SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN HARI PUTERI DAERAH BATANG PADANG 2009

Baru-baru ini 20/06/09 telah diadakan sambutan Hari Puteri (Puteri Islam) Daerah Batang Padang bagi tahun 2009. Hari Puteri tersebut diadakan di SMK Sri Tapah, Tapah, Perak. Pasukan Puteri Islam SMK (F) Besout telah menghantar peserta bagi acara kawat kaki, busana Muslimah, treasure hunt dan kuiz. Alhamdulillah, SMK (F) Besout telah terpilih menjadi Johan untuk Kawat Kaki dan seterusnya mewakili Daerah Batang Padang untuk peringkat negeri nanti. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan dan memberi sumbangan.


Johan Kawat Kaki dimiliki oleh SMK (F) Besout..Tahniah!!


SMK (F ) Besout siap sedia untuk kawat



Guru-guru pengiring


Guru Penasihat PPIM memberi penerangan kepada guru-guru


Susah la ustazah...antara luahan peserta Explore Race





BAHAYA MEROKOK...SEJAUH MANA PEROKOK MENYEDARINYA?




Amalan merokok merupakan perkara yang tidak asing lagi di negara kita. Pelbagai usaha telah dilakukan baik pihak kerajaan, swasta, berkuasa untuk mengatasi masalah merokok ini. Namun usaha mereka nampaknya tidak begitu meninggalkan kesan yang mendalam di kalangan perokok ini. Memang tidak dinafikan usaha untuk meninggalkan tabiat merokok ini amat payah dan memerlukan komitmen yang tinggi. Namun usaha itu perlu bagi menjamin kesihatan yang baik di masa akan datang.



Tabiat merokok di kalangan pelajar semakin berleluasa dan menyebabkan ia sudah menjadi satu trend bagi mereka. Apakah langkah yang praktikal yang perlu dilakukan dalam usaha membendung tabiat ini? Adakah hanya dengan menaikkan harga rokok itu sahaja? Apa yang paling pentingnya ialah peroko itu sendiri perlu menyedari dan menginsafi akan bahayanya rokok terhadap kesihatan diri.









TAHNIAH BUAT PENGANTIN BARU



Cuti sekolah baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri majlis Walimatus usrus Saudara Anas b. Jaafar dan Mohana Hasnorsyida di Bangi. Tahniah buat pengantin baru ini. Moga mereka berbahagia dan terus istiqamah dalam medan perjuangan.

Amat membahagiakan, saya sempat bertemu dengan 'senior-senior' PKPIM. Ada yang sudah kahwin dan ada juga yang sudah dikurniakan cahaya mata. Tahniah buat sahabat-sahabat sekalian. Moga dakwah terus berkembang di mana juga anda berada insya'Allah.


TAKZIAH BUAT KELUARGA ARWAH NUR SHAHIRA

Innalillahiwainnailaihiroji'un...

Sewaktu sedang rancak berdiskusi bersama exco PKPIM, Abg Sharul dan Kak Lid di Gombak Station, saya mendapat mesej daripada anak murid dan Kak Farhana yang mengkhabarkan bahawa adik shahira telah menghembuskan nafasnya lebih kurang jam 9 malam. Tidak sampai 15 minit saya mendapat panggilan daripada Kak Farhana yang berada di Sabah menngkhabarkan tentang berita tersebut.

Takziah buat keluarga Nur Shahira di atas pemergian Shahira pada malam semalam. Semoga keluarga arwah tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh..ameen


* Adik Nur Shahira merupakan pelajar tingkatan 3 Anggerik di SMK (Felda) Besout yang juga merupakan salah seorang anak murid saya. Terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan arwah koma selama 1 minggu. Selain itu juga dilaporkan bahawa jantung dan paru-paru arwah rosak teruk. Arwah seorang pelajar yang baik di dalam kelas. Teringat saat-saat sebelum cuti sekolah, arwah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan ayat hafazan dan tilawahnya dengan saya. Saya cuma rasa terkilan kerana tidak berkesempatan menziarahi arwah sewaktu arwah dimasukkan ke hospital Ipoh.

Al-Fatihah buat arwah adik Nur Shahira

Sabda Nabi S.A.W : " Ingatlah mati! Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, kalau kamu tahu apa yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis"

Nabi S.A.W bersabda : " Siapa yang cinta untuk menemui Allah , nescaya Allah cinta pula untuk menemuinya".

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)