Apa yang terfikir di benak hati anda apabila membicarakan tentang peperiksaan 24 jam? Sebelum ini, kita acap kali melalui tempoh peperiksaan yang seringkali membuatkan hati kita tidak tenteram, gelisah, takut dan sebagainya. Kita juga sudah melalui banyak peperiksaan, baik di peringkat sekolah rendah, menengah, dan Universiti. Seperti yang diketahui, kebanyakkannya peperiksaan ini sudah dimaklumkan lebih awal dan kita sudah bersiap sedia dengan segala macam bentuk persediaan baik di peringkat fizikal dan rohani. Namun, pernahkah kita terfikir bahawa ada peperiksaan yang lebih besar lagi di mana peperiksaan itu berlaku 24 jam?
Apakah dia peperiksaan 24 jam? Adakah semua orang boleh dikecualikan daripada mengambil peperiksaan tersebut? Say tertarik untuk mengajak rakan-rakan memikirkan perkara ini apabila salah seorang pensyarah saya pernah membangkitkan tentang isu ini. Peperiksaan ini adalah untuk semua umat Islam di dunia ini. Ia diumpamakan bahawa segala perbuatan yang kita lakukan selama 24 jam ini diperhatikan oleh Allah S.W.T. Dialah yang berhak menentukan ‘markah’ bagi setiap perbuatan yang kita lakukan 24 jam. Apa yang menariknya, ia tidak seperti peperiksaan yang kita selalu alami ya’ni kita tidak di maklumkan waktunya! Dan kita wajib bersiap sedia setiap waktu. Ini diibaratkan seperti peperangan di Palestin, mereka sentiasa bersedia menghadapi musuh yang tidak tentu masanya bila hendak menyerang,. Selain itu juga penilaian itu akan diberikan oleh Allah mengikut kehendakNya.
Dalam konteks kita pada hari ini, kita perlu sentiasa melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya, menuntut ilmu bagi bekalan dunia dan akhirat supaya kita bersedia menghadapi peperiksaan 24 jam. Sesungguhnya, ajal maut itu di tangan Allah dan kita tidak tahu bila datangnya ajal kita, esok? Lusa, 10 tahun lagi atau sebaliknya.
0 comments:
Post a Comment