Cabaran Mendidik..



Alhamdulillah, terima kasih kepada-Nya kerana memberikan aku waktu untuk menulis kembali di medan blog ini. Walaupun banyak isu dan cerita yang ingin diketengahkan, namun ruang waktu dan kesukaran untuk mendapatkan 'line' internet yang bagus dan pantas di sini membantutkan diriku untuk menulis.

Pertamanya, buat sahabat-sahabat yang ingin mengetahui keadaan aku di sini akan aku ceritakan serba ringkas di dalam penceritaanku ini. Sudah hampir 3 bulan aku di kawasan pedalaman felda ini. Walaupun tidak masak lagi dengan keadaan kampung dan sekitarnya namun aku telah membiasakan diri di sini. Ini kerana aku bukannya berada di kawasan mat salleh, atau kawasan orang asing, malah aku berada dalam kelompok orang Melayu Islam itu sendiri. Cuma perbezaannya ialah taraf hidup yang mungkin hampir sama dengan bandar atau lebih dari itu dari segi pergaulan sosialnya. Namun, taraf ekonomi di sini lebih rendah berbanding di Kuala Lumpur dan di bandar-bandar besar. Mungkin sebelum ini aku menjangkakan tugas mendidik itu tidaklah sesukar mana. Namun pandanganku meleset sama sekali. Betullah apa yang diperkatakan oleh Presiden WADAH, Dato' Dr. Siddiq Fadzil iaitu tugas untuk 'membuat' manusia memang susah tetapi amat mulia. Jika orang lain membuat mesin, namun bagi pendidik mereka perlu mengadun manusia untuk menjadi seorang yang berguna.


Kesabaran memang cabang yang paling utama dalam mendidik pelajar. Setiap hari aku di sini memikirkan bagaimana untuk membentuk pelajar ini supaya berakhlak, sopan santun dan sebagainya. Ini kerana cabaran yang diterima sangat besar dan aku tidak menjangkakan sama sekali. Pelajar dahulu sangat berbeza dengan pelajar sekarang. Memang jauh berbeza, bagai langit dengan bumi...itulah yang mampu aku katakan di sini.. Semoga Allah permudahkan urusan aku di sini, memberi kekuatan dan kesabaran kepadaku dalam mendidik permata-permata yang belum lagi berkilau..
Apa yang ingin aku kongsikan..bagi seorang pendidik itu jika pelajar menunjukkan sikap yang baik walaupun sedikit ia mampu mencairkan hati seorang pendidik apatah lagi menyejukkan hatinya yang kadangkala panas..Ini kerana aku tercari-cari pelajar yang boleh menyejukkan hatiku ini kerana ia mampu membuat aku tersenyum dan bersemangat.

Anakku...
Aku mengajarmu bukan kerana terpaksa
Aku mengajarmu bukan kerana dipaksa
Aku mengajarmu dengan ketulusan hatiku supaya kamu cemerlang dunia dan akhirat

Anakku...
Aku bangga jika engkau berusaha menimba ilmu
Aku bangka jika engkau rajin bertanya
Aku bangga jika engkau taat ibibapa, guru dan rakan-rakan
Aku bangga jika engkau ada semangat untuk berjaya

Anakku...
Hiba hatiku apabila mengenangkan saat aku memberi ilmu..
Engkau bermain kata..
Engkau bermain ceria..
Engkau kurang adab...
Namun..hatiku tidak mampu memberi hukuman padamu..apatah lagi memarahimu...
Bukan kerana aku takut..bukan kerana aku tak pandai marah..
Tetapi apa yang aku mampu lakukan hanya memberi nasihat

Anakku...
Aku selalu berdoa semoga kalian mendapat kefahaman ilmu
Aku berharap pintu hatimu terbuka untuk menerima ilmu
Walaupun aku tahu..aku perlu menunggu..1hari? 1 bulan? 1 tahun? atau selama-lamanya?

Aku menanti perubahanmu!!!


Ya, aku tahu tugas mendidik ini bukan senang apatah lagi aku baru memulakan kerja ini. Insya'Allah akan aku cuba sedaya upaya membimbing kalian supaya dapat menjadi insan yang soleh dan solehah..ameen

2 comments:

indah April 19, 2009 at 5:55 AM  

errr...so touching..~
sob2709x!=|

Munirah Bahari April 21, 2009 at 10:10 PM  

Terharu? ermm..ye ker? musykil nih :)
BTW, TK kerana ziarah..

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)