Forum Selamatkan Bahasa Melayu


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan FORUM KHAS: SELAMATKAN BAHASA MELAYU, HAPUSKAN PPSMI seperti maklumat yang berikut;

Tarikh: 30 November 2008 (9.30 pagi - 12.00 tengahari)

Tempat: Bilik Serbaguna, Kompleks Anjung Rahmat,

Batu 6, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur

Panelis:

1. En. Kamal Shukri Abdullah Sani (Timbalan Presiden, Persatuan Linguistik Malaysia)

2. Sdr. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Koordinator Kampus, TERAS)

3. Sdr. Mohd. Hilmi Ramli (Presiden PKPIM)

Semua dijemput hadir untuk memberikan sokongan dan pengisian yang berguna di dalam usaha Gerakan Anti PPSMI (GAP) untuk menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia menamatkan program PPSMI demi kebajikan dan masa depan para pelajar Malaysia secara keseluruhannya.


www.pkpim.net/v2

4 comments:

Anonymous November 30, 2008 at 6:54 AM  

hmm ada sedikit kewajaran kenapa sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

Saya pernah menduduki kertas peperiksaan beberapa subjek sains di universiti kelolaan beberapa pensyarah yang pro bahasa melayu. Namun saya menghadapi kesukaran untuk memahami soalan yang ditanya kerana bahasa yang digunakan terlalu klasik dan banyak perkataan yang terlalu asing dan tak pernah saya dengar. Tatabahasanya juga boleh dipertikaikan(halalkan ilmu saya).

Generasi saya adalah generasi yang mempelajari sains dan matematik dalam bahasa melayu di peringkat persekolahan.

Mungkin juga ketiadaan rujukan rasmi dalam bahasa melayu membuatkan kami kekok membaca istilah-istilah sains dalam bahasa ibunda.

Persoalannya, adakah kerja-kerja penterjemahan hanya dilakukan apabila ada nilai komersial dan selari dengan dasar kerajaan? sejauh mana pula penguasaan bahasa MELAYU itu sendiri di kalangan guru-guru dan para pensyarah....

Munirah Bahari December 1, 2008 at 6:13 AM  

Terima Kasih atas keprihatinan R.

Namun ada sebab juga mengapa PKPIM membantah PPSMI. Boleh rujuk www.pkpim.net/v2

Atau boleh rujuk juga bahan bacaan : Mengapa Kami Bantah PPSMI oleh Prof. Emiritus. Dr. Abdullah Hasan

johnsoncn005 December 20, 2008 at 5:43 AM  

Pada pendapat saya, PPSMI dalam bahasa Inggeris merupakan kesilapan yang terbesar dilakukan oleh kerajaan sejak beberapa tahun dahulu. Masalah utama pelajar tempatan dalam menjayakan PPSMI bukannya kelemahan dalam bahasa Inggeris. PPSMI telah dilaksanakan selama dekad-dekad yang lepas dan terbuktinya keberkesanan.

Mengembalikan bahasa pengantar PPSMI dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau bahasa Ibunda kaum-kaum utama dalam Malaysia bukan sahaja akan menyelamatkan pelajar-pelajar kita daripada terus terjerumus ke dalam masalah yang lebih teruk, malah akan memartabatkan bahasa kebangsaan kita yang tercinta, iaitu bahasa Melayu. Saya mungkin kaum Cina, tetapi saya bersemangat rakyat Malaysia.

Sebelum saya berakhir di sini, saya hendak mengingatkan semua orang bahawa kelemahan rakyat Malaysia dalam bidang sains dan teknologi bukannya bahasa pengantarnya, tetapi kesungguhan dan kesanggupan kita dalam memahami ilmu-ilmu dalam bidang tersebut. Jangan belajar sains dan teknologi demi wang atau kebaikan yang terbawa melaluinya, dan jangan salahkan bahasa jika kita gagal menghayati elemen yang sebenar dalam bidang sains dan teknologi.

Lihatlah China, Jepun dan Korea. Kebangkitan mereka bukannya berasal dari bahasa Inggeris, sebaliknya berasal dari kesanggupan mereka untuk membangunkan bangsa dan negara mereka. Percaya atau tidak, di Singapura, walaupun pendidikan mereka bertaraf dunia, tetapi orang yang menguasai sistem pendidikan mereka ialah orang China... Betul, orang China... Orang Singapura tidak boleh bersaing dengan mereka, walaupun kemahiran bahasa Inggeris mereka adalah lebih tinggi, berbanding dengan orang China.

Munirah Bahari December 23, 2008 at 6:27 PM  

Terima kasih yang menyokong!!

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)