Gejala Sosial.. Bilakah kesudahannya?



Semasa cuti sekolah baru-baru ini aku sempat membaca tentang isu kes pembuangan bayi di Harian Metro. Walaupun ini bukan satu isu yang baru namun aku terpanggil juga untuk membincangkan masalah ini. Daripada statistik yang dipaparkan kaum Melayu menjuarai carta kes paling tertinggi melibatkan pembuangan bayi. Isu ini sebenarnya tidak pernah surut kerana dari dulu lagi isu ini telah diketenghkan. Namun, baru-baru ini apabila amat kerap sekali pembuangan bayi dan janin berlaku, perkara ini sempat mendapat perhatian rakyat Malaysia. Sebenarnya apabila memikirkan orang yang membuang bayi ini memang tiada perasaan kemanusiaan apatah lagi bayi yang dijumpai itu mati! Ini yang amat menyedihkan dan membuatkan hatiku amat marah. Namun jika setakat marah tetapi tidak disusuli dengan tindakan tiada apa yang boleh diharapkan. Pernah dahulu HEWI PKPIM menyokong tindakan Jabatan Kemajuan Masyarakat yang mencadangkan untuk menubuhkan Unit Khas bagi menangani masalah ibu yang melahirkan anak luar nikah bagi membendung gejala pembuangan bayi. Unit khas yang ditubuhkan itu beroperasi secara bergerak dan mempunyai pelbagai kaedah bagi membantu ibu yang bermasalah serta bayi yang mereka lahirkan termasuk juga bantuan kewangan, perlindungan dan kaunseling. Namun saya tidak mengetahui unit ini sudah ditubuhkan atau belum.

Berbalik kepada kes pembuangan bayi ini, apakah punca atau sebab perkara ini terjadi? Terdapat banyak faktor sebenarnya. Saya amat menyokong cadangan HEWI PKPIM untuk mengadakan Bengkel Keselamatan Diri Remaja ke sekolah-sekolah. Pelajar-pelajar perempuan perlu diberi pendedahan tentang aspek keselamatan diri, peranan mereka dan sebagainya. Masalah sosial di kalangan pelajar perempuan amat membimbangkan dan teruk sekali. Perlunya pencegahan atau rawatan dibuat sebelum perkara yang lebih teruk berlaku. Bengkel Keselamatan Diri Remaja perlu dibuat di tempatku. Amat-amat perlu dan mesti!!!. Alangkah indahnya akhlak anak-anak sekarang cantik bak luk-luk (mutiara-mutiara) di lautan yang menyinar gemerlapan.

Ya Allah...Engkau selamatlah bumi ini daripada kemusnahan dan kerosakan manusia yang tidak bertanggungjawab..

Sekitar Majlis Tadarus Al-Quran & Mahrajan Kesenian Islam








Tugasan Baru..



Pertamanya...ingin aku ucapkan Terima kasih terutamanya kepada Kak Shamsiah Mahli ( Kak Shams ) kerana akak orang pertama yang mendorong saya untuk membina blog sendiri. Tidak lupa juga sahabat-sahabat lain yang mempunyai blog sekaligus mendorong saya untuk memiliki blog sendiri. Walaupun pada permulaannya amat sukar untuk aku memulakan kerjaya penulis blog ini..hehe. Apa yang aku lihat sekarang, matlamat HEWI PKPIM Pusat untuk melihat setiap ahli HEWInya mempunyai blog sendiri sudah tercapai. Masakan tidak sudah ramai yang mempunyai blog sendiri malah ada yang lebih hebat blognya. Namun, terdapat penambahbaikan iaitu dari segi maklumat dan penulisan. Aku akui aku bukannya seorang penulis yang hebat, malah akhir-akhir ini aku jarang menulis penulisan yang berbentuk ilmiah. Inilah salah satu kelemahan yang menjadi penyakit bagi HEWI-HEWI, iaitu Kurang menulis. Semoga penyakit ini segera pergi daripada badanku ini.

Baru-baru ini, apabila Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah mengetahui aku tahu serba sedikit mengenai dunia blog beliau tersenyum sendiri.. Ini kerana beliau sudah ada perancangan buat diriku ini. Aku diamanahkan untuk mengurus dan mengawal blog panitia atau dengan kata mudahnya aku menjadi moderator blog itu.

Cabaran Mendidik..



Alhamdulillah, terima kasih kepada-Nya kerana memberikan aku waktu untuk menulis kembali di medan blog ini. Walaupun banyak isu dan cerita yang ingin diketengahkan, namun ruang waktu dan kesukaran untuk mendapatkan 'line' internet yang bagus dan pantas di sini membantutkan diriku untuk menulis.

Pertamanya, buat sahabat-sahabat yang ingin mengetahui keadaan aku di sini akan aku ceritakan serba ringkas di dalam penceritaanku ini. Sudah hampir 3 bulan aku di kawasan pedalaman felda ini. Walaupun tidak masak lagi dengan keadaan kampung dan sekitarnya namun aku telah membiasakan diri di sini. Ini kerana aku bukannya berada di kawasan mat salleh, atau kawasan orang asing, malah aku berada dalam kelompok orang Melayu Islam itu sendiri. Cuma perbezaannya ialah taraf hidup yang mungkin hampir sama dengan bandar atau lebih dari itu dari segi pergaulan sosialnya. Namun, taraf ekonomi di sini lebih rendah berbanding di Kuala Lumpur dan di bandar-bandar besar. Mungkin sebelum ini aku menjangkakan tugas mendidik itu tidaklah sesukar mana. Namun pandanganku meleset sama sekali. Betullah apa yang diperkatakan oleh Presiden WADAH, Dato' Dr. Siddiq Fadzil iaitu tugas untuk 'membuat' manusia memang susah tetapi amat mulia. Jika orang lain membuat mesin, namun bagi pendidik mereka perlu mengadun manusia untuk menjadi seorang yang berguna.


Kesabaran memang cabang yang paling utama dalam mendidik pelajar. Setiap hari aku di sini memikirkan bagaimana untuk membentuk pelajar ini supaya berakhlak, sopan santun dan sebagainya. Ini kerana cabaran yang diterima sangat besar dan aku tidak menjangkakan sama sekali. Pelajar dahulu sangat berbeza dengan pelajar sekarang. Memang jauh berbeza, bagai langit dengan bumi...itulah yang mampu aku katakan di sini.. Semoga Allah permudahkan urusan aku di sini, memberi kekuatan dan kesabaran kepadaku dalam mendidik permata-permata yang belum lagi berkilau..
Apa yang ingin aku kongsikan..bagi seorang pendidik itu jika pelajar menunjukkan sikap yang baik walaupun sedikit ia mampu mencairkan hati seorang pendidik apatah lagi menyejukkan hatinya yang kadangkala panas..Ini kerana aku tercari-cari pelajar yang boleh menyejukkan hatiku ini kerana ia mampu membuat aku tersenyum dan bersemangat.

Anakku...
Aku mengajarmu bukan kerana terpaksa
Aku mengajarmu bukan kerana dipaksa
Aku mengajarmu dengan ketulusan hatiku supaya kamu cemerlang dunia dan akhirat

Anakku...
Aku bangga jika engkau berusaha menimba ilmu
Aku bangka jika engkau rajin bertanya
Aku bangga jika engkau taat ibibapa, guru dan rakan-rakan
Aku bangga jika engkau ada semangat untuk berjaya

Anakku...
Hiba hatiku apabila mengenangkan saat aku memberi ilmu..
Engkau bermain kata..
Engkau bermain ceria..
Engkau kurang adab...
Namun..hatiku tidak mampu memberi hukuman padamu..apatah lagi memarahimu...
Bukan kerana aku takut..bukan kerana aku tak pandai marah..
Tetapi apa yang aku mampu lakukan hanya memberi nasihat

Anakku...
Aku selalu berdoa semoga kalian mendapat kefahaman ilmu
Aku berharap pintu hatimu terbuka untuk menerima ilmu
Walaupun aku tahu..aku perlu menunggu..1hari? 1 bulan? 1 tahun? atau selama-lamanya?

Aku menanti perubahanmu!!!


Ya, aku tahu tugas mendidik ini bukan senang apatah lagi aku baru memulakan kerja ini. Insya'Allah akan aku cuba sedaya upaya membimbing kalian supaya dapat menjadi insan yang soleh dan solehah..ameen

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)