Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan menulis kembali di blog ini walaupun hampir 3bulan blog ini bersawang.
Baru-baru ini, rakan PKPIM (Mija) ada mengajak ke program Prof Dr. Mohd Yusuf Othman di Pondok Ana Edar di Greenwood. Ikutkan hati malas untuk hadiri memandangkan baru balik dari sekolah, namun diberi juga kekuatan untuk menghadiri program ini. Walaupun pada permulaannya rasa mengantuk kerana keletihan, berkat dikejutkan oleh seorang kawan, akhirnya saya kembali segar. Isi-isi yang disampaikan oleh prof sangat padat dan jelas serta menarik untuk didengari. Pada permulaannya prof menceritakan tentang fungsi sesebuah keluarga disamping menyelitkan cerita-cerita peribadi keluarga beliau.
Walaupun diri ini belum bergelar seorang ibu, namun tidak salah untuk kita mendapatkan maklumat dan pengalaman baru. Untuk menjadi ibu bapa yang genius bukanlah bermakna ibu bapa tersebut genius/pandai, tetapi apa yang dipanggil genius itu ialah ibu bapa yang mengetahui fungsi sesebuah keluarga serta peranan mereka di dalam keluarga tersebut.
Program ini diadakan secara bersiri-siri dan siri yang kedua akan dimaklumkan kemudian.