TAKZIAH BUAT KELUARGA ARWAH NUR SHAHIRA

Innalillahiwainnailaihiroji'un...

Sewaktu sedang rancak berdiskusi bersama exco PKPIM, Abg Sharul dan Kak Lid di Gombak Station, saya mendapat mesej daripada anak murid dan Kak Farhana yang mengkhabarkan bahawa adik shahira telah menghembuskan nafasnya lebih kurang jam 9 malam. Tidak sampai 15 minit saya mendapat panggilan daripada Kak Farhana yang berada di Sabah menngkhabarkan tentang berita tersebut.

Takziah buat keluarga Nur Shahira di atas pemergian Shahira pada malam semalam. Semoga keluarga arwah tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh..ameen


* Adik Nur Shahira merupakan pelajar tingkatan 3 Anggerik di SMK (Felda) Besout yang juga merupakan salah seorang anak murid saya. Terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan arwah koma selama 1 minggu. Selain itu juga dilaporkan bahawa jantung dan paru-paru arwah rosak teruk. Arwah seorang pelajar yang baik di dalam kelas. Teringat saat-saat sebelum cuti sekolah, arwah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan ayat hafazan dan tilawahnya dengan saya. Saya cuma rasa terkilan kerana tidak berkesempatan menziarahi arwah sewaktu arwah dimasukkan ke hospital Ipoh.

Al-Fatihah buat arwah adik Nur Shahira

Sabda Nabi S.A.W : " Ingatlah mati! Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, kalau kamu tahu apa yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis"

Nabi S.A.W bersabda : " Siapa yang cinta untuk menemui Allah , nescaya Allah cinta pula untuk menemuinya".

0 comments:

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)