MABRUK IMAN!



Anak murid mengaji saya, Iman Iskandar setakat ini hanya tinggal 1 hari sahaja puasa. Tahniah kepada Iman kerana berjaya berpuasa walaupun baru berumur 7 tahun. Pendidikan puasa ini perlu dilatih oleh ibu bapa sejak kecil lagi supaya kanak-kanak dapat membiasakan diri dengan ibadah puasa ini nanti. Selain itu juga, pendekatan bukan sahaja tertumpu kepada latihan menahan lapar dan dahaga sahaja, ia perlu dilatih dengan ibadah yang lain seperti solat, bersedekah, mengaji dan sebagainya.

Apa yang menyedihkan, terdapat remaja-remaja yang tanpa segan silu makan di tempat awam. Saya hairan dengan mereka, sedangkan kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke atas boleh berpuasa. Hal ini sebenarnya berkaitan dengan pendidikan agama seseorang dan tahap iman di dalam diri. Ingatlah bahawa, kewajipan berpuasa ini wajib ke atas umat Islam. Janganlah kita sesekali melanggar syariat yang telah ditentukan oleh Allah. Semoga kita sama-sama meningkatkan keimanan kepada Allah.

Ayat yang memerintah umat Islam berpuasa ialah ayat 183 surah Al-Baqarah.

Terjemahannya : “ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa ”.


0 comments:

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)