TIME TO CHANGE!!!

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak kemaskini blog, akhirnya dapat juga mengisi penulisan ilmiah di dalam blog ini. Sesungguhnya masa yang diberikan pada waktu ini amat menggembirakan saya. Manakan tidaknya, sebelum ini sibuk dengan tugasan Diploma Pendidikan yang memang menguji kesabaran diri dan minda, peperiksaan akhir yang hanya 2 hari sebagai hari ulangkaji, dan sebagainya….Hakikatnya inilah perkara yang selalunya ditempuhi oleh setiap insan yang bergelar pelajar.

Sudah seminggu berada di UIA untuk menyelesaikan semester 2 yang akan berakhir pada awal Jun ini. Selepas itu tugasan praktikal akan menyusul. Di samping itu juga, dikesempatan yang ada, sementara tugasan tidak diberikan lagi, banyak fokus yang perlu diberi perhatian. Terutamanya Majlis HEWI PKPIM yang nampaknya perlu lebih aggresif selepas ini. Chayok HEWI!!!

SElepas peperiksaan berakhir pada 4 April lepas, penulis berkesempatan menziarahi teman-teman (Badan Gabungan Negeri dan Kampus) di Pantai Timur yang diwakili oleh delegasi daripada PKPIM Pusat. Walaupun lawatan kerja ini sungguh memenatkan, namun ia memberikan pengalaman yang sukar dilupakan kerana dapat berjumpa dengan tokoh-tokoh, anak yatim yang ceria, ahli-ahli PKPIM dan semestinya adik-adik HEWI. Di samping itu sempat juga berbicara tentang isu-isu semasa yang berlegar di sekitar negeri mereka selepas PRU 12.

1 comments:

Telefone VoIP April 21, 2008 at 8:08 PM  

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Telefone VoIP, I hope you enjoy. The address is http://telefone-voip.blogspot.com. A hug.

BEBASKAN PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN

PROFIL DIRI

Munirah Bahari

Dilahirkan pada 18 Oktober 1984 di Kampung Telok Bakong, Perak. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Warisan Islam dan Diploma Pendidikan di UIAM, Gombak. Sekarang bertugas sebagai pendidik di SMK (F) Besout, Sungkai. Penulis boleh dihubungi melalui emel munirahbahari@gmail.com atau YM (munirah_bahari)