Forum Selamatkan Bahasa Melayu


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan FORUM KHAS: SELAMATKAN BAHASA MELAYU, HAPUSKAN PPSMI seperti maklumat yang berikut;

Tarikh: 30 November 2008 (9.30 pagi - 12.00 tengahari)

Tempat: Bilik Serbaguna, Kompleks Anjung Rahmat,

Batu 6, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur

Panelis:

1. En. Kamal Shukri Abdullah Sani (Timbalan Presiden, Persatuan Linguistik Malaysia)

2. Sdr. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Koordinator Kampus, TERAS)

3. Sdr. Mohd. Hilmi Ramli (Presiden PKPIM)

Semua dijemput hadir untuk memberikan sokongan dan pengisian yang berguna di dalam usaha Gerakan Anti PPSMI (GAP) untuk menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia menamatkan program PPSMI demi kebajikan dan masa depan para pelajar Malaysia secara keseluruhannya.


www.pkpim.net/v2

All The Best To You

Bertuah rasanya mengajar di SMKAKL. Walaupun hanya 3 bulan tetapi ia sangat bermakna dan menyeronokkan. Kepada pelajar saya, kamu adalah yang terbaik dan ustazah gembira mengajar kamu semua! Kepada guru-guru dan staf SMAKL, terima kasih. Anda semua memang baik hati dan suka menolong.

Kepada pelajar saya, 4 Othman dan 4 Umar jangan buang masa. Semoga berjaya untuk SPM akan datang. Saya percaya kamu mampu buat!!

All the Best to You!!!!



4 Othman (Putera)


4 Othman (Puteri)





4 Umar (Putera)

4 Umar (Puteri)

Berakhirnya DPLI Tidak Bermakna Berakhirnya Sebuah Perjuangan

Akhirnya pada 21 November 2008, aku berjaya menamatkan kursus perlesenan guru dengan berakhirnya program Bina Insan Guru (BIG) dan makan malam bagi pelajar DPLIan'08. Selama 6 bulan mengadap teori-teori perguruan, aku berjaya jua mengharungi 3 bulan praktikal. Banyak pahit manis sepanjang berpraktikal, dan tidak lupa juga banyak ilmu yang dipelajari sepanjang berada di sekolah. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah yang tidak lokek ilmu sepanjang mengajar kami di universiti. Tidak dilupakan juga guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi yang telah memberi kerjasama yang terbaik sepanjang saya berpraktikal. Syukran jazilan!!

Menjadi pendidik bukanlah satu tugas yang mudah, lebih-lebih lagi untuk membentuk pelajar yang bersahsiah tinggi. Ia memerlukan pengorbanan, semangat, minat dan keikhlasan yang tinggi. Lebih-lebih lagi dunia pendidikan kini yang sangat mencabar.

Insya'Allah, bulan Januari 2009 aku akan memulakan pengajaranku. Namun, aku belum mengetahui negeri yang aku akan mengajar. Keputusan itu bakal keluar pada bulan Disember ini. Jauh dekat bukanlah alasan untuk tidak mengajar. Apa yang penting keikhlasan diri untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna dan berakhlak tinggi. Ingat, perjalanan masih jauh dan perjuangan belum lagi selesai!!


My Classmate DPLI (Pend. Quran Sunnah & Tesl )

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)