Masalah Sosial Remaja..Mampukah Melahirkan Generasi Al-Fatih?


Hampir setiap hari kita disajikan dengan berita tentang gejala sosial yang melibatkan golongan remaja khususnya. Golongan remaja ini atau dalam istilah Arabnya dikenali dengan shabab sepatutnya merupakan generasi pelapis dalam meminpin negara. Kita mengetahui bahawa mereka ini merupakan aset yang terpenting dalam pembentukan sesebuah negara. Namun, jika dilihat kualiti remaja sekarang semakin hari semakin terhakis dan rapuh dalam era globalisasi dan teknologi ini. Tidak dinafikan ada segelintir mereka yang berjaya mempunyai jatidiri yang kukuh serta jitu dalam kehidupan mereka dan berjaya menjadi insan yang cemerlang. Tetapi hakikatnya semakin ramai yang mempunyai iman yang kian rapuh daripada landasan syariat Islam. Nah, lihat sahaja isu yang membincangkan tentang permasalahan remaja sangat banyak sehingga sukar untuk dibendung. Ini termasuklah gejala ponteng, gangsterism, merogol, mencuri, merempit, dadah dan banyak lagi. Penyakit ini sudah menjadi barah di Malaysia. Jika penyakit ini tidak dibendung dengan serius maka penyakit ini akan terus bermaharaja di Malaysia. Setiap orang mempunyai peranan masing-masing dalam membendung masalah ini supaya kita dapat melihat negara ini dipenuhi dengan generasi yang bersahsiah dan berkualiti tinggi.


Jenayah buli di kalangan pelajar kian berleluasa


Jika direnung kembali sejarah perjuangan shabab ini telah bermula pada zaman dahulu lagi. Sejarah menunjukkan kejayaan Muhammad Al-Fatih dalam mentadbir dan memimpin negara dalam usia yang muda sekali. Muhammad Al-Fatih telah mengetuai tentera Islam dalam menawan Kota Konstatinopal dalam usia 18 tahun. Banyak pendapat menentukan jangkaan umur Al-Fatih ketika menakluk Kota Konstantinopal. Ada juga pendapat yang menyatakan dalam lingkungan umur 21 tahun. Namun yang pasti usia Al-Fatih adalah muda belia ketika menerajui kepimpinan negara. Bagaimanakah boleh lahirnya generasi dan pemimpin yang sebegitu rupa sehingga Al-Fatih berjaya menakluk Kota Konstantinopal? Rahsianya ialah sejak kecil lagi beliau telah berguru dengan Ulamak yang terkenal termasuklah guru kepada ayahandanya. Al-Fatih juga mendisiplinkan dirinya serta anak buahnya dengan melaksanakan ibadah-ibadah sunat seperti mewajibkan qiyamullail kepada tenteranya, solat Subuh berjemaah dan banyak lagi. Inilah sebenarnya kekuatan tentera Al-Fatih ketika itu sehingga mereka berjaya menawan Kota Konstantinopal. Walaupun jika dilihat pada zaman kanak-kanak, Al-Fatih lebih suka bermain-main dan tidak berminat dengan ilmu ketenteraan dan pentadbiran negara. Seharusnya, golongan remaja perlu menjadikan Al-Fatih sebagai contoh tauladan dalam membina jatiditi yang cemerlang serta dalam kepimpinan. Rujuk http://gptd-alfatih.blogspot.com menyediakan sejarah Al-Fatih. Sememangnya, Rasulullah S.A.W merupakan contoh tauladan yang utama dalam membentuk peribadi yang unggul kerana di dalam diri Rasulullah S.A.W terdapat uswatun hasanah (suri tauladan yang baik).



Sultan Muhammad Al-Fatih


Oleh yang demikian, peranan setiap anggota masyarakat sangat penting dalam membantu menangani gejala sosial di negara kita. Barah yang semakin parah ini harus dirawat dengan syifa’ (rawatan) yang berkesan. Pendekatan bil hikmah perlu bagi mendekati golongan remaja ini, seperti menasihati dan membelai. Namun jika cara sebegini tidak berkesan, gear yang seterusnya perlu diteruskan dengan menggunakan cara kekerasan dan melibatkan pihak berwajib. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mereka sekaligus menginsafkan mereka.


Pendidikan agama juga sangat penting diterapkan kepada mereka seawal kanak-kanak lagi. Pendidikan anak-anak yang berkesan dapat membantu dan menangani masalah sosial ini. Jika anak-anak diberikan didikan agama yang sempurna, maka masalah ini dapat dikurangkan. Peranan ibubapa sangat penting sekaligus mereka juga perlu memainkan peranan sebagai rakan karib kepada anak-anak supaya anak-anak dapat berkongsi segalanya dengan mereka.


Anak-anak adalah permata berharga yang dikurniakan Allah kepada ibu bapa. Kelahiran mereka umpama kain putih. Menjadi tanggungjawab ibu bapa mencorakkan mereka. Nabi Muhammad berkata dalam hadis yang dinyatakan oleh Bukhari, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah suci yakni Muslim. Kedua orang tuanya yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.”


Ibu bapa bertanggungjawab mencorak pendidikan anak-anak

SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN HARI PUTERI DAERAH BATANG PADANG 2009

Baru-baru ini 20/06/09 telah diadakan sambutan Hari Puteri (Puteri Islam) Daerah Batang Padang bagi tahun 2009. Hari Puteri tersebut diadakan di SMK Sri Tapah, Tapah, Perak. Pasukan Puteri Islam SMK (F) Besout telah menghantar peserta bagi acara kawat kaki, busana Muslimah, treasure hunt dan kuiz. Alhamdulillah, SMK (F) Besout telah terpilih menjadi Johan untuk Kawat Kaki dan seterusnya mewakili Daerah Batang Padang untuk peringkat negeri nanti. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan dan memberi sumbangan.


Johan Kawat Kaki dimiliki oleh SMK (F) Besout..Tahniah!!


SMK (F ) Besout siap sedia untuk kawat



Guru-guru pengiring


Guru Penasihat PPIM memberi penerangan kepada guru-guru


Susah la ustazah...antara luahan peserta Explore Race





BAHAYA MEROKOK...SEJAUH MANA PEROKOK MENYEDARINYA?




Amalan merokok merupakan perkara yang tidak asing lagi di negara kita. Pelbagai usaha telah dilakukan baik pihak kerajaan, swasta, berkuasa untuk mengatasi masalah merokok ini. Namun usaha mereka nampaknya tidak begitu meninggalkan kesan yang mendalam di kalangan perokok ini. Memang tidak dinafikan usaha untuk meninggalkan tabiat merokok ini amat payah dan memerlukan komitmen yang tinggi. Namun usaha itu perlu bagi menjamin kesihatan yang baik di masa akan datang.



Tabiat merokok di kalangan pelajar semakin berleluasa dan menyebabkan ia sudah menjadi satu trend bagi mereka. Apakah langkah yang praktikal yang perlu dilakukan dalam usaha membendung tabiat ini? Adakah hanya dengan menaikkan harga rokok itu sahaja? Apa yang paling pentingnya ialah peroko itu sendiri perlu menyedari dan menginsafi akan bahayanya rokok terhadap kesihatan diri.









TAHNIAH BUAT PENGANTIN BARU



Cuti sekolah baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri majlis Walimatus usrus Saudara Anas b. Jaafar dan Mohana Hasnorsyida di Bangi. Tahniah buat pengantin baru ini. Moga mereka berbahagia dan terus istiqamah dalam medan perjuangan.

Amat membahagiakan, saya sempat bertemu dengan 'senior-senior' PKPIM. Ada yang sudah kahwin dan ada juga yang sudah dikurniakan cahaya mata. Tahniah buat sahabat-sahabat sekalian. Moga dakwah terus berkembang di mana juga anda berada insya'Allah.


TAKZIAH BUAT KELUARGA ARWAH NUR SHAHIRA

Innalillahiwainnailaihiroji'un...

Sewaktu sedang rancak berdiskusi bersama exco PKPIM, Abg Sharul dan Kak Lid di Gombak Station, saya mendapat mesej daripada anak murid dan Kak Farhana yang mengkhabarkan bahawa adik shahira telah menghembuskan nafasnya lebih kurang jam 9 malam. Tidak sampai 15 minit saya mendapat panggilan daripada Kak Farhana yang berada di Sabah menngkhabarkan tentang berita tersebut.

Takziah buat keluarga Nur Shahira di atas pemergian Shahira pada malam semalam. Semoga keluarga arwah tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh..ameen


* Adik Nur Shahira merupakan pelajar tingkatan 3 Anggerik di SMK (Felda) Besout yang juga merupakan salah seorang anak murid saya. Terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan arwah koma selama 1 minggu. Selain itu juga dilaporkan bahawa jantung dan paru-paru arwah rosak teruk. Arwah seorang pelajar yang baik di dalam kelas. Teringat saat-saat sebelum cuti sekolah, arwah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan ayat hafazan dan tilawahnya dengan saya. Saya cuma rasa terkilan kerana tidak berkesempatan menziarahi arwah sewaktu arwah dimasukkan ke hospital Ipoh.

Al-Fatihah buat arwah adik Nur Shahira

Sabda Nabi S.A.W : " Ingatlah mati! Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, kalau kamu tahu apa yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis"

Nabi S.A.W bersabda : " Siapa yang cinta untuk menemui Allah , nescaya Allah cinta pula untuk menemuinya".

USRAH SUDAH BERMULA!!

Baru-baru ini cikgu di sekolah saya iaitu kak Farhana mengajak saya untuk pergi berkelah dan mandi manda di Sg. Tesong. Lantas mengingatkan tiada aktiviti pada hujung minggu tersebut, saya terus bersetuju dengan cadangan tersebut. Sempat kak Farhana berpesan pada saya, "mun, jangan lupe masak nsi goreng!". Saya sempat menghantar mesej kepada kak Farhana mencadangkan untuk buat usrah sambil kita berkelah-kelah dan mandi manda. Saya sebenarnya rindu pada usrah yang pernah dihadiri semasa zaman bergelar pelajar. Banyak yang dipelajari dan maklumat diperolehi semasa menghadiri usrah tersebut. Terasa manisnya mengimbau saat bersama-sama rakan kongsi ilmu dan berdiskusi hangat. Terus saya mencadangkan kepada kak Farhana agar membawa satu topik yang ingin dibincangkan. lantas dia membalas, " akak tak reti present ni mun..lagi-lagi depan audiens...takutnye!". Saya membalas, " ala kak, bahasa kampungnye present tu akak baca satu topik dan rumuskan...ermm..takut konon! takpe..nanti saya tolong" . Sebenarnya saya memang amat mengharapkan agar usrah akan terjadi pada keesokan harinya.


Sebelum bergerak ke destinasi utama, saya telah menghadiri walimah anak makcik kantin di sekolah saya. Semasa di sana saya mengajak kawan-kawan untuk bersama-sama menyertai kami. Lantas kak Farhana mengajak, " jom ke sg Bil..kite buat usrah! Mun ajak". Lantas dibalas oleh kak Nora, " Usrah?..taknak la..abis kena pakai baju krung la ni? jadi alim la?" Saya tersenyum sambil berkata, " Rileks la kak Nora..saje je kak Farhana tu..bukan usrah..tapi grup circle. Takyah pakai baju kurung, pakai jeans, track atau t-shirt pun boleh. Jangan risau ..saya dah lantik kak Farhana jadi naqibah, akak penolong naqibah", ujar saya sambil tersenyum..Pada waktu yang sama kak Farhana tergelak besar dan diikuti tawa kak Suraya dan kak Fizah.


kami tidak jadi ke Sg. Tesong tapi kami menuju ke Sg Bil di Slim River. Apabila tiba, terus kami hamparkan tikar, makanan, minuman dan sebagainya. Lantas saya memulakan topik, "ok kak Frahana, boleh start grup circle kite, ape tajuknye? Balas kak Farhana, " alang-alang kita nak makan, kita bincang tentang makan!" Dalam hati saya geli hati melihat karenah kakak-kakak nih..ye..mungkin untuk permulaan..Selepas selesai makan mereka semua menuju ke destinasi utama iaitu acara mandi manda. Namun di situ tinggal saya, kak Suraya, kak Farhana dan Ina (pelajar tingkatn 5). Terus kak Suraya bertanya tentang persoalan puasa jika tak silap saya, diikuti oleh soalan daripada Kak Farhana dengan persoalan tentang wudhuk. "mun, sah ker wudhuk jika kite korek hidung?. Lantas saya menjawab, " ader tahi hidung ker?..saya tanya pulak , tahi hidung tu najis ker?.. kalau setakat korek hidung yang biasa-biasa tak batal kecualilah jika korek sewaktu akak posa, tu memang batal puasa la..sebab memasukkan sesuatu ke dalam rongga atau anggota badan adalah perkara yang boleh membatalkan puasa". Sebenarnya persoalan ini memang tak pernah terlintas di fikiran saya sebenarnya.


Selepas itu, persoalan tentang peraduan teka dan menang diajukan. Berpandukan pembacaan saya di laman blog ustaz Zaharuddin, saya dapat menerangkan serba sedikit tentang peraduan tersebut. Selepas itu mereka terus bermandi manda dan tinggallah saya dengan Ina. Sempat kak Farhana berkata kepada saya, "mun, nanti kita bincang lagi tau..bile-bile ada mase". Dalam hati kecilku berkata, " ini pun dikira usrah munirah...jangan mengharapkan sesuatu yang besar..inilah maudhu' kita yang sebenar...perlahan=lahan dalam menyampaikan dakwah itu dan saya mengharapkan usrah sebegini akan berlaku lagi, insya'Allah". Ina terus bertanya kepada saya tentang persoalan tentang haid. "Ustazah, berdosa tak kalau orang yang melambatkan mandi hadas?".. Saya menjawab, " memang berdosa, Ina. Tetapi sebenarnya ada cara untuk kita memastikan kita sudah bersih daripada kotoran tersebut iaitu dengan melihat dengan menggunakan kertas tisu dan juga berpandukan kepada waktu solat". Selepas itu kami bergerak menuju ke air terjun untuk menikmati keindahan ciptaan Allah dan merasai kesejukan air di Sg Bil. Memang sangat-sangat sejuk airnya!


Saya menantikan group circle yang kedua! :)

Saat-saat manis ketika berusrah dengan PKPIM



KELAS PENGAJIAN KE-2


Pada hari Jumaat yang lepas 15 Mei 2009, sekali lagi saya dipanggil untuk mengadakan kelas untuk ibu-ibu peneroka di sini. Seperti biasa dan tidak dijangka oleh kotak pemikiran saya Tn. Haji telah menelefon saya pada malam khamis. Saya mendapat panggilan daripada Pak Imam yang bertanya samada saya free pada hari Jumaat.

Lantas saya menjawab, " Insya'Allah, jika tiada aral saya akan mengadakan kelas esok". Selepas telefon dimatikan terus fikiran saya menjadi serabut apabila memikirkan tajuk yang hendak disampaikan. "Tajuk apa yang hendak disampaikan nanti? sudahlah bekalan elektrik terputus sekarang, nak baca buku pun tak nampak", gusar saya dalam hati. Saya bertawakal kepada Allah S.W.T dan semoga saya diberikan waktu dan masa untuk menelaah serba sedikit tajuk yang ingin disampaikan. Lantas saya berfikir bahawa, sewaktu saya berada dalam PKPIM, saya sudah diajar untuk bersedia untuk tidak bersedia. Ya, walaupun diri ini tidak bersedia, namun saya menyahut cabaran sebagai langkah untuk memajukan diri dan untuk menyebarkan dakwah. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7)

Pada waktu yang dijanjikan, seperti biasa Pak Imam dan isteri akan menjemput saya. Setibanya saya di masjid, saya terus bersalaman dengan makcik-makcik di situ dan terus memulakan pengajian. Lantas saya terus membentangkan bab-bab di dalam buku Bidayatul Hidayah karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali rahimahullah yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Syeikh Fahmi Zam Zam. Saya mengambil buku ini sebagai buku utama di dalam kelas saya selepas ini. Ini kerana isi pokok di dalam buku itu mudah untuk disampaikan selain memaparkan amalan-amalan harian yang perlu dilakukan oleh seorang Muslim. Saya sempat menyentuh Adab 1 dan 2 iaitu Adab bangun daripada tidur dan Adab masuk ke dalam tandas. Pada permulaan kelas saya, saya nampak makcik-makcik di sini mulai mengantuk namun masih bersungguh -sungguh untuk mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh saya. Lantas saya teringat kata-kata seorang sahabat saya sebelum saya hendak pergi ke kelas. Dia berkata, " Mun, jangan lupe buat lawak-lawak sikit..nanti best la makik tu dengar". Saya pun berkata, "saya ni tak pandai buat lawak kak, takpa, nanti kalu masa nak buat lawak saya jemput akak sebagai selingan" kata saya sambil tersenyum.

Lantas saya cuba menyelitkan unsur lawak di dalam kelas saya disamping mengemukakan persoalan untuk dijawab oleh makcik-makcik untuk menguji kemampuan makcik-makcik. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan apabila tiba di bab tempat yang dilarang membuang najis. Terdapat banyak tempat yang dilarang untuk membuang air besar iaitu antaranya ialah di tengah-tengah padang, di dalam lubang, di bawah pokok, di tanah yang kering dan di dalam air yang tenang. Setiap tempat saya menimbulkan persoalan kenapa tidak boleh. Biasalah, disamping saya memberikan ilmu, saya ingin juga belajar daripada makcik-makcik ini jika ada pantang larang dan adatnya. Yang menggelikan hati saya ialah apabila ada makcik-makcik yang menjawab dilarang membuang air besar di bawah pokok sebab takut ada orang yang akan makan buah yang terkena najis..sambil yang lain gelak..Ada juga yang berkata: " nanti ada orang akan terpijak taik tu kan susah..", dan ada juga yang menyatakan mungkin nanti pokok akan menjadi tidak subur. Semua jawapan tersebut menggelikan hati saya dan pada masa yang sama saya berfikir ada benarnya juga kata-kata tersebut. Apa yang pasti saya sangat bahagia dan gembira dapat bersama-sama dengan mereka dalam pencarian ilmu ini.

Seperti biasa selepas habis kelas kami akan solat bejemaah di masjid. Selepas itu Pak Imam dan isteri mengajak saya ke rumah mereka. " Ustazah, kali ini kami ajak ustazah datang umah kami, kite makan bihun sup. Dulu dah rase mee bandung sekarang rase bihun sup pulak", kata pak Imam. Saya sangat kagum dengan keramahan penduduk di sini. Walaupun saya baru 5 bulan di sini, tetapi ukhwah macam sudah lama kenal..

Semoga bakti saya dan ilmu yang disampaikan walau sedikit itu memberi manfaat kepada mereka, Insya'Allah.

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)