat-sahabat seperjuangan, selamat bertugas di tempat masing-masing. Semoga perjalan yang baru bermula ini memberikan kita seribu makna dan pengalaman baru dalam menjadi seorang guru yang diberkati Allah.
Salam Perjuangan.
SELAMAT BERJUANG..
Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan
Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya
Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan
Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo
Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah meninggalkan semua
Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo
Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita
Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo
Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman
Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita
O o ohooo ho o ohooo

3 comments:
Tahniah Athirah!!!
Akhirnya berjaya juga awak menolong ustzh 'publish' artikel ini walaupun pd permulaannya agak susah bg awak :)
Bila nak ada blog sendiri? :) Ustzh doakan semoga awak berjaya menghasilkan blog sendiri!!!
syukran Jazilan!
dont want..=(
Tahniah Ustazah...
Post a Comment