Selepas menghadiri program sekampit beras untuk Ibu-ibu Tunggal di Kuala Kangsar, saya terus memecut menuju ke SMKA Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis Bacaan Yasin, Mohon Restu dan Iftar Jamaie. Walaupun penat dan letih, itu tidak mematahkan semangat saya ke SMKAKL untuk berjumpa dengan anak-anak didik yang saya kasihi. Alhamdulillah saya telah diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadiri majlis tersebut.
Saya mengambil kesempatan berjumpa dengan pelajar saya di bilik persediaan belajar di asrama puteri usai solat terawih. Suasana di sana mengingatkan saya ketika saya belajar dulu. Mana tidaknya, buku-buku bersepah-sepah, toto terbentang, radio terpasang, dengan bantal busuk dan lain-lain lagi. Terima kasih Mimi kerana sudi bersembang dengan ustazah walaupun kadangkala ceritamu memang tidak masuk akal!! Teringat semasa bersembang dengannya, “ Ustazah, saya tak minat la bab letrik-letrik ni..huhu, kalau bab lain saya minat la”. Mimi..mimi…kena minat jugak taw supaya nanti boleh jawab. Terima kasih juga kepada Anis yang sudi bersembang walaupun memang sukar untuk mendengar colotehmu! Dan terima kasih yang tidak terhingga buat yang dikasihi Nurul Athirah yang baikhati, walaupun malu-malu kucing tidak bertempat .
Alhamdulillah, sempat juga pergi ke masjid Manjalara awal pagi tu untuk iktikaf. Namun, suasana tidak seperti saya beriktikaf di Masjid KLCC, dan Masjid Negara yang pernah saya hadiri. Hanya 10 orang makmum sahaja. Tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk beribadat.
Kepada anak didik saya di SMKA Kuala Lumpur, ikhlaskan niatmu dalam menuntut ilmu supaya ilmu kalian diberkati Allah. Carilah sebanyak mungkin ilmu dan jangan sesekali jemu dalam pencarian kembara ilmu ini. Semoga kalian dimudahkan oleh Allah S.W.T dalam menjawab soalan SPM nanti. Semoga berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang.
2 comments:
suka betul MUN kat smakl
-wira-
ya ke abg wira? mmg suka pun..budak-budaknya baik.. :)
Post a Comment