TAHNIAH KEPADA TOKOH MAAL HIJRAH 1430H

Prof Dr. Wahbah Zuhayli


S.S Dato' Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria



Ucapan tahniah diucapkan kepada penerima Tokoh Maal Hijrah 1430H iaitu Mufti Negeri Perak, YBhg S.S Dato' Seri Hj. Harussani b. Zakaria dan Ulama' Syria, Prof Dr. Wahbah b. Zuhayli. Semoga jejak langkah mereka dicontohi dan menjadi peransang kepada kita semua terutama umat Islam di Malaysia. Sebenarnya saya amat kagum dengan profil dan peribadi tokoh Maal Hijrah kali ini. Sesungguhnya mereka merupakan ulama' yang saya kagumi dan contohi sejak dahulu lagi.

Kelantangan dan keberanian S.S Dato' Seri Dr. Harussani Zakaria dalam mengeluarkan fatwa sangat menarik minat saya serta ilmu yang beliau miliki. Bicara beliau dalam lembut ada ketegasan. Kata-kata beliau beliau dalam MuktamarPerhimpunan Agung Tahunan PKPIM kira-kira 4 tahun dahulu di Ipoh masih segar dalam ingatan saya. Selain itu juga beliau sering muncul dalam rancangan Soal Jawab Agama dalam Radio Ipoh. Sesungguhnya ketokohan beliau sangat saya kagumi.

Saya mula mendengar nama Prof Dr. Wahbah Zuhayli semasa di Pusat Matrikulasi UIAM di Petalaing Jaya. Pada ketika itu hanya mengenali beliau melalui buku-buku karangan beliau dan belum lagi berjinak-jinak untuk membaca hasil penulisan beliau. Namun minat mula muncul untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi semasa berada di kampus utama UIAM di Gombak. Kursus di UIA yang memerlukan kajian yang mendalam terhadap Al-Quran dan Hadis telah menemukan saya dengan tokoh ini. Kitab yang sering menjadi rujukan saya dan juga antara kitab kegemaran saya ialah Tafsir Al-Munir karangan Prof Dr. Wahbah Zuhayli. Kandungannya yang padat dengan mufradatnya, Lughah Al-Quran, ayat-ayat hukum, perbahasan, dan sebagainya menarik minat saya untuk membacanya. Terdapat juga kitab karangan beliau dalam bidang fiqh dan sebagainya. Beliau juga pernah memberi khutbah Jumaat di Masjid UIAM dan merupakan detik yang termanis kerana dapat melihat sendiri ulama daripada jarak dekat.

0 comments:

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)